ber
BERITA TAKUT
di pasar jalan raja alang
petai kini dua ringgit
untuk satu papan
bukan lagi 50 sen
bukan lagi 1 ringgit
tapi
dua ringgit
bukan kerana musim hujan
ada dua huah lori
tok peraih penuh dengan petai
tapi harga telah naik
kerdas kini 15 ringgit satu kilo
atau
5 rinngit satu ikat
atau
2 ringgit
satu longgok
jering muda naik harga mendadak
kini 8 ringgit untuk satu kilo
atau
dua ringgit untuk 7 biji
bayangkan bagaimana
agaknya
ibu dan ayah yang
pendapata kurang 3 ribu sebulan
jika barang-barang
makanan kampong naik
mendadak
NOTA
gua sebagai pemakan petai tegar
setiap kali makan
gua wajib ada ulam petai
atau ulam jering muda
sekali sekali kerdas muda
kini sudah terasa
apa makna ringgit kita jatuh
Selagi boleh pancut.selagi janda kebaya masih berjual nasi lemak hujubg simpang,selagi tu pangkahhh tinbang kati
BalasPadamHang sudah silap besar Tuan TT.
BalasPadamPetai naik harga sebab Orang Asal dah tak cukup pokok nak panjat.
Habih semua pokok kat hutan dah kena tebang oleh tokeh2 dan ularmak2 balak.
kah kah kah
Kau balik duduk di kampung kau la tt, sana petai murah. Aku mula terasa bila petrol naik harga, aku terasa nak balik kampung jugak tapi harga petrol kat kampung aku sama jer mahal mcm kat KL. Perlukah aku pindah ke Venezuela?
BalasPadamAku sebagai juruprihatin pada buah-buahan tropika amat tersedak bila membaca hal petai dibangkitkan tt. Buah petai bukan impot. Pokok petai juga bukan hanya terdapat di puncak gunung atau lereng bukit. Pokok dan buah petai bukan spesis terancam. Malah bu@h petai berbau dan mengakibatkan bau busuk yang teramat, mengalahkan ala bau kentut oleh durian. Jadi bagaimana sesuatu yang sangat busuk boleh dikenakan harga tinggi? Sangat tidak munasabah atau munasemenanjung!
BalasPadamoh no... petai,jering & kerdas mahal,terpaksa la mek cicoh tangan sajo daley budu.
BalasPadamKnp kita biar ringgit jatuh dan menyusahkan kita? Lebih mudah kita bagi jatuh najib dan geng puaka dia. Jangan undi BN dlm pilihanraya umum yg akan datang maka jatuhlah najib
BalasPadamtanda tanda sudah mula suroh RAKYAT RAGUT RUMPUT lah tuh
BalasPadamkalau lembu kambing boleh ragut RUMPUT tuk hidup , Melayu Melayu papa kedana miskin pun bisa RAGUT RUMPUT tuk hidup
RUMPUT TAK ADA GST wokay
sudah dapat jimat banyak wang