Jumaat, 6 Mei 2016

HARI RAYUAN GWA








SENIN DEPAN

BUKAN 

SENIN INI

KEPUTUSAN

RAYUAN GWA





Keputusan rayuan kes akta hasutan akan diputuskan 16 Mei ini. Tukar gambar profile anda tanda solidariti.




-----------

DUA TELAH DITANGKAP






DUA TELAH

DITANGKAP

DUA SEDANG

DI CARI FBI

AKHBAR 

TEMPATAN

TIDAK LAPOR


Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahan

Bekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporanStraits Times Singapura.
Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi.
Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah".
Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau.
Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah :
1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth.
2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh.
3. Memindahkan US$500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 November 2012 kepada OCBC account atas nama Yishun Aquarium. Jumlah itu dilaporkan mewakili "manfaat daripada penipuan" beliau.
Reman untuk seminggu lagi
Straits Times turut melaporkan bahawa hakim daerah Christopher Goh telah meluluskan permohonan pendakwa untuk mereman Yeo untuk seminggu lagi, tetapi membenarkan beliau mempunyai akses "bersebab" dengan peguamnya, dengan aturan oleh Jabatan Hubungan Komersil

KOMENTAR
isingapura buat tangkapan
awalnya singapura berdiam diri
tapi apabila kerajaan swiss bertindak
apabila tim fbi  sampai
maka singapura mula bergerak
ini untuk mempertahan 
perniagaan mata wang di singapura

seorang masioh ditahan di abu dhabi
kini seorang direman di singapura
akhbar tempatan arus perdana
tidak lapor beriat ini
nasib baik ada portan internet
kalau tidak kita semua tidak tahu
apa yang sednag berlaku

pada ketika ini tim FBI
telah sampai ke kuala lumpur
diberitakan tim FBI sedang
mencari china tembam jho low
dan juga seoarang lagi jantan melayu

kes ini tidak akan selesai
kes 1MDB ini akan berterusan
kes 1MDB ini telah menjadi kes dunia

ini kes mendobi duit 
ini kes pindah wang haram
ini kes rasuah paling besar

para pemain utama kes 1MDB ini
tidak akan terlepas
hanya menunggu masa

------------

FBI CARI JHO LOW






MANGKOK!

lu mana celah

fbi cari sama lu

betul ke lu 

sekarang nyorok


di taiwan?


-----------

FBI CARI RIZA AZIZ









MANGKOK!

HANG ILANG 

KE MANA

FBI CARI HANG


HANG 

NAK LESAP

KE MANA?



-----------

HUSAM MUSA





BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. 

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. 

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016









----------

MEMBALAK BERSAMA ULAMAK












PROGRAM

MEMBALAK

BERSAMA

ULAMAK




PAS pecat bekas naib presidennya, Husam Musa

Jawatankuasa tatatertib PAS hari ini memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti .
Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah ADUN Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.


KAH KAH KAH

wa tak ada

apa nak royak

wa tergolek dog

kah kah kah

JAGA BALAK


---------------

JADI SOSOK YANG BAIK





JADI BERANI

JADI BAIK


SILA

TANDA TANGAN



savemalaysia.wordpress.com

---------------

KES PUTUS URAT SARAF






KES PUTUS

URAT SARAF




Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

KUCHING: Timbalan Presiden PBB,  Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.



KAH KAH KAH

mustahil hang

tak faham

kah kah kah

i rest my kes
-------------

SATU KEMALANGAN





HANTU DAN JIN
Ada konco-konco tengah merekrut hantu-hantu dan jin di dalam hutan supaya mengundi untuk parti dacing senget.apa susah kasi dedak saje.tak perlu buat majlis korban itu ini.tak perlu majlis menaik menurun berasap kemenyan.nanti da setel undi tu akan dicampakkan ke mana-mana kawasan berisiko tinggi.kemudian akan terjadi drama kegelapan mengejut.tanpa disedari undi hantu dan jin ini akan jadi penyelamat keadaan on MACAM MACAM TEORI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/6/16

MENYOROK
Heli tengah menyorok.nanti masa undi keluarlah die bawak kotak-kotak berisi undi hantu-hantu dan jin-jin disebarkan ke merata tempat.nak menang sangat la katekan. on MACAM MACAM TEORI
Anonymous
on 5/6/16
KUBOR
Berita SEDIH lah..... Masok KUBOR BUKAN SENANG okay..... Boleh dalam duit INSURANS banyak ke Nak pakai BILYON BILYON tutup LOBANG TAIK kan..... MAT BAHALOL BUKAN BODOH Budak dalam GUA ingat bijak macam Kancil OH MY LOL , kata TRUMP kalau dia baca berita Mat Dah Bahalol on MACAM MACAM TEORI
Anonymous
on 5/6/16
POLIS
Polis Sarawak pun nak jadi wartawan juga. Janji lapor!!! on MACAM MACAM TEORI
Anonymous
on 5/6/16




------------

TANDA TANDA MAKIN JELAS






ALBERTA 

CANADA

TERBAKAR

seramai 88,000 warga dipindahkan
sebanyak 1,110 ahli bomba bertugas
sebanyak 145 heli digunakan
seluas 850 kilometer persegi 
bersamaan 328.2 batu persegi
telah dan sedang terbakar 
wilayah ini telah diistihar darurat

ini salah satu tanda tanda jelas
tentang  pemanasan global












----------

SURAT DARI AKU






SURAT 

DARI AKU


kawan ku yang baik hati,

aku menulis lagi tentang panas
aku menulis lagi tentang cuaca
tentang air sungai pahang yang mula susut
tentang chuping yang hangat
tentang waduk air yang kering

sebenarnya aku gelisah
sabenarnya aku gundah
sabenarnya aku merasa takut
melihat bumi manusia ini terbakar

telah lama aku fikirkan jika kita semua
memiliki kesedaran 
jika kita semua faham
jika kita sedar tahu
jika anak semua bangsa peduli
bahawa bumi kita ini sedang sakit -alangkah baiknya jika bunda bumi ini kita selamatkan bersama

aku menulis ini hanya untuk membawa pencerahan

tulisan tulisan ini aku buat sebelum aku ke penjara
minggu hadapan aku akan dihadapkan ke mahkamah untuk kali terakhir - aku merayu di putrajaya
jika gagal maka  aku pergi untuk sementara
aku tinggal kan pada kau
tulisan tulisan ini untuk kamu baca

kawanku yang baik hati,

aku tak mahu kau bersedih
khairil anwar berkata :  tak perlu sedu sedan itu

aku katakan bahawa kita bukan binatang jalang
kita  juga bukan dari kumpulan terbuang
kita adalah suara ramai suara 52% rakyat malaysia
jadi tak perlu kamu bersedih

jika aku dipenjara kau bacalah apa yang aku tulis
kau teruskan apa yang kau buat
aku tahu kau anak yang baik
aku tahu kau benih yang baik
benih baik jatuh ke laut akan menjadi pulau

lama aku fikirkan
sabenarnya orang baik baik amat ramai
berbanding dengan orang jahat jahat
cuma orang baik baik ini
belum melakukan apa apa
maka orang jahat jahat terus berkuasa

jika aku dipenjara - aku tidak akan menulis 
aku akan berehat selama 9 bulan


kawan ku yang baik,

kau jangan tersilap
yang aku tinggalkan diluar pintu besi
bukan satu harapan
bukan satu impian
bukan satu berahi
yang aku tinggalkan adalah kamu
yang memiliki kudrat dan fikrah untuk 
melakukan sesuatu yang baik

hampir aku terlupa 
biar aku beri tahu
ketika aku dalam penjara kau tak dapat
melawat aku kerana  ini hukum negara
aku juga tidak memerlukan lawatan
yang aku perlukan ialah kamu
menyampaikan berita kegeringan bunda bumi
bunda yang sedang sakit ini perlu rawatan

kawan ku yang baik hati,

kamulah bomoh
kamulah tabib
kamulah pawang
kepada bunda yang gering

amin - wassalam

NOTA
bila aku keluar nanti
yang aku cari
ialah sepapan petai
dan secangkir air sejuk

BACA DISINI

https://www.malaysiakini.com/columns/336023


https://www.malaysiakini.com/columns/336699


https://www.malaysiakini.com/columns/337611


https://www.malaysiakini.com/columns/338522


https://www.malaysiakini.com/columns/339361


https://www.malaysiakini.com/columns/340192



---------------

TUKAR TIUB LAST GIG








MARI 

KAH KAH KAH

DENGAN TT


SEBELUM 


DIHANTAR

KE KAJANG







-------------

AL- FATIHAH







Serpihan helikopter ditemui pagi ini

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan yang dipercaya berpunca dari helikopter AS350 yang dilaporkan hilang.
Najib memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar pagi ini.
Manurutnya, operasi SAR telah bergerak dan dari maklumat yang diterima pada jam 9.50 pagi ini, pasukan itu telah menui serpihan yang dipercayai berpunca dari helikopter yang hilang itu.
Serpihan itu termasuk sebuah kerusi, sebahagian pintu dan sebahagian kipas dan sebahagian dinding pesawat.
Bagaimanapun, penumpangnya belum ditemui.



NOTA

pakatan 

harapan

akan bergaduh

lagi


-----------

APA LAGI CINA MAU





APA LAGI

CINA MAU


Tanpa dakwah Cina, Melayu mungkin sembah pokok, kata Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kecewa mualaf tidak diberikan kedudukan dan bantuan wajar, penulis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah menyelar orang Melayu yang mengutamakan kaum dan diri sendiri melebihi persaudaraan Islam. 
Menulis di kolum mingguannya, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu mengingatkan bahawa tanpa jasa pendakwah Cina dan India membawa Islam, "mungkin ada lagi Melayu masih menyembah pokok". 
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tanpa-dakwah-cina-melayu-mungkin-sembah-pokok-kata-ridhuan-tee#sthash.DACTs6zy.dpuf

WOIT

kalau tak ada

dasar DEB

dasar  ekonomi

pro melayu 

ada kah cina 

masuk islam

nak jadi melayu

saje tanya

jangan marah

CARI MAKAN


--------------

SELAMATKAN DIRI





CARA NAK

SELAMAT DIRI



Najib berjaya padam dua perenggan afidavit 1MDB

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Najib untuk membatalkan tiga perenggan afidavit pemilik Media Rakyat.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Najib untuk memadamkan dua perenggan dalam afidavit sokongan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dalam saman berhubung isu 1MDB.
Pesuruhjaya Kehakiman  Roslan Abu Bakar dalam keputusannya berkata bahawa ini adalah permohonan interlokutori tetapi kenyataan itu berdasarkan khabar angin dan gagal mematuhi Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
"Mahkamah mendapati dua perenggan serta eksibit itu adalah 'hearsay'.
"Ia tidak menyatakan sumber maklumat dan atas sebab ini, ia tidak memenuhi peraturan mahkamah.

KAH KAH KAH

woit

apa agaknya

yang dipadam?

nama altan ke?

nama zian ke?

saje tanya

jangan marah

RABAK BAIK
------------

MACAM MACAM TEORI






HELI oo HELI

macam macam didengar
tentang helikopter ilang
macam macam teori
ada pulak kata sandiwara
untuk alih pandangan
ada kata ini wayang
kenapa semua ini berlaku?

semua ini berlaku
apabila maklumat kerajaan
tidak lagi dipercayai
semua berlaku apabila
apa sahaja  kenyataan 
dari menteri akan
dianggap satu konspirasi

ini tanda rakyat
ini tanda orang ramai
telah hilang keyakinan
terhadap pemerentah

justeru:
kemalangan tidak dilihat
sebagai kemalangan
ditokok tambah 
dicampur aji no moto

kedaaan sademikin 
bertambah buruk
dengan wujudnya internet
kini sembang bodoh
kini teori bodoh
bukan didengari oleh
dua tiga orang
kini semuanya merebak
satu dunia terdengar

dengan wujudnya internet
sesiapa saja boleh melapor
boleh menjadi wartawan

NOTA:
pekara ini telah
ditulis oleh 
hishamuddin rais
dalam buku ini

Helikopter hilang: Tumpuan ke Sri Aman, Simunjan

Polis minta orang ramai tak percaya khabar angin kononnya ada pesawat udara buat pendaratan kecemasan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Muhammad Sabtu Osman berkata pelbagai agensi akan bekerjasama dalam gerakan itu, termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Beliau juga meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang kononnya mendakwa ada pesawat udara membuat pendaratan kecemasan di beberapa lokasi.
"DCA sahkan tidak mengesan sebarag helikopter membuat pendaratan di Sarawak," katanya.


-----------------