SATU DUNIA
SOKONG
WARGA
SARAWAK
BANGUN
MELAWAN
S4S berhimpun depan DUN Sarawak desak autonomi
Gabungan itu mendesak supaya usul mengembalikan pindaan 1976 bagi Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan dibentangkan dalam DUN Sarawak.
KUCHING: Gabungan pro autonomi Sarawak For Sarawakians (S4S) mengadakan himpunan hari ini ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang kali terakhir bagi tahun ini.
Mendesak wakil rakyat untuk menegaskan sokongan mereka untuk menuntut semula hak negeri itu, seramai 400 penyokong S4S hadir mendesak usul dibentangkan untuk mengembalikan pindaan 1976 bagi Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel itu menurunkan status Sarawak daripada rakan setaraf di Malaysia kepada salah satu daripada 13 negeri dalam negara.
Rabu lalu, Ketua Menteri Adenan Satem memutuskan untuk tidak membentangkan usul itu, memetik kenyataan Najib mengenai kemungkinan perbincangan autonomi pada masa depan.
Himpunan hari ini terdiri daripada penyokong S4S dari Kuching, Balai Ringin, Gedong, Serian dan Lubok Antu.
MUSUH KEPADA
MUSUH KITA
ADALAH KAWAN
-------------
sarawak sdh melangkah ke depan, sabah masih tidur?
BalasPadamsarawak nak merdeka..bila johor nak jadi merdeka pula..kata cukup duit..kata untung besar sb jual air mahal kat bangsa johor..kata untung besar dan bole tubuhkan bank..anak dan bapa kalo cakap memang tak pernah pikir..
BalasPadam