BERITA BAIK
UNTUK RAKYAT
GEROMBOLAN
MAKIN KACAU
TAPI AWAS !
KOMENTAR
amat jelas parti ketuanan melayu
sedang diasak dari luar dan dalam
dari luar mahathir dan BERSATU
bersama PAKATAN
bersama NGO
bersama WSJ
bersama AMERIKA
ramai ahli telah cabut
tak percaya pada najib
mahu pemimpin baru
awas!
jika terus diasak
najib akan buat onar
waspada!
2 veteran Umno Johor keluar parti
Dua veteran Umno Johor yakni Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu, hari ini.
Kedua-dua mereka telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti semasa semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing awal hari ini.
"Ku istihar keluar dari menjadi ahli Umno semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di Mesyuarat Perwakilan Umno Gelang Patah pada 10 September 2016," jelas Baharom Abdul Ghani yang disiarkan di laman Facebook milik beliau.
Baharom adalah pengasas Umno bahagian Gelang Patah yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) antara tempoh 1995 hingga 2004.
" Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh diselamatkan lagi, " kata beliau dalam catatannya.
Dalam petikan video memaparkan ucapan beliau, Baharom memberitahu perwakilan kepimpinan Umno enggan menerima realiti dan Najib disifatkan punca kepada semua masalah parti.
Sementara itu, Tosrin mengumumkan keluar parti dengan mengembalikan bendera Umno kepada ketua Umno bahagian Kulai.
"Inilah bendera yang saya pertahankan selama 49 tahun tetapi hari ini saya dengan rela hati kembalikan bendera ini kepada ketua bahagian saya dengan mesej kepada semua ketua Umno bahagian untuk menjaga Umno baik-baik untuk orang Melayu," kata Tosrin.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan mengesahkan Najib sebagai MO1 baru-baru ini berkata, tindakan Baharom itu tidak memberi impak kepada Umno.
"Tidak ada kesan besar kepada perwakilan yang hadir kerana tidak ada yang ikut tindakan Pengerusi Tetap untuk keluar UMNO," kata Abdul Rahman.
TANDA TANDA
KERUNTUHAN
TAPI AWAS
MALAYSIA AKAN
RUNTUH SAMA
-------------
kaum ni memang bodoh dulu...kini n selamanya....berbalik la pada agama...kena bodoh pun maseh kamu tak faham faham....
BalasPadamUMNO......United Macai2 Najib Organization.
BalasPadamSaat-saat kejatuh-terduduk-an rosmah dan bini dia makin kencang countdown nya...gelang rosmah mula patah satu persatu, yang masih kukuh di tubuh gedempol dia tinggal cincin berlian dan beg birkin, selain spenda saiz 6XL... #tangkapMO1
BalasPadam