KANTOI
SAH SURAT
INI DARI
NAJIB SENDIRI
INI CARA NAK
SELAMATKAN
DIRI DENGAN
SERANG DIRI
SENDIRI
MANA BUKTI?
BUKTI SENANG
KENAPA NAJIB
KOMEN SURAT
LAYANG
SEBELUM SURAT
UMUM SEDAR
APA PERLU PM
BERI KOMEN
KANTOI
TUJUAN NAJIB
KOMEN NAK BERI
TAHU ORANG
TENTANG SURAT
INI WUJUD
KANTOI
Pembangkang tak buat 'surat terbang' sebodoh ini, kata Zam
Bekas menteri Umno Zainuddin Maidin mendakwa, beliau mempunyai prasangka surat yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat Ahmad Zahid Hamidi diada-adakan oleh pihak jabatan perang sarap Umno atau BN sendiri.
Semenjak semalam, surat yang kononnya ditanda tangani oleh Ahmad Zahid menjadi viral di media sosial dengan kandungannya yang menuntut Najib segera berundur daripada kerajaan serta melepaskan jawatan.
"Pembangkang tidak mungkin membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah ini untuk melagakan Najib dan Zahid .
"Bila membaca sahaja surat terbang Zahid kepada Najib yang berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek, tidak munasabah dan tidak serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatah lagi orang yang berakal.
"Surat itu menampakkan Zahid membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas, bagaimanapun, tidaklah dapat dinafikan ramai juga yang orang simple minded akan terus percayainya terutama di kampung-kampung," ujar beliau dalam blognya, hari ini.
Semalam, Najib ketika mengulas surat yang sama berkata, helah kotor pembangkang yang cuba melagakan beliau dengan Ahmad Zahid menerusi penyebaran surat palsu bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam Umno.
Taktik murahan dengan menyebarkan dakyah palsu kononnya Ahmad Zahid cuba menunjukkan tentangan jelas menunjukkan betapa pembangkang kini berada dalam keadaan amat terdesak.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, surat itu diada-adakan jabatan berkenaan untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan imej Najib dirasakan tinggi setelah berakhirnya persidangan agung Umno baru baru ini.
"Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas, presiden UMNO yang juga perdana menteri telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu," tambah bekas ketua pengarang akhbar Utusan Malaysia itu lagi.
Di samping itu, ini juga adalah satu lagi backfire kepada Umno dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Mahathir Mohamad ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, ujarnya.
KANTOI
INI CAKAP
ZAM YANG
DULU SELALU
BUAT KERJA
MACAM INI
--------------------
Bak kata lagu XPDC "monggol dah datang". UMNO dan Mappadulung kini berada di peringkat - capai apa saja untuk mempertahankan kubunya. Dapat pingan baling pingan, takde topi sarong sarkot, takde gigi gusi pon jadik. Kah kah kah siap kau "DAP dah datang"
BalasPadamKalau tanah air sendiri dah di gadai pun boleh
BalasPadamApa lagi yang tak boleh di buat
Kenapa bela BEWAK
Hidup BEWAK ini macam KANKER boleh merebak wokay
Nah , dah ada BEWAK SERBAN pulak
It takes a thief to catch a thief
BalasPadam