Rabu, 1 Jun 2016

TANDA DAN SIGNAL






TANDA DARI

ALLAH



‘Blackout’: Muktamar Pemuda, Muslimat tergendala
KOTA BHARU - Perjalanan Muktamar Tahunan Pemuda dan Muslimat Pas yang berlangsung di sini tergendala sejak 12.10 tengah hari tadi apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba di kedua-dua lokasi majlis itu.

Wakil di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) kemudiannya membuat pengumuman penangguhan seketika dan memberi laluan untuk perwakilan berehat lebih awal.

Setakat ini tujuh pembahas sudah menyampaikan hujah untuk membahas Ucaptama Ketua Pemuda dan masih berbaki tujuh lagi perwakilan.




BANJIR DATANG

ALLAH MARAH

BANYAK

MAKSIAT

PANAS DATANG

KERANA ALLAH

MURKA

TETIBA LETERIK

PADAM GELAP

APAKAH KERANA

ALLAH MURKA

KERANA TIPU 

JUAL AGAMA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

-----------

SELAMAT BERBUASA





TAK ADA DALAM QURAN
Kalu kita pandu pada alQuran mencari maklumat yang lebih terang lagi jelas maka kita dapati tiada arahan dari Quran yakni wahyu dari Tuhan itu akan kita harus/wajib berpuasa pada waktu tertentu. Pada zaman Nabi kalendar Islam belum terdaftar lagi. Jadi ada orang2 yang berpengaruh selepas wafatnya Nabi telah menetapkan bila kita wajib berpuasa dalam setahun kalender Islam.

Mungkin bagi mengkukuhkan lagi arahan-arahan ini mereka mencipta hadith yang memberi autoriti untuk mengistitusikan ibadah puasa yang semua tak boleh bantah mengikut tafsiran-tafsiran mereka, tafsiran orang lain yang berbeza sikit akan dihukum. Tafsiran mereka adalah yang paling afdal meskipun ia masih tak lagi dapat authoriti terus dari Tuhan. 

Yang biasa kita dengar ialah " berpuasalah kamu pada satu waktu yang ramadan ( panas). Pergertian Ramadan itu adalah satu tempoh/musim/era yang panas, mungkin makna intinya ialah kita berdisplin dalam mengharungi sesuatu ketika yang mencabar dan menguji. Jangan terus ghaplah on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 7:08 PM

KAYA DAN  MISKIN
Siang puasa menghayati kehidupan orang miskin, malam berbuka buffet kat hotel menghayati kehidupan orang kaya. KAH KAH KAH on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 6:10 PM

ULAMAK
Berpuasa utk berbuka percuma dgn ulamak..... nk tum pang amin kan doa yg makbul. on BERPUASA UNTUK APA?
Anonymous
at 6:02 PM

EKOSISTEM
Puasa datang lagi. Dulu orang kata, puasa ini dapat kita dalami ekosistem orang yg papa kedana .. dapat rasa cam ne tak makan, minum dan entot, pancut pon tak leh, tapi pada siang je .. malam leh melantak sepuas nye. Realiti nye si papa-kedana ni soru tergelincir siang malam .. entot tetap entot tak kira waktu. Lepas tu ada kata puasa boleh dapat bergunung pahala .. hadis kata, bertarawih saja boleh dapat pahala 7 gunung tiap malam .. maka makin ramailah datang bertarawih .. makin kembunglah poket ustaz.

Akhirnye pecah rahsia yg hadis tentang pahala tersebut adalah tipu bongak .. angkara yahudi kot sapa lagi. Realiti nye uztas tu iklan diri nya untuk dapat upah jadi imam tarawih .. jual agama la tu. Bab gi umrah pada bulan puasa gwa tak mau cerita la .. betul buat duit ooo .. bayangkan ustas yg ikhlas jual pakej umrah kurang 3 ribu je .. tapi ustaz jual agama punya pakej, cecah 6, 7 ribu .. apa hookooom nya tu. Apa pun seminggu sebelum puasa KL dah jem gila .. ini semua angkara cam on BERPUASA UNTUK APA?
panglimo potaseh
on 6/1/16



MAT KAMPAU
BER POSA lah kamu sesungguh nya dapat menjimat duit juga dapat kurang sedekah baziran Masa POSA lah dapat makan FREE di mana mana Masjid Surau dan Jalanan Simpan lah duit masa POSA ini dan belanja lah pada Minyak Toll dan Sedekah Baziran di hari Raya nanti

 Jangan lupa Mat Kampau dan Mat Boroi juga nak duit Raya walau pun tak POSA Kan Melayu Melayu semua tu , mana boleh pakai pun..... on BERPUASA UNTUK APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/1/16


----------

HAKIKI - SIAPA DIA?




JENG JENG JENG

KALAU TAK 

BETUL TUDUHAN

INI SATU FITNAH

KALAU BETUL

SIAPA DIA?


Azizah percaya Azmin takkan lindungi salah laku


Presiden PKR letak kepercayaan penuh terhadap Azmin dan yakin tiada individu akan dilindungi.

Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam berdepan tuduhan terhadap kerajaan negeri itu.
Azizah dipercayai merujuk dakwaan 'permintaan wang dan wanita' ketika berurusan dengan kerajaan Selangor dan yakin Azmin tidak akan melindungi pihak terlibat sekiranya terdapat bukti salah laku berkenaan.
"Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah  Azmin Ali, menteri besar Selangor.

"Kami yakin sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, menteri besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan tidak akan dilindungi," katanya pada kenyataan media.

KAH KAH KAH

kes dah berat

masuk SPRM

soalan hakiki

betul ke?

atau hanya

cerita dongeng

kah kah kah

SPRM & SPR


------------

SAMA SAMA KITA MEMBANTU





AMAL JARIAH

SAMA SAMA  

KITA MEMBANTU



CIK GU FARIZ




10503809354

MAY BANK

Mohd Fariz bin Abdul Talib @ Musa

Diabetes punca kaki Fariz Musa dipotong, Wan Azizah zahir simpati

PETALING JAYA 24 MEI: Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa dilaporkan menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.
Presiden KEADILAN,  Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.
-----------

BODOH YANG BETUL BETUL BODOH







KEBODOHAN

YANG TAK ADA

BANDINGAN


FACE BOOK
Kecerdikan pemimpin yg lahir dari 'universiti Umno' jangan disangkal..



---------

KUPANG LAWAN SOTONG





INI BERITA

TEPAT LAGI

BENAR LAGI

SAHEH



Kesal kaedah pemilihan calon PRK Sungai Besar - pencuri lawan pencuri


KOTA BHARU - Dewan Ulamak Pas Selangor berasa kesal apabila pemilihan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar menggunakan kaedah 'pencuri lawan pencuri'.

Perkara itu disuarakan perwakilannya, Nik Baki Nikmat sambil menegaskan masih ramai pimpinan profesional dan ulama dalam Pas yang berwibawa boleh diketengahkan untuk mewakili parti Islam itu dalam mana-mana pilihan raya.

"Selangor merasakan ada sesuatu yang kalau boleh dewan ulamak ambil ketegasan dengan calon PRK, mungkin Selangor terasa dari sudut ada unsur pemilihan calon yang menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri atau 'harum manis lawan harum manis'.


KAH KAH KAH
woit 
sepatutnya 
mt sotong lawan mat kupang
porno jepun lawan porno german
harum manis lawan harun jin
kah kah kah
jual agama lawan jual jubah
jula air jampi lawan jual air liur
kah kah kah

DEK MUNDEK




---------

BERPUASA UNTUK APA?






KUASA RINGGIT DAN MODAL

Bulan Ramadan sampai. Sekali lagi kita akan menyambut bulan puasa. Setiap kali bulan puasa sampai saya akan ngelamun kembali ke zaman   kanak-kanak. Betapa susahnya ‘berlapar’ ketika di sekolah rendah. Lalu teringat dengan kesah-kesah menghantar kad hari raya. Dan memilih kad-kad yang paling spesial kepada  Minah yang menjerut hati.

Dipagi raya ada baju baru, songkok baru, kasut baru dan sapu tangan baru. Semua indah murni tidak ada cela dan gangguan. Zaman jujur - zaman lurus bendul.  Zaman ‘innocent’ - zaman kanak-kanak  yang tidak ada masaalah. 

Semua ini hanyalah  ingat ingatan yang telah berlalu.

Bila mendewasa saya melihat  Ramadan dan Hari Raya dengan kaca mata yang agak berbeza. Tanda dan makna puasa itu menjadi lebih dalam dari memiliki sepasang kasut baru. Semakin mendewasa semakin sedar bahawa puasa ini diamalkan   juga oleh pelbagai agama dalam dunia ini. Bukan orang Melayu sahaja berpuasa. 

Penganut agama Yahudi, Kristian, Druze, Hindu, Bahai, Majusi, Taoisma atau Buddha juga mengamalkan puasa.  Berpuasa bukan monopoli umat Islam. Malah perkataan puasa dalam Bahasa Melayu ini  berasal dari Sanskrit.

Baru-baru ini sebuah Ngo - Sahabat Alam  dari Pulau Pinang telah membuat kenyataan tentang Bulan Puasa. Ngo yang khusus bersuara tentang alam sekitar tetiba telah  bangun untuk menjadi penjaga moral kita.

Ngo ini telah menyatakan betapa hodohnya bulan puasa kebelakangan ini. Iklan-iklan  tentang berbuka puasa telah mula disebarkan oleh tuan empunya hotel.  Berbuka puasa di hotel telah menjadi satu feshen. Lagi mahal tempahan berbuka yang dibuat lagi berjaya puasa yang diamalkan.
Malah mengikut kata Ngo ini - puasa telah hilang roh dan semangat keagamaannya.

Apa yang disuarakan oleh NGO ini betul dan tepat. Kritikan tentang puasa yang telah hilang roh dan semangatnya juga betul. Pembaziran makanan di dewan-dewan makan hotel juga menjijikan. Ini juga betul. 

Apa yang berlaku dikebelakangan ini bukan lagi semangat  dan roh puasa. Semua ini di tegah dan dilarang oleh semua agama. Tetapi kenapa saban tahun ianya terus berlaku?

Untuk memahami ini kita wajib memahami apa yang membudayakan kita. Apa yang menjadikan kita ini kita. Apa yang melahirkan nilai yang menjadi pegangan hidup kita. Kita ini menjadi kita kerana apa?

Saya tidak mahu menggunakan perkataan yang besar-besar saperti superstructure. Tapi inilah pekaranya yang saya cuba tuntaskan.

Ketika saya berpuasa  di sekolah rendah dahulu - Tanah Melayu baru sahaja ditinggalkan oleh penjajah British. Ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu belum lagi berkembang saperti  ekonomi kita pada hari ini. 

British telah bermandi darah menghantar  puluhan ribu tentera Commonwealth untuk mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ketangan Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Boestaman, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng. Ketika itu Tanah Melayu dipersimpangan dua jalan. Jalan aliran kapitalis dan jalan aliran nasionalis/ sosialis.

British telah mewujudkan United Malays National Organistion sebuah parti rasis  Melayu yang pro- kapitalis. Parti rasis Melayu ini  menjadi parti pro pemodal yang akan menjamin harta kekayaan British di Tanah Melayu  tidak akan dirampas untuk dimilik negarakan oleh Burhanuddin atau Boestaman.

Maknanya pada ketika saya membesar sistem ekonomi kapitalis telah diamalkan di Tanah Melayu. Tetapi sistem ekonomi kapitalis pada ketika itu baru sahaja bertapak di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami keruntuan sesudah zaman meleset 1929 dan zaman Perang Dunia Kedua. 

Justeru sistem kapitalis dizamam sesudah perang agak  lemah. Dalam masa yang sama sesudah perang dunia kedua wujud blok ekonomi sosialis  di Eropah Timur dan China. Pertempuran sistem kapitalis dan sosialis cukup sengit. Justeru sistem kapitalis bergerak dengan behati-hati.

Hari ini semuanya telah berubah. Sistem kapitalis telah berjaya mendominasi dan mencengkam  hampir seluruh dunia ini. Dunia kita hari ini sedang berkiblatkan kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini bertuhankan keuntungan maksima. Rukun iman sistem ekonomi kapitalis ialah untung. Amal jariah sistem kapitalis ialah bersedekah untuk melarikan diri dari cukai mukai.

Sistem ekonomi kapitalis inilah yang melahirkan budaya kita. Sistem ini juga bertanggung jawab menetaskan nilai umat manusia dalam dunia hari ini.

Hakikatnya sistem ini  lebih kuat dari segala  pengaruh dan pegangan agama. Sistem ini lebih kukuh  dan meluas dari semua kepercayaan. Dalam dunia hari ini tidak ramai lagi umat manusia yang tidak dibalut atau dipengaruhi oleh budaya  sistem ekonomi kapitalis.

Terus kedengaran kritikan terhadap Bulan Ramadan  yang dikomesilkan. Kritikan terhadap Hari Raya menjadi pesta jual beli. Semakin ramai yang menyuarakan rasa tidak senang dengan pembaziran di Pasar Ramadan. Semua betul. 

Sayang sekali - mereka yang mengeluarkan kritikan ini tidak memahami apa dari mana lahirnya nilai komersial ini? Dari mana lahirkan budaya  yang menjadikan bulan puasa satu bulan komersial. Kenapa hari ini bulan puasa telah hilang roh keagamaannya?

Jika Sang Kritikus ini berfikir dengan lebih mendalam maka mereka akan sedar bahawa  semua ini muncul dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis - apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh dibeli untuk dijual akan dibeli.

Justeru - jangan marah pada saya jika saya katakan bahawa pada hari ini jual beli agama telah menjadi satu industri yang besar. Sembahyang, kitab suci, kitab-kitab agama, naik haji, pergi umrah, belajar agama - semuanya telah di komersialkan. Inilah kekuatan sistem ekonomi kapitalis.

Kita membaca bagaimana ada air bercampur tahik anai-anai yang makan kertas Al-Quran menjadi idaman ramai. Kita membaca berita air mineral yang bercampur dengan air Zam Zam menjadikan ibadah kita lebih suci. Kita terbaca bagaimana ayam yang didendangkan dengan ayat-ayat suci lebih mahal harga dari ayam biasa. 

Kalau menjemput Imam ke rumah untuk kenduri doa selamat - perlu duit disedikan. Untuk mengkebumikan mayat juga kini memerlukan modal. Kalau menjemput ustaz untuk memberi syarahan agama  - kariah masjid wajib  menyediakan modal.  Kalau ustaz datang dari jauh perlu tiket kapal terbang. Perlu hotel penginapan.

Dalam bulan Ramadan ini harganya menjual agama makin meningkat. 

Malah ramai pula Tok Ustaz kita mula berhijrah ke Austalia atau ke New Zealand untuk menjual agama dalam bulan Ramadan. Semua ini pekara baru.  Tidak wujud ketika saya disekolah rendah atau menengah. Semua ini muncul dari sistem ekonomi.

Kepada Ngo Sahabat Alam dari Pulau Pinang atau kepada sesiapa sahaja yang merasa janggal dan jijik melihat  bulan puasa menjadi terlalu komersial - saya sarankan agar mereka membaca untuk memahami peranan sistem ekonomi kapitalis. Mengkritik atau hanya marah  dalam bulan puasa sahaja tidak akan menyelesaikan masaalah secara tuntas.

Sistem ekonomi kapitalis ini memerlukan penentangkan yang lebih tersusun. Memerlukan  satu gerakan rakyat yang ampoh untuk meruntuhkan sistem ini.

Sistem ekonomi kapitalis akan terus menjual apa sahaja. Akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal atau untuk dijadikan barang dagangan.

Dalam  kerangka politik Malaysia kita hari ini - agama  Islam jelas sedang dijadikan modal politik. Apa yang sedang kita alami sekarang ini adalah manifestasi dari perniagan jual agama.

Parti United Malaya National Organisation dan Parti Islam  Se Malaysia sedang bermodalkan agama Islam. Parti PAS  sedang menjual agama kepada orang ramai. Tetapi PAS  tidak memiliki modal ringgit dan dolar yang lumayan untuk menjual agama secara meluas.  Manakala United Malaysa National  Organisation yang berkuasa dengan ringgit dan dolar akan mengambil ‘barang jualan Pas” . Produk agama ini akan diberi baju baru dan dijual atas nama Ketuanan Melayu.

Justeru jula beli agama ini bukan satu yang pelik. Ianya bukan lagi satu yang terlarang. Kaum kapitalis kini telah menjadi bagitu berkuasa dan berani sekali.  Penjualan agama  di Tanah Melayu ini telah menjadi bagitu lucah.

Jangan marah kepada saya kerana memperkatakan hal ini. Sila perhatikan bagaimana beberapa menara masjid dalam Wilayah Persekutuan kini sedang   dibaluti oleh alat-alat pemancar. Alatan ini dipasang oleh syarikat talikom untuk tujuan menyambuang ombak talian talipon.

Apa yang terjadi ialah bagimana   masjid - rumah ibadat - tempat suci - rumah Allah - telah dilucahkan  dengan parabola talikom oleh kaum pemodal.

Tuan empunya syarikat talikom tidak memiliki segan silu untuk berunding dengan Imam Masjid agar dapat diberi laluan untuk memasang alat pemancar ini. Dalam masa yang sama mata Imam telah buntang apabila melihat ringgit dan dolar melambak bertaburan diatas sejadah. Ajaran agama terhambur ke luar tingkap apabila berhadapan dengan  modal.

Inilah hakikat yang berlaku hari ini.  Kuasa modal telah dan sedang bersaing hebat  dengan kuasa agama. Jelas kelihatan kuasa ringgit dan modal telah dapat menandingi kuasa Tuhan.

Maka apabila saya ngelamun tentang berpuasa  lima puluh tahun dahulu - ianya hanya satu ingatan ketika sistem dan budaya kapitalis belum berkembang. Ketika itu kaum pemodal belum bergerak se lucah dan seganas hari ini. Hari ini pada hemat saya modal telah berjaya  menundukan Yang Maha Esa. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-----------

LAWAN SISTEM KAPITALIS





TANDA MAKNA


KOMENTAR
ini tandanya kehidupan rakyat biasa
makin susah makin terok
ekonomi makin merundum
dalam suasana sademikian
syarikat dan peniaga
makin banyak buat untung
dalam keadaan gawat
yang untung berlipat ganda
adalah kaum pemodal
mereka menangguk kesusahan rakyat

jawapan kepada ini
ialah satu gerakan massa
yang memberei kesedaran
bahawa sistem kapitalis ini
sedang membawa mudarat
wajib diwujudkan satu sistem baru
dimana bukan untung jadi kiblat

perlu diwujudkan
satu sistem ekonomi baru
dimana kebajikan umat menjadi kiblat

Curi susu bayi, ibu 2 anak dipenjara 4 hari

May 31, 2016
Tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun.





KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.
Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.


------------

MEDIA DAN PROPAGANDA






MEDIA DAN

PROPAGANDA

KOMENTAR
hari ini media dalam dunia
hanya dimiliki oleh 6 buah syarikat
syarikat ini menelorkan berita
syarikat ini menetaskan berita
syarikat ini membuat berita
syarikat ini melaporkan berita
rtm tv3 utusan ke
semua membeli berita
melanggan berita
dari  syarikat-syarikat ini

syarikat inilah yang megolah
pandangan dan pendapat rakyat dunia



6 Giant Corporations Control The Media, And Americans Consume 10 Hours Of ‘Programming’ A Day

If you allow someone to pump hours of “programming” into your mind every single day, it is inevitable that it is eventually going to have a major impact on how you view the world.  In America today, the average person consumes approximately 10 hours of information, news and entertainment a day, and there are 6 giant media corporations that overwhelmingly dominate that market.  In fact, it has been estimated that somewhere around 90 percent of the “programming” that we constantly feed our minds comes from them, and of course they are ultimately controlled by the elite of the world.  So is there any hope for our country as long as the vast majority of the population is continually plugging themselves into this enormous “propaganda matrix”?

INI 6 SYARIKAT ITU

1 - Comcast
2 - The Walt Disney Company
3 - News Corporation
4 - Time Warner
5 - Viacom
6 - CBS Corporation



---------

KE MANA ARAHNYA JIRAN KITA







SUARA JIRAN

KITA




Philippine president-elect says 'corrupt' journalists will be killed

The Philippine president-elect Rodrigo Duterte said corrupt journalists were legitimate targets of assassination, as he amped up his controversial anti-crime crusade with offers of rewards for killing drug traffickers.
Duterte won this month’s elections by a landslide largely due to an explosive law-and-order platform in which he pledged to end crime within six months by killing tens of thousands of suspected criminals.
The foul-mouthed politician has launched a series of post-election tirades against criminals and repeated his vows to kill them – particularly drug traffickers, rapists and murderers. In a press conference called on Tuesday to announce the new cabinet, in his southern hometown of Davao, Duterte said journalists who took bribes or engaged in other corrupt activities also deserved to die.

WOW!

kalau PM

yang korup

macam mana?



------------

SEMUA SEDANG DIATUR







RASA HATI

ANAK WATAN


Pemecatan keahlian hanya pengorbanan kecil – Syed Rosli

 | May 31, 2016
Mesej penting yang ingin disampaikan Syed Rosli kepada UMNO ialah jangan mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam politik negara ini.






Syed-Rosli-Jamalullail
PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail sedia dipecat UMNO, susulan pengumumannya untuk bertanding menentang calon BN di PRK Kuala Kangsar.
Beliau menyifatkan tindakannya itu hanyalah pengorbanan kecil berbanding mesej penting yang ingin disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.
Tegasnya, BN perlu mengubah cara mereka berpolitik dengan tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme.
“Kita lihat calon yang BN pilih (Mastura Mohd Yazid), bagi saya ia hanya meneruskan legasi wakil rakyat terdahulu, di mana tidak beri ruang dan peluang kepada pemimpin UMNO lain.
“Ini ibarat memperlekehkan orang-orang tempatan di Kuala Kangsar yang berkemungkinan layak jadi calon. Sedangkan Mastura bukan orang Kuala Kangsar dan dia orang luar. Kenapa tidak diberi peluang kepada anak tempatan Kuala Kangsar sendiri bertanding,” katanya kepada FMT


KAH KAH KAH
woit mamat ini
tak faham apa itu
cash is king
tak faham apa itu PRK
tak faham apa itu SPR
tak faham apa itu daulah
tak faham pengundian
semua boleh diatur
semua boleh disusun
kah kah kah
tak caya sila tunggu

SEDANG DIATUR


-----------