Mengenang G30S
Hari ini 51 tahun dahulu, 30 September 1965. Satu peristiwa yang menyayat hati berlaku di Indonesia. Imperialis, neo-kolonialis,reaksionalis, fasis, golongan kanan bersekongkol dengan pasokan tentera darat Soeharto dengan perancangan rapi membantai dan membasmikan PKI dan gerakan kiri di Indonesia sehabis-habisnya.
Mulai dari 30 September sepanjang bulan Oktober 1965 dan kemudiannya sebanyak 500,000 atau 700,000 malahan satu juta orang komunis, orang kiri, orang progresif dan orang biasa dibunuh dengan kejam. Beratus ribu orang ditahun,dipenjara dan diseksa. Pembunuhan pristiwa 30 September 1965 boleh dikatakan antara yang paling besar dan paling kejam di sejarah manusia.
Tahun 1965, saya berumur 17 tahun. Saya dapati berita bahawa berlakunya peristiwa tragedy di Indonesia. Beberapa hari kemudian saya dengar siaran Radio Peking (Beijing) Tiongkok bahawa pembunuhan besar-besaran berlaku di Indonesia terhadap PKI . Ratusan ribu orang dibunuh sehingga di Sungai Sulu tersumbat kerana terlalu banyak mayat orang yang dibunuh. Mendengar siaran ini hati saya gentar seperti tertusuk jarum tajam, memang menyayat hati. Saya meratapi saudari saudara dan kawan-kawan Indonesia setiap tahun hari ini.
PKI ditubuhkan pada 23 Mei 1920 lebih awal setahun dari Parti Komunis Tiongkak (1 Julai 1921). Tahun 1926 PKI dibantai kolonial Belanda kerana pemberontakan di Jawa dan Sumatra. PKI korban besar. Dua puluh tahun kemudian PKI bangkit semula dan amat kuat pengaruhannya. Tapi dibantai sekali lagi pada tahun 1948 kerana peristiwa Madium. Ramai pemimpin dan anggota dibunuh dengan kejam. PKI sekali lagi kena pukulan berat.
Walau pun dua kali dibantai,dihancurkan hebat tapi orang-orang komunis Indonesia gigih berjuang. Mereka bangkit dan susun langkah semula serta berkembang cepat. Lebih kurang dua puluh tahun dari Peristiwa Madium, PKI sudah menjadi parti yang paling besar di Indonesia dan parti komunis yang ke tiga besar di dunia selain Parti Komunis Soviet Union dan Parti Komunis Tiongkok. PKI mengumumkan bahawa anggota partainya seramai tiga juta orang.
Sayang sekali, PKI tidak ambil pengalaman dahulu, berwaspada dan bersiapsedia menghadapi serangan musuh. Sebaliknya musuh PKI berancang dan bersiap lama dan rapi. Sekali gus mereka menghacurkan PKI sampai akar umbinya. Mereka sudah ambil pengalaman dulu iaitu kalau tidak hancurkan sampai akar umbi, dua puluh tahun kemudian PKI akan jadi kuat semula. Sayang, PKI tidak sempat lawan.
-------------------
wonderful indonesia kini mahu mengindonkan west papua..ribuan warga asal west papua dibunuh oleh tni-tentera nagara indonesia..west papua kaya dgn hasil2 asli yg mlimpah ruah..mahu dirogol ditebang dan ditanami dgn mutiara kelapa sawit milik rimbunan hijau dari sarawak tapi bukan sarawak report dan sarawak report tidak disaman lagi oleh preseden ulama hadi al sotongi..
BalasPadam