DARI TINGKAT 7
KE TINGKAT 14
Minggu lalu saya menulis tentang apa yang telah berlaku kepada saya ketika BERSIH5 berlangsung. Sebenarnya ketika anak semua bangsa berdemo pada 19 November 2016 - saya tersadai di Tingkat 7 Bangunan Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPK).
Ada satu pekara yang amat pelik lagi memelikkan dalam kes tangkapan Hishamuddin Rais ini. Sabenarnya - semenjak saya pulang ke Malaysia dari London satelah 20 tahun berkelana - entah berapa belas kali saya telah ditangkap dan ditahan oleh polis, SB atau oleh tim tangkapan PDRM.
Tahun 1994 - tiga hari sesudah sampai ke Jelebu dari London saya telah dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA). Saya ditahan selama dua minggu. Dalam masa dua minggu ini semua maklumat pribadi telah ditanya.
Pada zaman Reformasi 1998 - saya telah tiga kali ditahan. Satu kali saya telah ditangkap dirumah tumpangan saya di Bukit Robson belakang Mid Valley. Ketika di rumah pasong semua maklumat diri telah diulang beri.
Kemudian pada tahun 2001 - saya ditahan sekali lagi. Ini kali kedua ditangkap dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Soal siasat berjalan berhari-hari selama dua bulan. Berat badan, warna rambut, tato dibadan - semua dirakam. Hanya ehheem… saya sahaja yang tidak diukur. Saya gumbira sekali kalau PDRM ingin mengukur atau mengambil contoh. Saya ingin memperagakan kejantanan saya.
Hakikatnya - setiap kali saya ditangkap - soalan-soalan yang sama ditanyakan. Nama, tarikh lahir, dimana lahir, number kad pengenalan lama dan baru, alamat rumah, nama ayah, nama emak, nama adik beradik. Dimana saya belajar. Apa saya belajar. Nama sekolah, nama universiti. Ijazah apa saya pegang dan apa pekerjaan.
Pada hemat saya - satelah berbelas kali Hishamuddin Rais ditangkap pasti ada rekod - Hisahmuddin Rais - dalam komputer PDRM. Dalam zaman teknoloji Nokia ini pasti data dan maklumat tentang saya boleh diklik serta merta.
Dengan teknoloji Nokia saya amat yakin pihak polis boleh memasukkan maklumat baru yang terkini dan ter now apabila berlaku tangkapan baru. Bukan mengulang tanya pekara yang sama.
Untuk saya - pada tahun 2016 ini TIDAK ada apa-apa maklumat baru. Emak, ayah dan abang saya telah arwah. Ini telah dirakam ambil ketika saya ditangkap sehari sebelum Rosmah mengadakan KENDURI DIRAJA - menerima menantu di Pusat Konvention KLCC - pada 28 April 2016.
Justeru tangkapan pada 19 November lalu tidak ada maklumat terbaru.
Satu pekara lagi yang wajib saya rakamkan untuk pembaca yang belum pernah ditangkap atau belum pernah bermalam dalam lokap atau belum pernah masuk penjara. Pekara ini ialah tentang status pribadi.
Status pribadai yang saya maksudkan ialah pihak polis ingin tahu siapa nama isteri?
Bila nama isteri ditanya saya menjawab, ‘… belum ada nama lagi….’
Sang Polis ini memandang tepat muka saya. Dia macam tidak mendengar apa yang saya katakan. Dia mengulangi pertanyaan. Saya menjawab sekali lagi. Polis bertambah hairan. Akhirnya saya terang yang saya ini bujang.
Si Polis menulis jawapan saya. Kemudian muncul soalan kedua - siapa nama anak? Ini kerana dalam kertas Sang Polis salepas nama isteri ialah nama anak-anak.
Bila soalan ini dikemukakan - saya menjawab, ‘…. ada dua ekor. saekor bernama Jai dan saekor lagi bernama Ezi. Jai berumur 13 tahun dan Ezi. Jawapan dari saya menjadikan Sang Polis tidak selesa.
Lalu saya katakan bahawa saya belum berkahwin lagi. Masih bujang. Bila jawapan saya didengar Sang Polis menjawab dengan satu soalan juga.
Belum kahwin? Kenapa? Sang Polis menjadi hairan.
Soalan dari Sang Polis ini saya terima setiap kali saya ditangkap. Bila soalan ini terhambur mata Sang Polis yang bertanya akan memandang tepat ke mata saya.
Mata yang memandang saya ini saolah-olah merasa kasihan kerana saya tidak pernah meniduri perempuan atau tidak tahu apa itu sex. Atau mata ini merasa kasihan kerana Hishamuddin Rais mungkin mati pucuk.
Sabenarnya Sang Polis ini tidak sedar bahawa dalam dunia yang ada Teknoloji Nokia ini makin ramai sosok yang tidak memerlukan permit atau surat tauliah atau watikah kebenaran dari Jakim, Jawi atau Jais atau Tok Kadi apabila mereka ingin bersegama.
Kalau tidak percaya apa yang saya katakan ini - sila lawati Jalan Pudu pada malam ini salepas jam 10 malam. Saksikan sendiri. Orang-orang bujang memendam rasa.
Pengalaman ditanya pekara yang sama berulang-ulang kali menguatkan hasrat saya untuk menjadi seorang ahli perniagaan Bumiputera di zaman Nokia. Saya ingin mengusulkan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar saya dianugerahkan kontrek untuk mengumpulan data ‘orang jahat’ yang pernah makan tidur percuma di Dang Wangi , di Jinjang atau dirumah pasong yang lain.
Jika ini dapat dilakukan maka ianya akan mempercepat kerja Polis dan TIDAK perlu meminta mahkamah memberi reman tiga atau empat hari atas alasan Pegawai Penyiasat memerlukan masa untuk kumpul maklumat.
Seharusnya dalam zaman Nokia ini - klik sahaja komputer - data ‘orang jahat’ - maklumat Hishamuddin Rais akan muncul.
Sayugia diberi ingatan - projek sabagini jangan diberikan kepada syarikat Israel atau Syarikat Singapura atau Syarikat dari China Merah. Syarikat dari negara-negara ini ada agenda tersorok. Sokong syarikat Melayu Bumiputera yang Islam.
Jam telah melintasi lebih jam 3 petang. Saya tidak tahu apa yang berlaku diluar. Saya masih lagi tersadai di Tingkat 7 di IPK Kuala Lumpur. Saya menunggu Pegawai Penyiasat yang dikatakan akan datang dari Rumah Pasong Dang Wangi.
Di ruang hadapan - saya terdengar heboh heboh. Saya memasang telinga. Dari jauh saya memerhatikan beberapa orang polis memperagakan talipon bimbit masing-masing sesama sendiri. Kemudaian seorang polis menunjukkan skrin taliponya ke muka saya. Saya menukar kaca mata untuk melihat imej yang terpampang.
Aduh! Saya ternampak gambar Mahathir memakai Baju Bersih5. Di belakang Mahathir ada seorang lelaki berdiri dihadapan tangga. Dan disebelah kanan Mahathir ada seorang anak muda.
Polis di tangkat 7 IPK Kuala Lumpur pada 19 November 2016 menjadi heboh kerana Mahathir diberitakan sudah sampai ke Subang untuk turun berdemo bersama Bersih5.
‘ Ini gambar Mahathir baru turun dari kapal terbang… baru mendarat di Subang…’ Saya terdengar suara ini dari seorang Pegawai.
Saya ketawa. Saya ketawa kerana saya tidak percaya yang Mahathir ada bersama. Saya anggap Sang Polis di Tingkat 7 sedang melakukan perang saraf kepada saya. Atau tim perang saraf gerakan anti-Najib telah berjaya membuat propaganda.
‘ Ini gambar lama… Mahathir di luar negara… ‘ saya menerangkan dengan penuh keyakinan. Malah saya langsung tidak percaya pada ketika itu bahawa Mahathir telah sampai. Mustahil. Impossible bak kata orang Belgium.
Saya memiliki hujah yang tuntas untuk tidak pecaya pada gambar yang saya lihat. Saya tidak percaya yang Mahathir Muhamad akan bersama BERSIH5 pada 19 November 2016 kerana pada 3hb November 2016 saya telah menemui bual Mahathir. Temu bual selama 20 minit itu dirakam khas oleh Radio Bangsar Utama. Rakaman temubual ini telah disiarkan pada jam 9 malam Rabu 16 November.
Radio Bangsar Utama membuat temubual ini sebagai salah satu dari kempen untuk menghasut orang ramai turun bersama BERSIH5.
Dalam temubual itu, saya bertanya kepada Mahathir …’ Tun pada pagi Sabtu 19 November 2016… dimana Tun akan berada…’
Mahathir terbatuk-batuk sebelum menjawab. Kemudian Mahathir meledakan jawapan , ‘…. saya akan berada di Khartoum Sudan…. ada program yang telah lama disusun dan dah beberapa kali diubah tarikh….…’
Ini rakaman sejarah dari Radio Bangsar Utama. Apabila temubual ini didengarkan kepada umum - media telah memetik tentang Mahathir TIDAK akan hadir di jalan raya pada19 November 2016. Berita ini tersebar luas dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Geng Najib dan para macai Najib amat gumbira apabila berita ‘Mahathir tidak datang Bersih5’. Malah ada yang berpendapat bahawa Mahathir sengaja menghilangkan diri.
Berasaskan temubual Radio Bangsar, yang saya buat sendiri - saya telah menolak kehadiran Mahathir dalam di Bersih5. Saya tidak percaya gambar kesampaian Mahathir di lapangan terbang Subang dengan jet persendirian. Untuk saya ini hanya propaganda yang licik.
Dalam masa yang sama - saya juga wajib mengakui bahawa saya telah terputus hubungan dengan dunia luar. Saya tersadai menunggu Pegawai Penyiasat dari Rumah Pasong Dang Wangi untuk berjumpa dengan saya.
Entah jam berapa - saya telah kehilangan tanda waktu - tetiba seorang Pegawai Polis beruniform datang menemui saya. Wajib saya nyatakan disini - di Tingkat 7 - semua polis tidak memakai uniform. Mereka semua ‘freeman ‘ - kerja menyamar saperti orang biasa.
Pegawai yang ini berpangkat. Saya nampak ada bintang diatas bahu. Dia lelaki Tionghua. Saya bertanya adakah dia Pegawai Penyiasat? Dia berkata bukan dia. Lalu Si Pegawai ini mengarahkan saya mengikut dirinya.
‘ Kita pergi ke tingkat 14. Jarang ada Orang Yang Disyaki dibawa ke tingkat 14… you are very lucky…’
Sebelum saya meninggal Tingkat 7 - mata saya memerhatikan bahawa Arman Baju Merah tidak lagi berada diruang depan. Saya ternampak sekali lagi nama dan gambar sosok-sosok yang dijangka akan hadir di BERSIH5. Dalam hati saya adakah mereka semua ini dalam senarai tangkapan?
‘ Kita gerak sekarang…’ Dan kami masuk ke dalam lift menuju ke Tingkat 14. Ada apa di Tingkat 14. Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------------
Satu hari di bilik soalsiasat ipd:
BalasPadamPolis: nama kamu?
Hisham: hashim
Polis: nama penuh...
Hisham: hashimuddin bin rias
Polis: (pause) tapi kenapa gelarkan diri kamu hisham?
Hisham: (senyum) sebab kecik dulu saya ada minor dyslexia
Polis: (pause lama, kemudian keluarkan handphone, membelek seperti memeriksa sesuatu, kemudian mula menulis dalam borang siasatan) isteri?
Hisham: tiada
Polis: (menulis) nama penuh...
Hisham: (pause) tiada binti... tiada (senyum)
Polis: (pause, sambung menulis) anak?
Hisham: (pause, senyum) haram!
Polis: (tersentak, pause lama) kenapa???
Hisham: tiada isteri nak buat anak, haram. Tiada isteri dapat anak, anak haram! Jadi mana-mana konar baring atas katil pun jawapan soalan tu: haram!
**semua karakter rekaan tiada sabit yang hidup atau mati pucuk
Impossible bak kata orang Belgium.
BalasPadamBak kata orang negori9: possiball.
Orang bugis pulak kata: o, bummer!
Ancok omak kau la Sam.cito nk lompung lompang.abih penjaro ateh bumi ni kau da tujah.tp yg sey polek tu,tk bapo ekor baju merah da kerumhun kau Marin apo ko macam nk tanggal kepalo lutut.tokoncheng dlm suar ko Sam..kalau sey la..mmg sey lunggahan yo tungau baju merah tu..sey nulih dari dalam penjaro ni Sam..kalau kau anak jntan yg macam kau koba tu..kuar kan tulisan sey ni yo..
BalasPadamApa kebende nih ????
BalasPadamTingkat 7 , Tingkat 14
Ada orang TERJUN lagi ke macam Pandan Indah lari JAIS SKODENG
Terjun..... jangan tak terjun
Oitttt apa nie, mcm drama TV lah pulak, ada sambungan mggu depan
BalasPadamJangan la macam ni bang... Jangan buat suspen la bang...
BalasPadam