Rabu, 25 Januari 2017

KENAPA TRUMP DISERANG






KENAPA TRUMP DISERANG

Minggu lalu saya memperkenalkan siapa dia Donald Trump Presiden Amerika yang ke 45. Penabalan dan majlis angkat sumpah telah selesai. Serangan terhadap Presiden Trump berterusan. Maka kita  semua wajib mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku di Amerika.

Pencerahan ini penting kerana apa sahaja dasar yang akan dijalankan oleh Trump dan Amerika pasti akan mempengaruhi arus politik dunia - termasuk Malaysia. Ini kerana Amerika adalah kuasa imperalis - kuasa ekonomi dan kuasa tentera - yang masih belum ada tandingan.

Hakikatnya - Hillary Clinton  Puteri Lindungan Wall Street dan primadona  kaum liberal Amerika telah dikalahkan oleh Kontrektor Bangunan yang  kaya raya.

Kemenangan Trump ini memeranjatkan. Ini satu  tema politik yang amat baru dalam politik Amerika. Tidak pernah terjadi ‘orang luar’ dapat menerbus masuk ke Rumah Puteh. Trump seorang billionaire yang tidak pernah memegang apa-apa jawatan politik kini menjadi Presiden Amerika.

Sebelum Trump menang serangan telah datang bertalu-talu. Ini serangan dalam masa  berkempen. Sifatnya mempersoalkan keupayaan Trump mentadbir. Keupayaan Trump menjalankan dasar luar. Intelek dan  keupayaan fikrah Trump juga dipersoal. 

Media arus perdana  turut sama berkempen memburukan pribadi Trump. Kejantanan Trump dikatakan kurang terkawal. Media menghebohkan  tentang syawat Trump yang selalu menjalar liar.

Trump dikatakan rasis, sexist, anti Islam dan memiliki fahaman kanan sama saperti Ku Klak Klan. Trump membawa politik kanan yang ektremis. Trump adalah ‘alt-right’ atau ‘alternative right’ atau kanan baru.

Kempen  memburukan pribadi ini telah  meleset. Pengundi tidak terpengaruh dengn CNN, CBS, The Wall Street Journal, The New York Times, Washington Post dan dan dan… malah semua media arus perdana telah meramalkan  Trump akan kalah. 

Apabila Trump menang serangan tidak berhenti. Hanya ianya telah berlalih bentuk.  Skandal sex tidak menjejaskan undi. Kini bukan lagi tentang syawat atau kejantanan Trump. Kali ini kesetian Trump sebagai warga Amerika dipersoalkan.

Trump kini dituduh sebagai  talibarut Russia. Sebagai ajen Putin. Malah kemenangan  Trump dikatakan adalah hasil dari perancangan licik  Vladimir Putin dan para ajen KGB. KGB ialah badan risikan Russia saperti CIA. 

Puteri Lindungan Wall Street dikatakan telah kalah kerana dia telah disabotaj oleh ajen KGB. Russia  melalui para ajen dan perisik bawah tanah telah mengoddam laman portal milik Hillary Clinton.

Surat-surat - email Hillary telah dibocorkan. Pembocoran ini dianggap sebagai sobotaj.  Yang membocorkan surat-surat ini ialah Julian Assange dan Wikileaks. Mengikut jalan cerita  yang dihebohkan oleh media arus perdana  - ajen Russia atas arahan Putin telah menggodam  email Hillary. Kemudian surat-surat ini telah dihantarkan kepada Wikileaks. Wikileaks membocokan kepada dunia.

Untuk membuktikan  Russia dan Putin telah membuat kerja jahat Budak Itam telah bertindak. Dua minggu sebelum Trump angkat sumpah  Obama telah menghalau keluar dari Amerika 35 orang pegawai diplomat Russia. Ini menguatkan lagi tuduhan yang Trump ini adalah pengkhianat.

Inilah jalan cerita yang sedang diheboh-hebohkan.  Amerika dan dunia terus diheboh-hebohkan dengan ‘kesah benar’ ini. Tapi apa sebenarnya berlaku?

Ada satu pekara yang tidak ditimbul disini. Ianya sengaja digelapkan oleh media arus perdana. Pekaranya ialah - apakah  isi kandungan email yang dikatakan telah menjadikan Hillary gagal menjadi Presiden. Apa isi email yang mengsabotaj Puteri Lindungan Wall Street.

Media arus perdana menenggelamkan pekara yang penting ini. Media sengaja tidak  melaporkan   secara teperinci sudut ini. Hakikatnya jika pekara ini dibincangkan maka  akan dapat  dilihat siapa yang betul dan siapa yang bersalah dengan jelas.

Email Hillary ini memperlihatkan  siapa sabenarnya Puteri Lindungan Wall Street ini.  Salah satu surat itu memperlihatkan bagaimana Bill Clinton mendapat 1 juta dolar dari Qatar - sebagai hadiah hari jadi. Ini jelas rasuah politik walau pun jumlahnya sadikit berbanding dengan 2.6 bilion ringgit yang diterima  Najib dari Tok Arab.

Dari segi politik - surat-surat ini telah memperlihatkan watak biawak Hillary yang lidah bercabang. Ketika berkempen  Hillary menentang TPPA tetapi dalam surat menyurat Hillary  menyatakan sokongan teguh terhadap  TPPA.

Salah satu surat yang bocor ialah ucapan Hillary  kepada Tuan Pemilik Bank dan para Towkay di Wall Street.  Melalui ucapan ini Hillary  jelas mahu mewakili kepentingan Wall Street.

Sikap ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi  surat yang mengandungi ucapan sulit dalam majlis tertutup Hillary kepada syarikat keewangan Goldman Sachs. Hillary jelas mendahulukan kepentingan  pemilik Bank dari kepentingan  Joe dan Jane warga Amerika.

Selain  dari surat Hillary ada satu lagi surat yang bocor meledak. Surat ini dari John Podesta. Mamat ini ialah Pengerusi Kempen Hillary Clinton untuk Presiden. Podesta pernah bekerja sebagai Ketua Pejabat Presiden  Bill Clinton dan juga Kounselor untuk Barack Obama.

Email Podesta ini telah membocorkan bagaimana tim  Hillary telah merancang untuk menggagalkan bakal calon Bernie Sanders dari mendapat pencalonan dalam Parti Demokrat. 

Antara  Hillary dan Sanders -  jelas kelihatan Sander lebih popular dikalangan anak muda. Sanders dilihat jujur, konsisten dan berpotensi untuk mengalahkan Trump. Secara licik Podesta telah merancang dengan undi tipu untuk meminggirkan Sanders. Akhirnya rancangan jahat Podesta telah berjaya mengelincirkan Sanders dari dipilih sebagai calon Parti Demokrat untuk Presiden.

Apabila email ini bocor dan  diketahui umum John Podesta telah meletakan jawatan dari  tim Hillary.

Satu email yang amat-amat penting ialah bagaimana Hillary mengakui bahaw ISIS dan Al-Qaeda bertelor, menentas dan dibesarkan dalam kepok CIA - baca Amerika. Tentang Isis dan Al-Qaeda ini media arus perdana Amerika buat-buat tak tahu. Media  tidak ambil pot. Sebenarnya inilah email yang amat penting untuk pencerahan rakyat Amerika dan warga dunia.

Pada ketika ini naratif yang dihebohkan ialah semua ini adalah perancangan licik Putin dan KGB  Russia. Mengikut lojik musuh Trump - Presiden Putin telah merancang lama. Tujuan Putin ialah menobatkan saorang Presiden Amerika yang tidak melihat Russia  sebagai musuh.

Di Washington DC sama juga saperti di Kuala Lumpur  dan ibu kota  setiap negara dalam dunia ini - cerita, gosip dan labon politik tidak habis-habis. Ada yang benar dan ada yang dikarang. 

Kempen Trump untuk jadi presiden  memiliki gosip yang ‘hot terhot’. Trump memiliki kesah yang panjang. Kesahnya bagini :pada awal berkempen Jeb Bush adik kepada Bush telah melanggan perisek - saperti  PI Bala - untuk mencari keburukan Trump. 

Ketika ini Jeb Bush ingin mencalonkan diri sebagai calon Parti Republikan untuk jadi presiden. Satengah jalan kerja merisek ini dibatalkan oleh Jeb Bush kerana dia tidak mendapat sokongan ramai. Tetapi risikan diteruskan oleh gerombolan anti Trump yang akhirya diambil alih oleh tim Hillary Clinton.

Tujuan  risikan ialah  mencari maklumat tentang  hubungan Trump dengan  Russia dan Putin. Kerja ini  telah diupahkan kepada seorang bekas ajen M16 British. Bekas ajen M16 ini pernah membuat kerja risikan di Russia dan dikatakan memiliki jaringan dan hubungan  risikan yang luas di Russia. 

Hasil risikan tentang Trump dan Russia telah disampaikan  kepada Senator John McCain ,sosok dari Parti Republikan. Sosok ini pernah mecalonkan diri untuk menjadi presiden tapi gagal. McCain dan Trump dalam parti yang sama tapi tidak sebulu. Mereka bermusuh. Adalah tepat untuk musuh membocorkan rahsia musuh.

Tetapi satelah membaca  laporan risikan ini John McCain merasa maklumat ini kurang bukti. Membocorkan kepada media mungkin akan merosakan diri sendiri. Maka dokumen  dipendam tapi terus menjadi ‘ buah mulut’ orang  media di Washington DC . Khabar angin kentot dokumen ini bertiub busuk.

Tup tup 10 hari sebelum Donald Trump mengangkat sebagai Presiden Amerika ke 45 berita meletup.Portal BuzzFeed telah membocorkan dokumen 35 muka surat tentang Trump dan Russia. Ini adalah dokumen yang sama yang lebih awal telah sampai ke tangan McCain.

Satelah dokumen ini bocor maka media arus pedana yang anti-Trump telah mengambil kesempatan untuk melapor. Media besar yang anti Trump ini semuanya berselindung dibelakang BuzzFeed. Mengikut media ini mereka hanya melaporkan berita yang diberitakan oleh BuzzFeed. Salah benar bukan tanggung jawab mereka. 

Malah BuzzFeed sendiri  telah mengakui tidak memiliki bukti yang saheh tentang dokumen ini. Maka terpulanglah kepada pembaca dan warga Amerika untuk menilai kesahehan berita ini. 

Salah satu dari maklumat yang dibocorkan ialah bagaimana Trump pada tahun 2013 telah datang ke Moscow. Trump dijemput untuk melihat Pertandingan Ratu Dunia.  Trump telah menginap disebuah hotel terkemuka di Moscow.

Mengikut dokumen ini Trump telah menjemput salah seorang  Ratu Cantik atau Pelacur ini untuk datang ke biliknya. Mengikut siasatan bekas ajen M16 ini Minah Cantik Pelacur ini telah melakukan ‘golden shower’ kepada Trump. 

Untuk yang tidak tahu apa makna golden shower jangan terperanjat. Maknanya Trump telah meminta Ratu Cantik Pelacur ini terkencing keatas badannya. Kena kencing bukan satu jenayah di Amerika mau pun di Malaysia. Apa yang menjadikan  ‘ golden shower’ ini kes politik kerana  semua babak ini  telah dirakam secara rahsia oleh KGB.

Ada yang teperanjat dan ada yang ketawa apabila membaca berita ‘golden shower’ ini. Untuk FBI dan CIA - ini satu pekara yang amat serious dan amat merbahaya. Yang bahaya bukan Minah Pelacur terkencing tetapi yang kena kencing ialah  telah menjadi  Presiden Amerika. 

Mengikut labon politik musuh Trump dengan rakaman ‘golden shower ‘ ini Russia sedang mengugut Donald Trump.  Justeru Presiden Amerika ke 45 ini  ingin berbaik-baik dengan Russia. Semenjak 1947 Russia adalah musuh Amerika. Ketika Perang Dingin berlaku Russian dikatakan  terus mengancam keselamatan Amerika dan dunia.

Kini politik Amerika dan politik dunia  cuba diubah oleh Donald Trump. Maka musuh Trump kini berkumpul dan bersepadu untuk memastikan Trump dipecat. Sebenarnya siapa dan geromboLan mana  yang menjadi musuh Trump? Tunggu minggu hadapan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
















------------

4 ulasan:

  1. Hebat lagi golden shower kat mesia......parti agama kena kencing.....

    BalasPadam
  2. Syarat utama jadi tuan presiden amerika....Ikut apa kata dan tindakan Israel.....gerenti selamat, America first ke, ape ke...Itu hanyalah lipstik kt bibir gebu Israel kah kah kah

    BalasPadam
  3. waaaaaaa...trump gan majib..memey beza..
    tapi GOLDEN SHOWER sama.

    satu kek moskow..satu kek puki dickson..

    heheheh..rugi najib..dapat golden shower Bau kerdas..dan petai.....kakkakakakka

    BalasPadam