Selasa, 22 November 2016

ERTI KEBEBASAN





kau tak tahu erti panas
jika kau tidak 
melalui musim salji
kau tak tahu 
erti lapar
jika kau terus berduit
kau tak tahu 
erti kebebasan
jika kau tak pernah
di penjara





BIAWAK PAKAI SERBAN






BEWAK SERBAN
BEWAK SERBAN cakap cakap tapi mata kira KARONG saja , bukan nampak orang pun Menipu tak habis Dulu jadi SOTONGMAN , sekarang BEWAK pulok doh Ambo pung pening doh ALAMAK !!!!!! on LIDAH BERCABANG
Anonymous
on 11/22/16

NAPA BEWAK PAKAI SERBAN
Kenapa BEWAK nih tak pakai SERBAN ekkkk.....????? Besar betul kepala BEWAK.... Kot kot ada SERBAN MAGIK Juta juta wokay..... Kari Kepala BEWAK ini boleh makan kalau ada SIJIL Apa kata ALAMAK ????? Boleh tahan sebulan buat lauk tuh.... on NATANG BEWOK LAGI
Anonymous
on 11/22/16

JAMAL UNTA
yang nampak berjubah berserban itu hanya luaran je, walhal didlmnya lebih bogel dari cawat org2 asli..mujur kat arab takda hutan, kalo tak , pasti muhammad pun tebang balak..kalo ulama bole entota atas unta,namun di sekincan juga ada unta baju merah..

jamal=unta..yg berentota atas jamal mesti la ketua2 penyamun..contohnya najib dan rosmah melakukan sunnah atas belakang jamal..maka seberat manapun rosmah, maka wajibla si unta atau jamal ini membawa bebanan itu.. on PERTAHANKAN HAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/18/16




------------

SATU PILIHAN AMAT PAYAH







BIASANYA

MUSUH KEPADA

MUSUH KAMU

ADALAH 

KAWAN KAMU

KALI INI PILIHAN

AMAT SUKAR



Selepas bebas, Jamal selar Ku Nan ‘nyanyuk’
 | November 22, 2016
Jamal turut mahu merancang perhimpunan membantah kerajaan negeri Selangor di Shah Alam esok






KUALA LUMPUR: Jamal Tongkol hari ini menyelar Tengku Adnan Tengku Adnan selepas setiausaha agung Umno itu mengancam akan mengenal pasti ahli parti yang turut serta dalam perhimpunan Sabtu lalu.
Jamal yang merupakan ketua Umno Sungai Besar itu menafikan ahli Umno terlibat pada demonstrasi itu, yang disertai Gerakan Baju Merah pimpinannya dalam usaha menghalang perhimpunan Bersih 5.
“Tidak ada seorang pun ahli Umno terlibat dalam perhimpunan tersebut,” kata Jamal yang disambut penyokongnya di luar Balai Polis Ampang Jaya hari ini
“Walaupun saya ketua Umno bahagian, tetapi kami turun bukan atas tiket Umno. Kami turun di atas tiket NGO.
“Mungkin Ku Nan sudah lama kot… dia dah nyanyuk,” katanya.
.
PILIH MUSUH

LEBIH BODOH

LEBIH BAHAYA

MAKA  WAJIB

SOKONG 

MAT LONDEH

BIAR KU NAN

TIBAI TONGKOL





------------

SARAWAK MAKIN BERANI








SUARA MEDERKA

KERAS KUAT

KERAS MAKIN

LANTANG

KOMENTAR
keinginan untuk merdeka
keinginan untuk bebas
makin lantang

kenapa ini berlaku?

kerana najib makin lemah
kerana najib tidak diyakini
kerana najib diserang media barat
kerana najib terpinggiran

apabila kayu condong
mat bangla pun berani berak diatasnya
bila kayu condong
semua berak terkumpul dibatang

inilah hakikat
kalau sabah dan sarawak
dengan suara satu
meninggalkan malaysia keran najib
pasti najib akan kena terajang


Peruntukan Bajet Pusat tidak cukup! – Tok Nan

KUCHING: Setelah lama berdiam diri, Ketua Menteri, Adenan Satem hari ini bersuara dengan tegas, dan mimik wajah kecewa bahawa peruntukan yang disalurkan untuk projek pembangunan di Sarawak menerusi Bajet Pusat adalah adalah tidak mengcukupi.
“Dengan mengambil keluasan geografi, jurang pembangunan yang besar di antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta jurang pembangunan yang luas di antara bandar dan luar bandar, peruntukan pusat untuk negeri ini adalah tidak mencukupi. Tidak cukup!,” tegasnya sebelum mengakhiri ucapan Bajet Negeri di DUN Sarawak pada pagi tadi.
Jelasnya, amat penting untuk Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih banyak dana untuk Sarawak bagi membolehkan pelaksaaan lebih banyak projek infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, dermaga dan jeti, saliran, prasarana utiliti, kemudahan asas luar bandar, kemudahan pendidikan dan perkhidmatan perubatan.

SARAWAK 

HIDUP BEBAS

TIDAK DITIPU

TIDAK DIBODOH

OLEH 

GEROMBOLAN

KETUANAN MELAYU






---------------

WARGA SARAWAK MAHU MERDEKA!









SATU DUNIA

SOKONG

WARGA 

SARAWAK 

BANGUN 

MELAWAN



S4S berhimpun depan DUN Sarawak desak autonomi

 | November 21, 2016
Gabungan itu mendesak supaya usul mengembalikan pindaan 1976 bagi Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan dibentangkan dalam DUN Sarawak.






KUCHING: Gabungan pro autonomi Sarawak For Sarawakians (S4S) mengadakan himpunan hari ini ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang kali terakhir bagi tahun ini.
Mendesak wakil rakyat untuk menegaskan sokongan mereka untuk menuntut semula hak negeri itu, seramai 400 penyokong S4S hadir mendesak usul dibentangkan untuk mengembalikan pindaan 1976 bagi Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel itu menurunkan status Sarawak daripada rakan setaraf di Malaysia kepada salah satu daripada 13 negeri dalam negara.
Rabu lalu, Ketua Menteri  Adenan Satem memutuskan untuk tidak membentangkan usul itu, memetik kenyataan Najib mengenai kemungkinan perbincangan autonomi pada masa depan.
Himpunan hari ini terdiri daripada penyokong S4S dari Kuching, Balai Ringin, Gedong, Serian dan Lubok Antu.

MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

ADALAH KAWAN



-------------

RINGGIT MULA TAK LAKU








APA MAKNA

BERITA INI?


MAKNANYA

ADA NEGARA

DAH MULA TAK

TERIMA RINGGIT

ATAU

ADA BERITA

DI MEKAH

DI MADINAH

RINGGIT MULA

TAK LAKU

NOTA:
duit baru malaysia
lepas mat mongol ke china
namanya yuanggit


Ringgit masih diterima di Mekah, Madinah, kata Tabung Haji
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
Ia berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di 2 kota berkenaan.

BILA 

MAO HU TANG

NAK ARAH

KITA GUNA

YUANGGIT




------------------

APA KAMU DAPAT BERSIH5




BERSIH5

DAPAT

TIMBULKAN

KEBENCIAN

PADA UNITED

MALAYS 

NATIONAL

ORGANISATION


'Berhimpun semalam dapat apa? Kosong'

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, himpunan Bersih 5 semalam hanyalah sebuah 'pesta' untuk berseronok-seronok.

Ujarnya, ini kerana himpunan semalam tidak mencapai apa-apa kebaikan untuk rakyat, selain hanya untuk mencapai matlamat politik golongan tertentu.

"Himpunan hanya untuk jatuhkan kerajaan, undur orang tertentu, jadi apa yang anda capai? Kosong


KAMU DAPAT

APA?
KOMENTAR

ketika khairy jamaluddin
baru belajar melancap
hishamuddin rais telah
turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
baru nak belajar meraba burit
hishamuddin rais telah
turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
nak mengurat minah tembam
anak dolah badawi 
hishamuddin rais
telah lama turun ke jalan raya

ketika khairy jamaluddin
duduk ditingkat empat
hishamuddin telah berjaya
menjatuhkan mahathir
melalui jalan raya

ketika khairy jamaluddin
jadi menantu dolah badawi
politik jalan raya dah jadi budaya

kalau hishamuddin rais
tak turun ke jalan raya
mahathir muhamad masih berkuasa
dolah badawi kena sakit jiwa
khairy jamaluddin akan kecewa
memelok anak badak ke2

walau pun meminati maya karin
yang slim cun bergaya
apakan daya bini gemok
hotok tembam muka bulat
nasib baik ada reformasi jalan raya
dapat khairy jamaluddin tidoor di putrajaya

ketika khairy jamaluddin bertanding
HINDRAF  telah turun ke jalan raya 
BERSIH1 telah turun jalan raya 
rakyat telah dihasut
melalui jalan raya
hasilnya  lima buah negeri PRU12
jadi milik kita

jangan lupa ketika BERSIH2 dan BERSIH3
khairy jamaluddin cuba bawa bangla
turun ke jalan raya - kah kah kah

ketika BERSIH5
hishamuddin rais dalam penjara
tapi mahathir muhamad
telah turun ke jalan raya
ini satu kejayaan yang tak terhingga

jangan lupa pada pak harto
diturunkan dengan jalan raya
jangan lupa marcos
diturunkan dengan jalan raya
jangan lupa mubarak mesir
diturunkan dengan jalan raya

sebelum ke pilihan raya
kita turun ke jalan raya


NOTA dari arkib
soalan yang tanya
oleh khairy jamaluddin
itu telah pernah ditanya
dari zaman reformasi

hishamuddin rais
telah menjawabnya 
dalam tulisan yang
disiar dalam malaysiakini
pada 17 SEPTEMBER 2004

sila baca kembali apa
yang telah ditulis 

oleh hishamuddin rais


NARATIF REFORMASI

Anwar dapat bebas
Wan Azizah dapat suami
Nurul Izzah dapat ayah
Dolah jadi menteri
Kamu dapat apa?

(Potongan ayat-ayat kontot yang terputus-putus yang cuba dinobatkan sebagai sebuah sajak yang telah dibacakan di rumah Pena pada malam kedua sesudah Anwar dibebaskan)

Alangkah indahnya jika hikayat Seribu Satu Malam itu benar. Dan saya diberi peluang untuk meminta sesuatu dari jin penjaga Lampu Aladdin. Saya akan melutut menangis merayu meminta agar dicerahkan kembali fikrah bangsa Malaysia yang selama dua dekad ini telah menjadi begitu gelita.

Otak gelita yang semakin berjelaga ini telah tidak lagi berupaya untuk melihat sesuatu yang halimunan, sesuatu yang tidak dapat dipegang, sesuatu yang tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Fikrah yang telah dibonsaikan oleh hegemoni daulah telah gagal membaca naratif Gerakan Reformasi. Tidak berupaya membaca/memahami naratif ini samalah seperti seorang pengantin yang gagal untuk memahami erti suci perkahwinaan selain dari mendapat kebenaran untuk membuka coli si isteri atau menanggalkan seluar sampak si suami tanpa gangguan Jawi atau Jais.

Saya tidak akan bersilat lidah untuk menerima ayat - apa kamu dapat dari Reformasi - jika ayat-ayat ini didendangkan oleh anggota FRU atau polis cawangan khas. Kerana inilah bentuk-bentuk ayat yang dimasukkan ke dalam cuping semasa saya menjalani soal siasat ISA. Mengeluarkan ayat-ayat kontot tanpa difikirkan maknanya dengan mendalam adalah 'tanda perniagaan' bagi pihak yang diupah untuk mempertahankan sebuah regim yang nazak.

Tetapi jikalau ayat-ayat berbentuk ini dihamburkan oleh para seniman, penyair, pejuang bahasa, nasionalis Melayu atau pemikir bangsa, maka saya akan menjadi gundah gulana. Saya bukan berhiba hati berhadapan dengan si penyair atau si nasionalis bahasa ini. Saya merasa gundah bila berhadapan dengan bangsa yang dijadikan khalayak pendengar ayat-ayat kontot ini.

Kejujuran

Betapa sedihnya buat satu bangsa jika para sasterawannya, para pemikirnya, para senimannya dan para inteligensianya tidak dapat lagi mengeram dan menelurkan fikrah-fikrah yang mengampuhkan kebenaran dan jejujuran. Betapa moyoknya bangsa ini jika para pemikirnya hanya berupaya menerbitkan majalah yang dipanggil Pemikir tanpa isi fikrah didalamnya.

Bayangkan para seniman bangsa ini tidak berupaya lagi menggarap kerja-kerja seni selain dari seni-seni genre bodek dan ampu. Bayangkan betapa banalnya kerja-kerja seni yang tidak menolakbuka ruang baru untuk memeranjatkan bangsanya dari terus berkhayalan tentang rekod ketupat terbesar di dunia. Bagitu merosot sekali budaya bangsa ini jika para inteligensianya hanya pandai mengukur nilai dengan tukaran mata wang. Tetapi inilah hakikat bangsa kita - yang telah tergelincir jauh dalam penobatan nilai kebenaran dan kejujuran.


Saya mengakui secara saheh dan terbuka disini bahawa kami - para reformis yang telah turun ke jalan raya - memang tidak mendapat apa-apa dan tidak akan mendapat apa-apa pun dimasa hadapan. Apa-apa yang saya maksudkan di sini ialah apa-apa yang boleh dipegang, dijual, disimpan, dimasukkan ke dalam bank atau apa-apa yang boleh dijadikan modal untuk memperkaya diri.

Para reformis tidak pernah memikirkan untuk mendapat itu atau mendapatkan ini. Dari pengalaman saya bercampur gaul dengan ribuan yang turun ke jalanraya, ribuan yang datang mendengar ceramah dan puluhan yang masih diadili oleh mahkamah - mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa.

Apa yang dianugerahkan oleh Gerakan Reformasi kepada para reformis ialah naratif untuk menjadi manusia jujur yang berani berkata benar. Inilah hadiah yang agung dari Gerakan Reformasi. Untuk saya berani berkata benar adalah nilai utama yang memisahkan antara susuk manusia atau susuk amoeba. Manusia bukan organisma ringkas seperti amoeba atau hydra. Manusia diwujudkan dengan nilai-nilai dan ciri-ciri kemanusiaan.

Berani berkata benar adalah meta naratif perjalanan tamadun manusia. Baca dan rujuklah al-Quran, Injil, Taurat, Bhagavad Gita, I-Ching - semua kitab-kitab suci ini membawa naratif berani berkata benar. Carilah kitab-kitab kuno atau dengarilah ceritera-ceritera rakyat dari semua benua - pasti akan ditemui naratif kejujuran dan keberanaian insan. Keberanian berkata benar ialah meta naratif yang melahirkan kejujuran, ketelusan dan keadilan.

Menilai kebenaran

Untuk mereka yang masih di tahap ameoba atau hydra, saya ingin memperingatkan bahawa di dalam hidup ini tidak semua perkara dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Tidak semuanya dapat ditimbangtara untuk dijadikan 'pink form'. Gerakan Reformasi tidak mungkin dapat dinilai dengan keluasan tanah atau number akaun bank di Zurich. Kejujuran dan kebenaran memang tidak akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Berani berkata benar untuk menumpaskan kezaliman dan menegakkan keadilan ini bukan satu nilai kebendaan. Berkata benar dengan jujur tidak boleh dilelong dan tidak mungkin akan ditemui di gedung Giant atau di kedai-kedai Bundle. Keberanian berkata benar adalah nilai asas pengerak tamadun manusia. Nilai ini adalah asas penggerak dialiteka manusia - dialektika antara salah dan benar. Dialektika inilah yang menolak manusia itu untuk dijelmakan kemanusiaanya.

Gerakan Reformasi bukan hanya mencabar kemanusiaan para reformis tetapi ianya juga telah menghadiahkan satu cabaran kepada keseluruhan kemanusiaan bangsa Malaysia. Untuk pertama kalinya, seperti datuk dan ayah ibu kita di zaman Jepun dan British - warga Malaysia telah dihadapkan dengan pilihan. Memilih yang salah atau memilih yang benar. Bersama yang adil atau bersama yang zalim. Mengangkat senjata melawan Jepun dan British atau menjadi ameoba.

Memang betul setiap detik dalam hidup ini kita dipaksa untuk membuat pilihan. Tetapi pilihan yang kita lakukan saban hari itu adalah pilihan idividu. Individu diberi kebebasan untuk membuat pilihan - sama ada merayakan atau membanalkan kehidupan. Tetapi Gerakan Reformasi telah menghadiahkan kepada kita satu pilihan kolektif yang dapat menjalurkan arus tuju tamadun bangsa. Hanya para ameoba sahaja yang gagal untuk menilai ini sebagai satu yang agung.

Bayangkan bagaimana seluruh erti wujudiah kita sebagai manusia tercabar apabila kita berhadapan dengan pilihan salah dan benar. Bayangkan bagaimana otak kita bercongak berhitung bertimbang berkira untuk memilih salah dan benar. Bayangkan bagaimana para reformis berani tegak berdiri untuk berkata benar.

Hampir satu juta rakyat Amerika telah turun ke jalan raya di kota New York di akhir bulan Ogos dahulu untuk mengatakan kebenaran bahawa senjata pemusnah manusia tidak wujud di Iraq. Dua tahun dahulu hampir empat juta manusia dari pelbagai kota di dunia ini telah turun ke jalan raya untuk menyatakan kebenaran bahawa menyerang Iraq adalah satu perbuatan yang salah.

Para seniman

Mereka yang telah turun ke jalan raya itu tidak juga akan mendapat apa-apa. Tidak ada kontrak atau pink formyang akan menunggu mereka di New York. Apa yang mereka temui adalah diri mereka sendiri. Apa yang mereka capai ialah kejayaan bangun dan berkata benar. Jika ini bukan bukan satu yang agung maka saya akan melucutkan jawatan saya dari menjadi seorang manusia.

Jika jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu wujud, saya juga ingin bertanya kepadanya tentang mengapa ramai inteligensia Melayu hanya berupaya melihat sesuatu jika benda ini dapat mereka pegang. Kenapa mereka hanya dapat menilai sesuatu jika benda itu boleh dibeli dari gedung Tesco. Kenapa dan mengapa mereka bagitu susah sekali untuk memilih yang benar dari yang salah.

Soalan cepu emas saya kepada jin alfrit ini memang telah lama berligar dalam kepala saya. Saya cuba mencari-cari jawapan. Saya selalu merenung dan cuba membayangkan apakah yang terlintas di kepala para seniman, para penulis, para nasionalis bahasa, para penyaer dan sasterawan Melayu semasa gelombang reformasi mula mengombak di seluruh negara enam tahun dahulu. Apakah mereka menutup mata dan telinga.

Lalu saya tergambarkan insan seniman seperti Susan Sarandon, Michael Moore, Tim Burton, Bruce Springsteen, Martin Sheen, Jessica Lange, Matt Damon, George Clooney, Julie Christie, Emma Thompson, Juliet Stevenson, Danny Clover, Sean Penn - semuanya turun ke jalan raya untuk berkata benar.

Mereka ini adalah senimanyang cun, bergetah, jambu dan berbakat. Atau saya tersalah anggap. Kerana mengikut istilah Utusan Malaysia , mereka yang turun ke jalan raya ini adalah 'pihak-pihak tertentu' yang suka membuat huru-hara. Mungkin juga Utusan Malaysia berkata benar kerana sehingga hari ini tidak seorang pun dari seniman ini yang dapat berlakon di slot Cerekarama TV3 .

Saya juga akan bersimpati jika para seniman dan pekerja seni kita sedang mengharap kerja seni yang besar-besar. Pastilah mereka kesesakan masa untuk turun ke Jalan Tengku Abdul Rahman semasa gelombang reformasi mengombak. Tetapi dari apa yang saya perhatikan, hingga ke hari ini tidak juga muncul-muncul genre 'war and peace' dari penggarap seni kita ini. Certot (cerita kontot) yang saya baca di ahkbar-akhbar mingguan setiap Ahad masih lagi kontot dan bertambah kontot pula isinya.

Pusat serenti

Bagaimana agaknya dan apa pula yang wujud di dalam kepala penulis dan sasterawan seperti Arundhati Roy, Salman Rushdie, Gunter Grass, Tariq Ali - yang bukan sahaja menggarap kerja-kerja seni tetapi turut sama ke jalanraya untuk berkata benar. Pada hemat saya mereka ini bukanlah insan yang dianggap soleh dalam kamus agama Islam, tetapi apa yang menjadikan mereka berani berkata benar. Atau saya sahaja yang menganggap kerja seni garapan mereka ini bernilai walhal tidak ada pun buku mereka yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya bersedia memahami jika para inteligensia kita, para seniman kita, para penyair kita dan para penulis kita terdiri daripada kumpulan pemadat yang bermastautin di pusat serenti. Jika ini terjadi, pastilah mereka sedang berdengung khayal dan tidak ada kudrat untuk berjalan jauh. Saya wajib akur dan menerima ini sebagai hakikat. Tetapi dari pengetahuan dan pengalaman saya jika kita sedang berdengung, kita tidak akan menjadi takut.

Soalannya kenapa mereka takut untuk berkata benar. Kenapa mereka tidak dapat memahami naratif reformasi. Jika mereka takut, apa pula yang menakutkan mereka? Mahathir Mohamad aka Mahafiraun telah mengakui bahawa dia telah dijatuhkan walapun dilapik oleh Utusan Malaysiadengan perkataan 'bersara'. Apa pula jenis polong yang telah mengecutkan daya fikrah inteligensia kita?

Atau sebenarnya para seniman, penyair, sasterawan dan pekerja seni kita ini takut kerana ada kemungkinan certot dan sajak mereka tidak akan disiarkan di Mingguan Malaysia . Atau mungkin kerana mereka takut garapan seni mereka tidak akan diberi penilian oleh slot Cerekarama di TV3. Atau mungkin juga mereka tidak akan lagi menerima jemputan untuk menjadi 'Penyanyi Rock Dataran Merdeka'. Atau mereka tidak akan diiktiraf sebagai pemikir oleh Pemikir.

Jika inilah jawapannya maka saya akan ke Basrah untuk mencari jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu. Jika saya bertemu dengan jin alfrit ini, saya tidak akan lagi mengajukan soalan cepu emas saya itu. Saya akan meminta jin alfrit ini memasukkan kesemua mereka ke dalam botol dan dicampakkan ke Kutub Selatan.


Mudah-mudahan botol ini akan ditemui oleh Mahathir Mohamad yang sedang berehat di sana. Diharapkan mereka akan berjaya untuk mendirikan Darul al-Bodek di sana. Di sini saya tidak akan lagi ditanya oleh mereka 'kamu dapat apa? (TT)




------------

AMERICA FIRST




HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR




TUKAR TIUB

TEPAT BILA

MENYOKONG

TRUMP


Donald Trump to 'withdraw from Trans-Pacific Partnership' on day one

Donald Trump has issued a video outlining his policy plans for his first 100 days in office and vowing to issue a note of intent to withdraw from the Trans-Pacific Partnership “from day one”.
In the brief clip posted to YouTube on Monday, the president-elect said that “our transition team is working very smoothly, efficiently, and effectively”, contradicting a wealth of media reports telling of chaos in Trump Tower as Trump struggles to build a team.




----------------

NATANG BEWOK LAGI






LIDAH BEWOK

BERCABANGA 


Pas saman Sarawak Report: Netizen soal bila lagi?

Selepas tiga bulan Presiden Pas, Tuan Lebai Haji Abdul Hadi Awang mendakwa akan mengemukakan saman terhadap Sarawak Report berhubung dana RM90 juta daripada Perdana Menteri, Pas memberitahu pihaknya akan menghantar dokumen mahkamah kepada pengasas dan pengendali portal berita itu, Clare Rewcastle Brown.
“Alhamdulillah mesyuarat Pas Pusat telah dimaklumkan bahawa wakil Pas telah menemui QC (queen council) Adam Tudor (QCAT) d London berhubung saman Sarawak Report.
“Langkah pertama akan dibuat untuk menghantar Legal Notice of Demand (LND) kpd Clare Rewcastle Brown (Sarawak Report). Doa dan Tawakkal,” dipetik daripada status Facebook Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang dimuat naik pada petang kelmarin iaitu ketika ‘mood’ awam masih tertumpu pada himpunan Bersih 5.
Walau bagaimanapun, ruangan komentar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dibanjiri dengan kritikan netizen yang mempertikaikan kesungguhan Pas untuk mengambil tindakan ke atas portal berita berpangkalan di London, United Kingdom itu.
Hal ini memandangkan Abdul Hadi pada September lalu memaklumkan Pas pada peringkat akhir persediaan prosiding saman berkenaan.
Pengguna Facebook, Shabri Ismail menulis, “Insyaallah. Allah akan buka aib Pas dan ulamak politiknya” manakala Faizuan Abdullah berkata, “Bulan berapa akan ambil tindakan tu YB Ustaz?”.
Hartini Mahamood pula mempersoal bila lagi Pas akan akan mengemukakan saman tersebut selain daripada hanya bercakap sahaja.
“Action speaks louder than words. Asyik bercakap saja. Tindakannya mana? Bila dah saman, kedua-dua pihak akan kemukakan bukti untuk menyokong bahawa mereka di pihak yang benar. Tak perlu tunggu lagi. Bertindak sekarang. Saman saja,” tegas Hartini.
Sementara itu, Eddy Yuzaidi bertanyakan, “Berapa langkah lagi untuk betul-betul nak saman?” manakala Parandeep Singh hari ini menulis, “104 hari and counting. Tak saman saman lagi.”
Dalam pada masa sama, netizen turut mempersoal sebab Pas tidak diwakili peguam daripada parti itu sebaliknya memilih peguam, Adam Tudor di London.
“Kenapa ambil non Muslim punya lawyer. Pas dah tiada peguam berkaliber ke? Buka sejarah, Pas pernah menyaman akhbar Barat. Kes itu diuruskan oleh tuan Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang). Dan kes itu Pas menang,” ujar Fairuz Sulaiman.
Ogos lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang menyatakan Perdana Menteri merayu supaya Pas menjauhi gabungan pembangkang dan mengalirkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti tersebut.
Abdul Hadi kemudiannya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, 13 Ogos lalu berkata, parti itu akan mengambil tindakan saman ke atas portal berita tersebut dalam tempoh kurang sebulan kerana laporan berkenaan dianggap “berniat jahat dan mencemarkan nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada tunjang perjuangan Pas.”
NATANG BEWOK

MU DULU ROYAK

SUKU SUKU

MU ISLEE SUKU

MU BERSIH SUKU

SOHEH MU NI

NATANG BEWOK



----------------