BARU SETAHUN
BOLEH ARAH
30RIBU TURUN
HEBAT PARTI
AMANAH
Amanah sasar 30,000 ahli turun Bersih 5
KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) disasarkan turun ke himpunan Bersih 5, Sabtu ini.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan arahan rasmi bagi memastikan ahli untuk turun padang mengukuhkan lagi kejayaan himpunan terbabit.
"Arahan rasmi telah dikeluarkan kepada ahli Amanah dan usaha mobilisasi juga telah diadakan di seluruh negara," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.
Pada hari kejadian, katanya lagi, pihaknya akan menawarkan khidmat 55 peguam iaitu Urgent Arrest Team yang akan menguruskan sebarang tangkapan dan penahanan peserta himpunan.
Pihak Amanah dalam masa yang sama turut menawarkan 50 just khidmat pegawai perubatan yang akan bertugas di lapangan pada hari tersebut.
"Bagi membuat liputan program bersejarah ini, Amanah turut menyediakan pasukan wartawan rakyat yang terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar.
"Kesemua petugas media ini akan dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah," katanya lagi.
Mohd Anuar dalam masa sama turut mengesahkan akan mewujudkan talian hotline Bersih 5.
TURUN TURUN
TURUN TURUN
TURUN TURUN
SEMUA TURUN
-------------
Mana nak sama AMANAH dengan ALAMAK
BalasPadamSatu hidup tuk AKHIRAT , lagi satu hidup tuk SEKSA KUBOR
Tak sama lah
Tahniah AMANAH !!!!!!!!!
Tahniah, AMANAH!
BalasPadamCuma lebih elok 20 wartawan dan 30 jurugambar.
BalasPadamTerbaik adalah 30 wartawan dan 60 juruvideo.
kah kah kah
BalasPadamamanah, ceramah pun banyak kerusi dari orang...
30k? ptuiiiiihhhhhhh!!!!!!!