Isnin, 28 November 2016

PENIPUAN SEDANG DIRANCANG







AWAL AWAL

LAGI GWA

SUDAH CAKAP

PRI14 BUKAN

PILIHANRAYA

TAPI WAKTU

NAJIB NAK 

BUKTIKAN KPD

AMERIKA

KPD MAHATHIR

DIA DAPAT

SOKONGAN


NAJIB AKAN

GUNAKAN 

SEMUA JALAN


5,000 warga asing pastikan BN menang setiap kerusi marginal, kata Dr M


Dr Mahathir mengulangi serangannya terhadap Najib dengan berkata, presiden Umno itu akan berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa Najib bercadang memberi kad pengenalan kepada kira-kira 5,000 warga asing bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah cerita menakutkan, saya dengar ada percubaan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk menyokong Najib pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu majlis di Kampung Krubong Tengah, Melaka, Sabtu lalu.
Acara yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Muhyiddin Yassin itu dimuat naik ke Facebook Kelab Che Det.
Bekas perdana menteri itu mendakwa 5,000 pengundi itu akan diagihkan ke setiap kerusi marginal bagi memastikan kemenangan BN.
“Kerusi-kerusi ini boleh dimenangi dengan majoriti beberapa ratus undi tetapi 5,000 undi akan memberi kemenangan kepada Najib,” katanya sambil menambah Najib akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya susulan skandal 1MDB.
Dakwaan sama dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kononnya ribuan warga asing dijadikan warganegara untuk membolehkan mereka mengundi pada 2013.
Pengerusi PPBM itu juga bimbang dengan pembinaan penempatan asing di Iskandar, Johor susulan laporan mendakwa pemaju China menyasarkan warga asing, khasnya dari Singapura membeli hartanah di negeri selatan itu.
“Kira-kira 700,000 rumah berharga RM1 juta hingga RM5 juta akan dibina di Forest City, Johor yang mungkin direbut warga asing. Orang tempatan tidak mampu membeli hartanah ini,” katanya.
Baru-baru ini, Bloomberg melaporkan syarikat China kini memfokuskan Johor untuk membina kompleks gergasi kediaman.
“Pemaju China ini membina beribu-ribu rumah pada satu masa dan mereka menakutkan semua orang,” kata Siva Shanker, bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia kepada Bloomberg.
“Tuhan sahaja yang tahu siapa akan beli semua unit ini dan apabila ia siap nanti, soalan lebih besar ialah siapa yang akan tinggal di dalamnya?”

GUA SUDAH

BILANG LU

TAK CAYA

INI MADEY

YANG CAKAP 

LU MASIH LAGI

TAK PERCAYA


INI TRIK LAMA

YANG MADEY

SENDIRI PERNAH

GUNAKAN LAAA

LU TAK CAYA?



----------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan