Sabtu, 28 Januari 2017

SELAMAT BERSARA YANG ARIFF






YANG ARIF

UCAPAN

SELAMAT

BERSARA




Hakim buat keputusan penting kes hasutan bersara

Hakim Mahkamah Rayuan Varghese George Varughese yang membuat penghakiman penting dua bulan lalu apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan niat dalam kes hasutan, bersara hari ini.
Sebelum ini, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan niat di bawah Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948.
Dalam kes Mat Shuhaimi Shafiei melawan Pendakwa Raya, Hakim Varghese memutuskan bahawa Seksyen 3 (3) melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara dan oleh itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Hakim itu berkata terdapat merit dalam permohonan Mat Shuhaimi kerana Seksyen 3 (3) tidak memerlukan pembuktikan 'mens rea'. Dalam undang-undang, 'mens rea' atau niat bersalah menjadi elemen penting untuk menunjukkan kesalahan jenayah.
Hakim itu, bersama-sama dua lagi hakim Mahkamah Rayuan, membenarkan rayuan dikemukakan Mat Shuhaimi Shafiei yang juga Adun Seri Muda bagi mencabar kesahan peruntukan itu.
Mat Shuhaimi didakwa pada bulan Februari 2011 di Mahkamah Sesyen di Shah Alam dengan memuat-naik satu artikel yang didakwa memfitnah dalam blognya, mengenai pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru.


DI BUMI

MELAYU INI

MASIH RAMAI

SOSOK SOSOK

YANG BAIK

YANG JUJUR

YANG ADIL

DARI YANG 

JAHAT GANAS

WALAU PUN

DALAM SISTEM

YANG KORUP


















-----------------

2 ulasan:

  1. padan lah harga tong dram simin jatuh

    semua sudah pokai

    bila mengalah lebih baik tuk ekonomi

    bagus lah orang mengalah

    BalasPadam
  2. saLute buat hakim varghese .. Yg bersara dgn meninggaLkan satu name Yg baik. waLaupun bukan seorg musLim tp dLm menjaLankan tugas beLiau mempamerkan akhLak seorag musLim n beLiau terLebih baik dari kebanYakan hakim'2 musLim Yg secare terang'2an mengkhianati tugas Yg di-amanahkan bahkan sanggup puLe mengkhianati agame mereke sendiri.

    BalasPadam