Rabu, 10 Ogos 2016

TURUN TURUN





TURUN TURUN

KE JALAN

TURUN TURUN

KITA DEMO




Mat Sabu ajak bersolidariti bersama anak muda, #TangkapMalaysianOfficial1

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyambut salam anak muda dan akan bersolidariti bersama mereka dalam perhimpunan '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.
Dalam satu kenyataannya hari ini, pemimpin Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, rakyat mesti bersuara sebelum Malaysia menuju kehancuran ekonomi serta keruntuhan sistem pentadbiran di bawah Najib.
"Anak muda perlu bangun memulakan kebangkitan pada himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang bertanggungjawab membawa negara Malaysia menjadi pincang, kemunduran ekonomi dan pemerintahan diktator.
"Ayuh, salam solidariti buat anak-anak muda daripada kami semua!" kata Mat Sabu, tokoh politik yang banyak menggerakkan himpunan jalanan dan demonstrasi sebelum ini dalam satu kenyataannya.
Menurut beliau, kerajaan Najib seperti sedang memanggil rakyat ke jalan raya apabila institusi awam utama hampir semua musnah di zaman pemerintahan beliau ketika ini.
Katanya, Peguam Negara yang cuba menyiasat skandal 1MDB diarah berhenti. Anggota-anggota Jabatan Peguam Negara yang dikatakan akan menyediakan kertas pendakwaan, dijumpai mati di dalam tong drum.
ANAK SEMUA

BANGSA

KITA TURUN

KE JALAN RAYA

SEBELUM  KE

PILIHAN RAYA




------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan