Rabu, 2 November 2016

KETUANAN MELAYU JADI KETUANAN CHINA






KETUANAN

MELAYU

KINI JADI

KETUNAN CINA


Projek East Coast Rail Line (ECRL) paling mahal di dunia?

2 November 2016 

Mengikut laporan akhbar, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman soft loan sebanyak RM55 bil daripada EXIM bank of China. Mengikut laporan lagi ia merupakan “the biggest single deal Malaysia will be signing with China”.

ECRL mengikut pengumuman baget2017 adalah sepanjang 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Maka persoalan yang ditimbulkan adalah adakah kos itu munasabah?

Kos pembinaan projek rel adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor, umpamanya, faktor geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya. Jika dikaji secara kasar, RM55 bilion dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Saya ingin merujuk satu projek landasan keretapi Yichang-Wanzhou Railway yang disifatkan “the most difficult rail project ever constructed in China”. Ia juga disifatkan sebagai antara projek landasan rel yang paling mahal di dunia. Landasan keretapi yang sepanjang 377km itu, 288km adalah di atas jambatan atau di dalam terowong. Saya ingin quote wikipedia:

https://en.wikipedia.org/wiki/Yichang%E2%88%92Wanzhou_Railway

“The 377 km (234 mi) long[4] railway crosses the remarkably difficult terrain of southwestern Hubei and the eastern part of the Chongqing Municipality (Wanzhou District). The region has numerous mountains and is sometimes referred to as "the eastern edge" of the Yunnan-Guizhou Plateau.[

Owing to the difficult terrain, the project involves a large number of bridges (including two over the Yangtze River: the Wanzhou Railway Bridge and the Yichang Railway Bridge) and tunnels. Out of the line's total 377 km (234 mi) length, 288 km (179 mi) runs on bridges or in tunnels. This made the line the most difficult and the most expensive (per kilometre) of all China's railways to date. At a cost of U.S. $9.01 million per kilometre, the per-kilometre construction costs were twice as high as those for the Qinghai–Tibet Railway which cost U.S. $4.35 million per kilometre.”

Qinghai-Tibet Railway juga merupakan landasan keretapi yang sangat susah dibina kerana ia berada di kawasan gunung dan cuaca yang terlampau sejuk.

Jika kita bandingkan kos pembinaan YiChang-Wanzhou railway dengan RM36 juta per kilometer, dan Qinghai-Tibet railway yang berharga RM17 juta per kilometer, maka ECRL adalah 250% dan 540% lebih mahal daripada projek yang “paling mahal di China”.

Mengikut laporan YiChang-Wanzhou railway adalah disifatkan antara projek yang paling mahal di dunia kerana cabaran kejuruteraan projek tersebut. Maka, adakah ECRL bakal menjadi projek termahal di dunia?

Projek ECRL yang begitu mahal, menimbulkan persoalan ia merupakan projek yang sengaja dilambung harga?

Lebih-lebih lagi pada 26 julai, 2016, Sarawak Report telah melaporkan bahawa kos sebenar projek hanyalah RM27 bilion, tetapi wang yang selebihnya bertujuan untuk membayar hutang-hutang 1MDB. Laman Web Sarawak Report juga memaparkan “leaked documents” yang memaparkan anggaran kos projek dan lebih-lebih lagi memaparkan jadual bayaran hutang 1MDB.

Ini menimbulkan “crisis of confidence” tentang projek ECRL. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung projek yang begitu mahal? Mengapakah ia diberi kepada syarikat China tanpa tender terbuka? Mengapakah tanah akan diambil oleh kerajaan Malaysia kemudian diberi kepada pihak China? Mengapakah ada “leaked documents” yang memaparkan jadual pembayaran kepada syarikat 1MDB dan hutang-hutang 1MDB?

Lebih-lebih lagi, kehadiran Arul Kanda dan Riza Aziz bersama rombongan ke China menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah Lawatan PM ke China ini merupakan lawatan “menyelamatkan 1MDB”?

Kita mohon jawapan yang terus terang daripada Perdana Menteri.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru

 








-------------

8 ulasan:

  1. Sampai bila la dia mampu bertahan nie... semoga Allah beri hidayah.. jgn lah keras hati teruk sangat...

    BalasPadam
  2. Nak tutup lobang Mat Bahalol saja sudah bilyon bilyon kan

    Biasa lah

    BalasPadam
  3. Rakyat Masia patut bangkang kerana ia dibuat tanpa tender terbuka. Ini direct award yg keberangkalian harga pasti tinggi.
    Rakyat mesti protest sbb ia melibatkan duit rakyat dan rakyat yg akan tanggung.

    BalasPadam
  4. Lebihan kos akan masuk ke dalam poket siapa? Klu 1% pun dah lebih 1/2 billion. Allah nak menyiksa org2 korup ni. Sampai mati pun dia rasa tak cukup2. Nak lg, nak lg. Lps mati duit itu jatuh ke tangan org lain

    BalasPadam
  5. Dah lama aku tunggu Parti Kommunis datang.
    Tak sangka bahwa Komunis dijemput umno.
    Baik nya umno...Najib lu okay lah


    Melayu tak perlu heboh heboh atau buat huru hara.
    Kita harus sambut kedatangan Komunis dengan hati terbuka
    Dulu Siam ada , MajaPahit ada , Purtugal ada , Belanda ada
    Beritis ada , Jepun ada , sekali lagi datang Beritis
    ...sekarang giliran CHINA.

    Tak tahulah betulke Malaysia dah dipajak , digadai atau dijual.
    Dulu memang gua dah tulis
    Bahwa mana-mana pihak yang nak serang atau rampas negara Malaysia
    Memang tak perlu pakai senapang dan peluru.
    Sebab, Malaysia sedia dijual .
    CASh is King..ingat tu.
    CHINA ada cash..dan Najib perlu cash
    Ikut kiraan dan jangkaan serta andaian...RM akan "on-par" dengan matawang Yuan dalam 5 tahon dekat ni.
    Janganlah marah najib.
    Ini semua Allah yang izinkan nya.


    BalasPadam
  6. woi apa mau bising bising... ketuanan buat kerja siang malam jual apa yang ada...selagi boleh jual semua akan dilelong dijual mencapai sasaran 50 B...oops projek malaysia 2050 kah kah kah...najiba nak buat pulau sdn bhd di laut china selatan...kah kah kah

    BalasPadam
  7. Mahal? Takpa, janji dedak berasal dari China ada.
    #sarcasm

    BalasPadam
  8. warga pantai timur, warga kelantan terngganu dan pahang, ini la cara kerajaan penyamun rosmah najib menabur bukti kpd kalian..bersyukur la..at least ada wakil2 rakyat pas yg dpt projek cat, projek tandas, setiap stesen akn dibina speakr besar utk azan utk ceramah2 dan ada surau yg besar..walaupun duit komunis, tp kalo diislamkan maka semua jadi halal..ni sama kes kalo duit jual babi dizakatkan, maka halal la duit itu utk dibuat haji atau omrah..nak tunggu kerajaan pantai timur buat projek sendiri memang takda la sb duit pun takda, cd agama tak laku..dok keje gomen pun jadi tukang sain tppa, tukang heboh2 ruu hudud..muhammad bukan insan inovasi so buat pe susah2 nak berpikir dan berinovasi..kita tunggu apa kata2 pemimpin kerajaan pantai timur..balak pun dah siap potong, tinggal on kan je projek komunis tu..

    BalasPadam