SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia.
Pasal apa ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah mula pakai gincu?
Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir Serawak. Surah ini akhirnya memberi pencerahan untuk kita semua memahami geopolitik dunia. Amin.
Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh tiga sosok. Sosok pengapit ‘ orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini takut kena simin macam yang telah terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.
Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah wakil Lembaga Daulah Amerika.
Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma Loretta Lynch membuat kerja tanpa disuruh arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana dedak.
Sosok yang mengapit ialah Pegawai Besar dari FBI. Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division.
Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat arif dalam hal jenayah menjenayah. Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada seorang adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.
Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman Amerika (JKA) telah mengeluarkan Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas.
Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA.
Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.
Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia?
Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.
Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes rampasan kali ini.
Juga TIDAK pernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar pada 20 Julai Rabu lalu dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak.
Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan Mufti Pahang? Ada apa dengan Najib?
Jabatan Kehakiman Amerika akan merampas harta yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang China Tembam bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia.
Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia.
Belum pun sempat Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil lakaran Monet dan satu kerja seni Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini.
Biasanya orang jahat atau orang jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat yang mengaku baik.
Selesai berita lukisan - tetiba meletup berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini.
Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC boleh merebak ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa?
Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes 1MDB. Kes ini telah lama berjalan. Sebelum Anwar Ibrahim masuk penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ‘ kucar kacir’ dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu.
Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini sebelum Justo ditangkap di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil.
Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama Louise Story dari The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit ‘rompakan’ dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil Najib.
Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang berpusat di London. Portal ini telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat kes 1MDB ini.
Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit modal Riza dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas.
Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula ialah anak Rosmah. Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah dan cerita Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah.
Tapi ini bukan gua buat fitnah. Semua ini gua pungut dari isi sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia.
Bezanya antara gua dan Loretta Lynch hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap.
Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal 139 muka surat. Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles - semuanya hasil dari duit curi.
Kunci perkataan ialah DUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi maka siapakah si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib.
Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1.
Malaysian - semua orang tahu ialah warga negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1? Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya.
Pelik binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI. Ini kerana Rosmah ialah FLOM - Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI? Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
----------
Nak cerita pasal MAT LOL dan SI BADAK panjang ber jela jela macam UTUSEX pulak
BalasPadamKentut Kentut Ber Kentut Kentut pun tak habis baca
Apa kah NAJIS aka TAIK aka SHIT begitu penting dalam ILMU KENTUT ????
Kalau tak pening Mat LOL aka Mat Bahalol
OBAMA pasti dapat STROKE kalau gelumang dengan NAJIS ini
Budaya kleptokrasi dah dieksport ke negara luar?
BalasPadam