BILA HADI
ONLINE
DENGAN ALLAH?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
Usul Hadi kehendak Allah, ulama PAS jawab mufti
Dewan Ulama PAS berkata hanya komen positif dapat membantu usaha memartabakan mahkamah syariah.
PETALING JAYA: PAS hari ini mengkritik Mufti Pulau Pinang, Dr.Wan Salim Wan Mohd Noor selepas kenyataannya menasihati umat Islam jangan cepat mengkafirkan orang kerana tidak bersetuju dengan usul presiden parti itu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Dalam reaksinya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Lebai Mohd Khairuddin Aman Razali menuduh Wan Salim bercakap bagi kepentingan politik pihak tertentu.
“Nampak gaya cara bercakap mufti itu dia seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu,” katanya kepada FMT tanpa menamakan parti yang dimaksudkan
Semalam, Dr Wan Salim berkata RUU yang dibentangkan Tuan Haji Abdul Hadi Awang Mei lalu itu tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dan oleh itu wujud kelemahan yang perlu diperbaiki.
Beliau turut kecewa segelintir agamawan yang dengan mudah mengkafirkan pihak yang tidak setuju dengan RUU 355.
Sebaliknya, Lebai Khairuddin berkata usul itu membantu menegakkan kehendak Allah.
“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah,” kata Lebai Khairuddin.
NAK ONLINE
BERILAH TAHU
BOLEH
CONFIRM
REQUEST