Rabu, 3 Ogos 2016

BANI MELAYU BERSERABUT





BANI MELAYU BANYAK LAW
Bani melayu ni mmg kepala berserabut. Macam2 law nak kene ikut. Law kampung, law bandar, law berkawan, law beristeri, law majlis bandaran, law menteri, law melancap, law solat, law puasa, dan segala apa lanchow law lagi.. 

Beribu2 law ini kerjanya membuatkan bani melayu terus bodoh bangang sepanjang hayat jika dilayan 1000 persen. Kalo betul2 bendul ikut law, nak bernapas pun susah. Apatah lagi nak bergerak. Jangankan kata nak melancap, nak kentut pun susah. on APA LAGI NAK HARAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/31/16


----------------

AJEN FBI?






MENYAMAR?



 | August 2, 2016
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera punyai sistem penyampaian surat terkawal dan terjamin untuk dokumen-dokumen rahsia tentera


SOALAN 

KURUN INI

APAKAH INI

AJEN FBI

MENCARI

MO-1?





-----------------

LIMA AKAN SAMPAI




GUA UDAH

CAKAP LU 

TAK CAYA

LEPAS EMPAT 

PASTI LIMA


Lagi demo BERSIH, kali ini desak tangkap MO1


BERSIH hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima akan diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.
Katanya, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
“Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.
ANAK MUDA

BERSEDIA

BERHEBAT

TANGKAP 

EEM OO ONE




-----------

AKAN SAMPAI





BERSEDIA

AKAN SAMPAI






--------------

SAHELAI KAIN PELIKAT





DK- DEKLARASI RAKYAT
orang2 kampung, pakcik mokcik akan diharamkan keluar dari rumah utk dgr pencerahan ini.org2 kampung akan diugut..org2 kampung tak perlu tahu kes najib rosmah atau kes 1mdb.apa yg org2 kampung nak ialah sekampit beras hancur 15%,anak ayam bersama dedak, 1 tin milo, 2 tin susu, teh serbuk,1helai kain pelikat atau kain batik dan duit rm50..

keperluan ini cukup utk bekalan 4tahun sebelum pilihanraya.bagi mereka yg penting adalah ilmu jalan pulang, ilmu akhirat.yang lain2 dikira hal dunia ujian allah.abis cerita.sehingga kini, belum ada apa2 projek perlawanan dari mereka2 yg sokong DR.

sila aturkan plan anda. bersih sudah, parlimen ditolak, DR byk bunyi, sekarang apa plan anda. paln muhyidin ni plan lama.pakatan harapan dah lama bergerak.barangkali telur warga bangsa johor ni sudah hilang dlm beg birkin rosmah. on MUSUH DAN MENONGGENG FRUS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/1/16




-------------

RUSIA TIDAK MAHU PERANG





JIKA 

HILLARY 

CLENTIT 

MENANG

PERANG DUNIA

AKAN DEKAT


FBI SEDANG MENCARI








SIAPA ADA

TERLIHAT

JANTAN INI?


FBI AMERIKA

SEDANG 

MENCARI

JANTAN INI

MUNGKIN KINI

MENYAMAR


JANGGUT TEBAL






----------

SIAPA DIA MO1 DI CARI FBI


 





 M.O1




SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia. 

Pasal apa  ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil  dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah   mula pakai gincu?

Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya  panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir  Serawak.  Surah ini  akhirnya memberi pencerahan untuk kita  semua memahami geopolitik dunia.  Amin.

Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh  tiga   sosok. Sosok pengapit ‘ orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini  takut kena simin macam  yang telah  terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.

Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah    wakil Lembaga Daulah Amerika.

Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma  Loretta Lynch   membuat kerja tanpa disuruh  arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana  dedak.

Sosok yang  mengapit ialah Pegawai Besar  dari  FBI.  Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah  Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division. 

Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat  arif dalam hal jenayah menjenayah.  Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada  seorang  adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.

Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman  Amerika (JKA) telah mengeluarkan   Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas. 

Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA. 

Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini  - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.
Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia? 

Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana  belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.

Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain  Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai  berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes  rampasan kali ini.

Juga  TIDAK pernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai  anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman  negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar   pada 20 Julai Rabu lalu  dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid  Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak.

Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan  Mufti Pahang?  Ada apa dengan Najib?

Jabatan Kehakiman Amerika  akan merampas harta  yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang  China Tembam  bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia.

Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku  dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia.

Belum pun sempat  Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil  lakaran Monet dan satu kerja seni   Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini.

Biasanya orang jahat atau orang  jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam  peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat  yang mengaku baik. 

Selesai berita lukisan - tetiba meletup  berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta  yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini.

Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC  boleh merebak  ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa?

Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes  1MDB. Kes ini telah lama berjalan.  Sebelum Anwar Ibrahim masuk  penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ‘ kucar kacir’ dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu.

Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini  sebelum Justo ditangkap  di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum  wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil.

Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama  Louise Story dari  The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit ‘rompakan’ dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil  Najib.

Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang  berpusat di London. Portal  ini   telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat  kes  1MDB ini.

Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit  modal Riza  dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas.

Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula  ialah anak Rosmah.  Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah  dan  cerita  Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah.

Tapi ini  bukan gua buat fitnah. Semua ini  gua pungut dari isi  sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia.

Bezanya  antara gua dan  Loretta Lynch  hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati  dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta  takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap.

Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal  139  muka surat.  Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media  Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo  dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles  - semuanya hasil dari duit  curi.

Kunci perkataan ialah DUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi  maka siapakah  si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib.

Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu  lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1. 

Malaysian - semua orang tahu ialah warga  negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1?  Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya. 
Pelik  binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI.  Ini kerana Rosmah ialah  FLOM -  Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul  apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI?  Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------

TEATER SUMPAH LAKNAT



SUMPAH LAKNAT

MO1 (Murid Obese 1):  Cikgu, bolehkah kita sumpah laknat yang simin orang dalam tong? 

C4 (Cikgu 4): Ya boleh, laknat yang simin orang dalam tong bukan saja kita boleh sumpah dia jadi satu mengkarung dada bidang (1mdb), malah kita dipatutkan bagi dia c4 bila krismas. 

MO2 (Murid Obese 2): Cikgu, jika orang simin kita dalam tong, bolehkah kita sumpah laknat? 

C4 (Cikgu 4): Tak boleh sumpah laknat, yang kita boleh cuma sumpah seranah! 

MO1 (Murid Obese 1): Cikgu, tapi kami selamat cikgu, orang tak boleh muatkan murid obese macam kami dalam tong, hahaha! 

C4 (Cikgu 4): Boleh! Jika kamu buat cikgu marah sebab nakal macam rose murid super obese 1 di tingkat 4 atas, cikgu sumpah kamu jadi satu mengkarung dada bidang (1mdb), masukkan dalam tong, tuang simin, dan c4 kamu bila krismas tak lama lagi! on SUMPAH SUMPIT - LADA API
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/2/16



------------------

ANCUK OMAK KAO





BANGANG

TENGKU FRAUD

AMAT BANGANG

Siapa "Tengku" Adnan Sebenarnya. Darah Raja atau bukan? | Mat ...

matumno2.blogspot.com/.../siapa-tengku-adnan-sebenarnya-darah....
Translate this page
Dec 8, 2015 - He also changed his dad's IC name to Tengku Mansor bin Tengku Baba. ... kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor .

BUKAN TAYAR SAJA ADA TAYAR CELUP – ADA LAGI YANG CELUP ...

tukartiub.siteblogs.net/.../bukan-tayar-saja-ada-tayar-celup-ada-lagi...
Translate this page
Dec 6, 2014 - Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana ... KU LI INI DUA KALI DI TIPU OLEH MADEY….. kah kah kah. ... Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor ...
You've visited this page 2 times. Last visit: 11/12/15



Ku Nan tak tahu anggota Umno keluar parti di Sabah

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak ada menerima apa-apa surat rasmi mengenai anggota yang didakwa bertindak keluar daripada Umno di Sabah.
Beliau berkata dakwaan yang dikeluarkan kepada media kononnya terdapat 1,500 anggota Umno di Sabah keluar parti dan bilangan itu akan terus bertambah, cuma isu yang dibesar-besarkan.
WOIT

NAK TULIS 

SURAT KOPALO

BANA  APO?

DEN  BORONTI

ANCUK OMAK 

BINCAT KAO




--------------

FUKWA FUKWA






BETUL TEPAT

RENTAP KETAT

LIPAT SEBAT



Tidak semua perkara boleh ditangani dengan fatwa

CYBERJAYA - Tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui fatwa, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Asyraf Wajdi Dusuki, susulan gesaan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung isu penanaman ketum secara komersial.

Beliau berkata banyak perkara yang perlu diambil kira terutamanya kemudaratan dan manfaat kepada kesihatan serta struktur sosial masyarakat.


BUAT FUKWA

KAH KAH KAH

TAK ADA SAPA

AMBIL POT

FUKWA FUKWA

KAH KAH KAH

LEBIH BAIK 

JANGAN BUAT

MEMALUKAN

MERUGIKAN

PERNIAGAAN

JUAL AGAMA



----------------

KES BODEEEK




BETUL TAK

APA GUA

CAKAP DULU

KES INI AKAN

MEREBAK


Polis henti siasatan dakwaan konspirasi guling PM

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Najib.

Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).

"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya.

"Kami tidak boleh jalankan siasatan berdasarkan kepada andaian, jadi polis tidak berhajat untuk teruskan siasatan dan telah hentikan (siasatan) minggu lepas," katanya..

KAH KAH KAH

INI KES BODEK

YANG GAGAL

KAH KAH KAH

KES BODEK 

MAKAN TUAN

KAH KAH KAH



-----------

PRU14 - PAS BUKAN PEMBANGKANG



PAS TAK JADI PEMBANGKANG
cilaka lu bro..kasi potong stim..bila mau keluar story..dap nak buat pilihanraya awal pun pkr susah mau bagi jawapan..kalo penang nak keluar dari malaysia nnt, agak2 berapa lama mau kaji atau menunggu suara dari penjara.kalo anwar mati, langsung takda jawapan. 

lu penah story dulu, anwar takkan jd pm..story2 lu nampaknya tepat dan maksum..kes selangor dulu, hantar nama kak wan..last2 azmin naik.masa tu takda siapa pun pilih azmin..guan eng akan tetap masuk penjara, yang takkan masuk penjara ialah najib..pru14 lu ramalkan kotor.tak mungkin pas akn bersatu menjadi pembangkang..

umum tahu, pas ditugaskan utk membantu umno memecahkan undi.oleh sebab itu, tidak la dakwah2 hebat dilakukan pas, so ada masuk g meeting danok dan ada masa tgk prono german.kes pilihanraya sarawak dilihat sbg pecahnya pakatan harapan.berlaga sesama sendiri.bila nurul mau kasi umum pasal apa jd mcm tu..kadangkala gua fikir, ada benarnya kat saari sungib mengenal pilitik istana.lihat kes khalid ibrahim, sepenggal mjd on NANTI GUA STORY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/1/16




--------------

GEROMBOLAN MENANG BESAR







TT YAKIN

GEROMBOLAN

MENANG BESAR

DALAM PRU14



Gelombang 4M mampu gugat BN

SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.

“Kalau PRU14 diadakan cepat, mungkin mereka tak sempat menyusun barisan dan BN akan mempunyai peluang yang tinggi. Tapi kalau 2017 tak berlaku PRU14 ini, maka gerakan ini akan menjadi lebih kuat kerana mereka memenangi isu nasional seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, sekiranya gerakan tersebut mampu mencipta gelombang dengan faktor Mahathir, ancamannya lebih besar kepada BN.




BILA PRU14

AKAN BERLAKU?

BILA SPR 

SELESAI BUAT:

1 - pengalihan kawasan mengundi
2 - perubahan kawasan mengundi
3 - pendaftaran mat idon
4 - pendaftaran mat bangla
5 - pelupusan nama pengundi lama
6 - menghilangkan nama pengundi
7 - menukar nama pengundi

BILA SEMUA 

BERES MAKA

PRU14 AKAN

DIADAKAN


-------------