LANGKAH
STRATIJIK
MENGGALANG
UNITED FRONT
MENYERANG
SATU MUSUH
Anwar-Mahathir: Tamatkan segera bebanan rakyat, kata Dr Dzulkefly
Pastikan segala kebobrokan yang telah merendahkan negara bangsa dan membebankan rakyat ini ditamatkan segera, kata Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.
Itu penegasan beliau ketika diminta mengulas kehadiran Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
“Satu peristiwa ‘ajaib’. Tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia. Maruah, martabat dan kedaulatan negara serta institusi-institusinya akan kembali diperteguhkan dan diberdayakan dengan izin Allah jua,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berpendapat ramai rakyat mahu menyaksikan pertautan kedua-dua negarawan itu yang masing-masing berjiwa besar demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara.
“Satu titik mula yang saya mahu songsongkan sebagai meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar politik negara ini, yang masih menantikan natijah tertangguh kepimpinan mereka selama hampir dua dasawarsa.
“Mereka tidak punya waktu lagi untuk berlengah membicarakan perihal titik-bengik kesilapan silam. Apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang tua kita dahulu iaitu biduk berlalu, kiambang bertaut,” ujarnya lagi.
Mahathir yang ditemani Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menunjukkan sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Kedua-dua pemimpin itu bertegur sapa dan bersalaman buat kali pertama selepas 18 tahun Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
KENALI
MUSUH UTAMA
KENALI MUSUH
SAMPINGAN
100 TEMPUR
100 MENANG
-----------------
Berhati-hati .. ada musuh dalam selimut .. sapa kah musuh tu .. mungkin kontol .. mungkin bontot .. atau mungkin anu.
BalasPadamSumpah mati aku tak percaya ....
BalasPadamTT akan cium tangan ber_kari Tun Madey
Tak besar mana jiwa TT tuuu...
kaH kah kaH
Yahoo!!!!!!
BalasPadamAda REBAH juga
Dapat CUTI UMUM bukan main lo....
kih kih kih...
BalasPadamdulu kemain lagi sekalian balachi, baruah dan penchachai pak tt teghoyak "Mahafiraun"
"Mahazalim" segala bagai baq hang...
sekarang "namoon lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...
kih kih kih...