Isnin, 2 Januari 2017

MALAYSIA NEGARA DUNIA KETIGA



Hentikan Penindasan Terhadap Rakyat Dengan Akta Hasutan
 
ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengutuk tindakan polis menahan petugas KEADILAN yang mendirikan billboard Bebas Anwar dengan Akta Hasutan. Selain daripada penahanan petugas, polis juga mengaku bahawa mereka telah menurunkan tiga billboard Bebas Anwar di kawasan Bukit Mertajam. Jelasnya, penahanan tersebut bersifat pendakwaan politik serta satu pencabulan hak asasi manusia dari segi kebebasan bersuara.

Menurut Lee, pihak UMNO Bukit Mertajam telah buat laporan polis pada 30 December pagi bahawa billboard Bebas Anwar berunsur menghasut rakyat. Akan tetapi, polis telah menurun semua billboard Bebas Anwar sebelum laporan polis tersebut dibuat tanpa sebarang siasatan.

Lee berpendapat bahawa tindakan polis tersebut adalah tidak munasabah. Polis mendakwa bahawa mereka telah mengambil tindakan selepas menerima laporan polis daripada orang awam. Namun kali ini, polis telah bertindak begitu pantas malah sebelum laporan polis dibuat. Tindakan tersebut memang timbul banyak persoalan bahawa samada tindakan polis bermotif politik? Saya harap penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan dengan tujuan menjamin keselamatan awam dan bukannya keselamatan kuasa pemenrintahan UMNO/BN.

Walaupun Makhamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi keputusan tersebut tidak dapat menafikan bahawa pemenjaraan Anwar Ibrahim merupakan satu penganiayaan politik ke atas beliau. Badan penguatkuasaan telah diguna untuk menindas pemimpin parti pembangkang, malahan petugas akar umbi parti juga tidak terlepas. Lee mendesak kerajaan agar tidak menambah lagi bilangan tahanan politik. Hentikan penindasan rakyat dengan penggunaan Akta Hasutan.

Maka, pada pagi 9 Jan 2017, hari Isnin, i Anwar Ibrahim akan berada di Makhamah Tinggi Pulau Pinang, Lee menyeru agar rakyat turun ramai-ramai untuk memberi sokongan solidariti kepada beliau. Marilah kita tunjukkan bahawa rakyat tidak akan lupa penyeksaan penjara ke atas beliau serta pengorbanan beliau, sama-sama kita selamatkan negara daripada pemerintahan yang rakus dan zalim!  

Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang

NOTA:

MALAYSIA

ADALAH 

NEGARA

DUNIA KE3

JANGAN SILAP

BACA JANGAN

SILAP KAJI




--------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan