Selasa, 11 Oktober 2016

MENUNGGU RAJA RAJA MELAYU BERSUARA




YA AMPOOON

YA MAULANA


‘Majlis Raja-Raja boleh nyatakan hilang kepercayaan ke atas Najib’

Hari ini rakyat menanti dengan penuh debar akan keputusan Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat pada 11 Okt - 13 Okt 2016 bagi membincangkan hal-hal yang bersangkut paut dengan kepentingan rakyat dan negara.
Di saat rakyat sedang berhempas pulas dengan keperitan hidup menanggung kos kehidupan yang meningkat akibat dari Najib dan kerajaan Umno BN yang ampunya angkara adalah tidak wajar Majlis Raja- Raja membiarkan keadaan menjadi lebih buruk.
Kerosakan ekonomi kewangan negara berpunca dari korupsi,1MDB dan isu salah guna kuasa Najib dengan mencengkam institusi perundangan membawa kesan kepada kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Adalah suatu yang sangat tidak wajar untuk membiarkan Najib terus berdiri gagah sebagai perdana menteri dengan menyerang dan bertindak terhadap rakyat yang membongkar segala penyelewengan yang dilakukannya dan dengan mencengkam institusi perundangan melindungi perbuatan jenayah yang dilakukan.
Apa yang lebih menyedihkan apabila Raja-Raja iaitu kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam urusan keselamatan dan pengistiharan darurat dirampas oleh Najib melalui Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diwujudkan dengan menyalah-gunakan kuasa majoriti mudah di Parlimen memansuhkan kuasa baginda.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ini sangat penting untuk Raja-Raja menterjemahkan ungkapan 'Raja dan rakyat berpisah tiada'.
Tanpa rakyat tiadalah Raja.Walaupun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Seri Paduka untuk memecat Najib tetapi paling kurang Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani 1.2 juta rakyat Malaysia dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib tetapi tidak dapat bertindak untuk memecatnya kerana halangan undang undang.
Walaupun ada pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan, tetapi sudah cukup bagi saya untuk mengubat luka hati rakyat Malaysia serta memberi makna 'Raja dan rakyat berpisah tiada'.
Ampun Tuanku
#RajaDanRakyatBerpisahTiada

#SelamatkanMalaysia
#DaulatTuanku
#RakyatBerserah
#DemiRakyat

MAHFUZ OMAR 
Ahli Parlimen Pokok Sena



----------

1 ulasan:

  1. Minta maaf. Dlm hal berkaitan ini aku tak percaya Majlis raja2 sanggup bertindak drastik

    BalasPadam