PETANG INI
BERJOGET
--------------------
BERJOGET
Kami, Dapur Jalanan Kuala Lumpur ingin menjemput ke majlis hari raya '#DapurRayet 2016'.
Majlis hari raya '#DapurRayet 2016' kali ini, adalah tahun yang ke-empat dianjurkan Dapur Jalanan bagi meraikan miskin kota dan warga tak berumah Kuala Lumpur, selepas kali pertama penganjurannya pada 2013.
Namun kali ini, antara tarikan utama #DapurRayet 2016 ialah acara joget lambak, yang pada suatu ketika dahulu amat popular sebagai tarian di majlis kenduri dan temasya masyarakat Melayu.
Ini kerana Dapur Jalanan Kuala Lumpur berhasrat membawa kenangan kepada generasi lama, selain mengingatkan pula kepada generasi hari ini tentang kemeriahan majlis keramaian masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.
Malah, #DapurRayet 2016 turut menjemput pihak media, rakan-rakan, orang ramai dan penyumbang Dapur Jalanan yang hadir untuk mengenakan pakaian ala 50-an,
sesuai mercu acara majlis hari raya kami tahun ini, iaitu joget lambak.
Antara artis, pemuzik dan kumpulan budaya yang akan membuat persembahan pada acara Ahad nanti ialah:
Baca puisi
- Pyan Habib
- Fazallah & Najihah
- Zahid M Nasser
- Rosli Ibrahim
- Benz Ali
Persembahan pop & kebudayaan
- Geng Gigi Palsu
- Kumpulan Kompang Silaturrahim Kg Banda Dalam, Gombak
- Tarian Singa Komuniti Seni Jalan Sultan
Kugiran
- Man Iblis & The Malaikats
- Dah Ready Belum?
Jadual program adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 7 Julai 2016
Masa: 5.00 petang - 9.00 malam
Tempat: Jalan Panggung, 50150 Kuala Lumpur (bersebelahan Restoran Malaya Hainan)
Jemput lawat dan berinteraksi di media sosial bersama Dapur Jalanan Kuala Lumpur melalui pautan berikut:
Facebook: www.facebook.com/ dapurjalanankl
Twitter: twitter.com/dapurjalanan
Instagram: www.instagram.com/ dapurjalanankl
--------------------
AWAS
BalasPadamJaga-jaga ketika ber-joget joget...kakaka
Pak Haji Skodeng akan intip dari dekat..kakaka
Awas ..ter-kena ular -ular JAWI
Bherita dari Melaka...tiada orang mati ke-laparan diMalay sia
Bahlul tu mana tahu menahu sebab ada dapur-dapur jalanan dimerata tempat.