WARGA SABAH
BANGUN
MELAWAN
Anak muda Sabah tekad turun himpunan Bersih 5
Anak muda Sabah bertekad untuk menyertai himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan serentak di Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur 19 November akan datang kerana lima tuntutan Bersih 5 amat relevan dengan rakyat negeri ini.
Keputusan itu dicapai dalam forum "Bersih 5: Kenapa Rakyat Perlu Turun" yang berlangsung di Pejabat Bersih Sabah semalam.
Forum dihadiri wakil anak muda daripada pelbagai latar belakang.
Antara barisan penalis ialah wakil Bersih Sabah Bev Joeman, Sekretariat Anak Muda Sabah Khairuddin Daud, Pengerusi Suara Mahasiswa UMS Mukmin Nantang, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Semporna Datu Aziz dan wakil NGO Hijau, Muthu.
Menurut Mukmin, mahasiswa menyambut baik semua tuntutan Bersih 5 dan akan turun berhimpun pada 19 November akan datang.
Golongan mahasiswa, tambah beliau tidak perlu takut untuk menghadiri himpunan Bersih 5 kerana hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata dijamin perlembagaan negara.
Tuntutan Bersih juga, tambah Mukmin adalah untuk mewujudkan negara yang baik bagi membawa kebaikan kepada rakyat.
Sementara itu pada majlis yang sama, Khairuddin menyeru anak muda Sabah untuk menyertai himpunan Bersih 5 bagi memastikan generasi akan datang tidak diterajui kerajaan yang korup dan bobrok.
"Di Sabah, kes RM117 juta rasuah Jabatan Air dilakukan oleh dua orang sahaja pegawai kanan dalam kerajaan dan ini tidak boleh dimaafkan oleh rakyat. Kerana dua orang ini ratusan ribu rakyat Sabah dalam kesusahan," ujarnya.
Datu Aziz pula mahu proses pilihan raya yang bersih dan ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat tidak disekat pihak berkuasa.
"Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dengan ahli parlimen yang membangkitkan isu 1MDB telah pun dipanggil oleh pihak polis walaupun dibangkitkan di Parlimen.
"Ini jelas menunjukkan bahawa Umno/BN tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi rakyat," ujarnya.
Beliau juga yakin geng baju merah yang kerap mengganggu program anjuran Bersih dibiayai Umno walaupun dinafikan pemimpin parti tersebut.
LAWAN
SAMPAI
MERDEKA
--------------
#BNexit
BalasPadam