TRUMP - POLITIK IDENTITI
Minggu lalu saya telah memperkenalkan apa itu oligarki. Saya juga telah memberi pencerahan bagaimana oligarki Amerika sedang berkomplot untuk mengelincirkan dasar Presiden Trump. Saya telah cuba memperlihatkan bagaimana oligarki ini dengan kerja sama media bukan hanya telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika malah rakyat dunia untuk melihat Trump sebagai musuh.
Saya juga telah memaparkan bagaimana daulah terpendam atau deep state sedang menjalankan jarum halus untuk memastikan dasar-dasar Trump gagal. Dasar utama yang sedang diserang untuk digagalkan ialah niat dan akidah Trump yang mahu mengadakan hubungan yang menguntungkan antara Amerika dengan Russia.
Oligarki dan daulah terpendam mahu Amerika terus melihat Russia sebagai musuh. Ini agenda induk oligarki. Jika ini pecah maka akan terbarai kuasa oligarki Amerika.
Trump mengangkat sumpah pada Jumaat 20 Januari 2017. Sabtu esoknya telah berlaku politik jalan raya yang amat besar di Amerika dan juga dikota-kota besar dalam dunia. Kaum feminis, prempuan, betina dan anak gadis Amerika telah menganjurkan tunjuk perasaan. Mereka membantah dan menolak Trump sebagai Presiden Amerika ke 45. Politik jalan raya ini telah juga disertai oleh anak muda lelaki,pondan, mak nyah, jantan dan sida.
Hakikatnya lebih dari satu juta rakyat Amerika dibandar dan pekan besar dan dikota-kota besar dunia telah keluar ke jalan raya. Jumlah yang bagitu ramai keluar pasti ada yang merasakan bahawa kumpulan feminis ini sedang membawa garis politik yang betul dan tepat.
Bertenang sabentar. Heboh heboh dalam media bukan bermakna pekara itu membawa kebenaran. Bising-bising itu hanyalah manifestasi dari satu ajenda yang wajib saya rungkai untuk kita sesama fahamai.
Memahami politik Amerika ini terus penting. Pertama: kerana apa yang berlaku di Amerika akan mempengaruhi dunia termasuk Malaysia. Kita tidak ambil pot apa yang berlaku di Fiji atau Sri Langka. Ini kerana negara ini tidak akan mempengaruhi arus politik Malaysia.
Kedua: memahami politik Trump adalah senaman untuk fikrah kita. Kita perlu mendidik fikrah agar kita dapat melihat sesuatu pekara dihadapan mata dengan lebih tuntas, lebih dalam dan lebih jelas.
Hakikatnya memahami politik Amerika dan dunia adalah satu proses persekolahan. Dengan tujuan untuk mendidik agar kita memiliki keupayan daya fikir yang kritikal. Bukan hanya melihat apa yang tersurat. Tetapi kita juga wajib dan perlu berjaya melihat yang tersirat. Yang tersirat tersorok ini ialah ibu kepada yang tersurat.
Dalam ilmu falsafah yang tersurat itu hanyalah manifestasi. Yang tersirat itu ialah penyebab. Yang tersurat hanya kulit. Yang tersirat ialah isi. Kita wajib memahami kulit dan isi. Apa dia hubungan kulit dengan isi. Atau apa itu bentuk dan apa itu isi.
Satu juta warga Amerika keluar ke jalan raya adalah menifestasi. Yang tersirat ialah bagaimana daulah terpendam bersama media telah berjaya mengolah persetujuan. Bagaimana media telah menjaja Trump sebagai musuh Amerika. Bagaimana warga Amerika bersedia membeli hujah yang dijaja oleh CNN dan CBS dan media arus perdana Amerika.
Bagaimana ini berlaku? Apakah kaum feminis dan kumpulan-kumpulan lain tidak memiliki pemikiran kritikal?
Sekali lagi saya ingatkan bahawa dunia kita hari ini sedang didominasi oleh 6 syarikat media gergasi. Syarikat-syarikat ini memilik ribuan anak-anak syarikat yang menjual dan menjaja garis politik anti-Trump.
Di Amerika - malah dalam dunia kita hari ini telah diwujudkan satu lembah politik baru yang amat subur. Untuk memahami kenyatan - lembah politik baru - maka biarlah saya bersurah membuka sejarah silam. Tanpa pemahaman sejarah kita tidak akan dapat memahami isi.
Semenjak tahun-tahun 60’an daulah terpendam Amerika telah membina satu lembah wacana politik baru. Kemunculan wacana baru ini berlaku dengan gerakan anti Perang Vietnam sebagai latar.
Ketika gerakan anti perang Vietnam berlaku anak-anak muda Amerika dan anak muda semua bangsa diseluruh dunia telah mengampoh turun ke jalan raya. Anak muda kaum mahasiswa anak semua bangsa turun ke jalan raya dengan kesedaran kelas.
Sila baca sekali lagi - KESEDARAN KELAS.
Garis politik gerakan anti-perang Vietnam di Amerika adalah garis politik kiri - garis politik kelas. Organisasi anak muda mahasiswa saperti SDS - Student for Democratic Society - yang menjuarai gerakan anti-perang amat jelas. SDS membawa garis kiri yang berlatarkan kesedaran kelas. Mankala Black Panther yang mengembagkan kesedaran kelas warga paling tertindas di Amerika - kepada para Negro.
Rujukan gerakan anti perang Vietnam ini ialah kitab-kitab Marx, Lenin, Stalin, Trotsky, Bakunin, Kropotkin, Rosa Luxemburg, Mao dan Che.
Kesedaran kelas ini amat-amat bahaya untuk kaum pemodal. Amat bahaya untuk elit politik. Anak-anak muda ini bukan hanya menentang perang tetapi mereka mengajukan satu dunia baru yang lebih adil dalam satu sistem ekonomi yang dinamakan ekonomi sosialisma.
Maka dengan licik dan terancang daulah terpendam melalui FBI dan CIA telah memecah belahkan gerakan kiri ini. Kita lihat Malcolm X dimatikan. Kita lihat Martin Luther King dibedil. Kita lihat pemimpin Weather Underground diburu, dipenjara, ditembak dan dimatikan. Kita membaca bagaimana Soledad Brothers dihancurkan. SDS terbarai pecah. Gerakan anti perang Vietnam menjadi mandul.
Hari ini kita boleh membaca dokumen COINTELPRO. Dokumen ini akan memperlihatkan sejarah bagaimna gerakan kiri Amerika pada tahun-tahun 60’an disabotaj. Sila tanya Lebai Google tentang apa dia COINTELPRO untuk penerangan yang tuntas dan jelas.
Arkib juga telah dibuka tentang taktik dan strateji daulah terpendam untuk memecahkan gerakan anak muda pelajar Amerika. Dokumen-dokumen ini bukan lagi satu rahsia daulah Amerika.
Untuk mengarahkan tenaga, niat dan idealisma anak-anak muda Amerika ketika itu maka dimunculkan apa yang dipanggil POLITIK IDENTITI. Identiti politik ialah badan induk. Manifestasinya ialah kumpulan feminis, kumpulan mak nyah, lesbiah dan gay.
Projek Cointelpro berjaya memusnahkan Black Panther. Justeru warga kulit hitam diberi kesedaran kulit. Kesedaran warna kulit ini mengkebumikan kesedaran kelas.
Dari satu kumpulan yang ampoh kompak dengan kelas sebagai pedoman kini anak muda pelajar mahasiswa di Amerika menjadi terpencar-pencar. Mucul puluhan kelompok yang masing-masing tidak seirama. Mungkin tidak sekulit atau tidak sajentina dan tidak sekatil.
Hari ini politik identiti telah menular dan merebak ke seluruh dunia. Kesedaran anak muda pelajar dan mahassiawa bukan lagi kesedaran kelas tapi kesedaran identiti.
Dalam dunia pasca moden - dalam dunia pasca kebenaran yang ditonjolkan ialah identiti. Kamu ini jantan ke betina? Berahi kamu pada siapa? Pada lelaki atau pada wanita? Kulit kamu warna apa? Hitam atau puteh?
Semua soalan-soalan ini sengaja ditimbulkan dengan tujuan yang amat jelas - untuk meminggirkan kesedaran kelas.
Justeru sehari sesudah Trump mengangkat sumpah kita melihat pemain utama dalam gerakan anti Trump berkiblatkan politik identiti. Mereka ke jalan raya berpandukan kepentingan identiti.
Justeru kita melihat kumpulan feminis, kumpulan pondan dan kumpulan sida dalam gerakan anti-trump. Mereka ini dijerat, terperangkap dengan laporan berita bagaimana Trump ini seorang jantan sexist. Trump ini seorang lelaki yang belalai gajahnya tidak terkawal. Trump ini pelanggan pelacur. Trump ini suka kepada wanita yang cun dan bergetah. Trump ini suka meraba punggong perempuan genit.
Pengamal identiti politik ini telah gagal untuk membaca dan meneliti ucapan dasar pertama ketika Trump mengangkat sumpah. Biar saya terjemahkan salah satu isi ucapan Trump.
‘Telah bagitu lama negara kita ini telah dihisap madunya oleh kerajaan walhal yang membayar ialah orang ramai. Washington kaya bergemalapan, tetapi kita warga biasa tidak dapat bersama mengecap kekayaan kita. Ahli politik jadi kaya raya tapi warga tanpa kerja dan kilang kilang ditutup. Para elit mempertahan hak mereka tapi bukan untuk warga biasa. Yang penting hari ini bukan parti mana yang memerentah tapi apakah kerajaan ini dikawal selia oleh rakyat.
Sekali imbas kita lihat ucapan Trump ini ada membawa unsur naluri kesedaran kelas. Satu ucapan yang belum pernah didengar dari poltikus Amerika. Jauh sekali dari mulut Presiden Amerika.
Jangan silap faham saya sedar Trump bukan buruh pembuat kereta dari Detroit. Trump adalah kontretkor besar yang kaya raya. Trump seorang billioniare. Dari istilah kaum kiri Trump ini mustahil akan menjadi seorang proletariat.
Politik identiti ini sebenarnya TIDAK mengancam kedudukan yang sedia ada. Heboh heboh Obama membenarkan lelaki kahwin lelaki atau perempuan kahwin perempuan adalah heboh heboh untuk memperkukuh politik identiti.
Perkahwinan jantan dengan jantan ini tidak mengubah apa-apa asas ekonomi Amerika. Ianya tidak membuka kembali kilang kereta di Detroit. Politik identiti akan membawa perubahan jika kilang di Amerika kembali beroperasi. Kaum buruh mula menyusun kesatuan sakerja yang kukuh dan ampoh. Atau buruh kilang mengambil alih kilang dan menjalankan kilang tanpa pemilik. Ini radikal. Tapi ini bukan politik identiti ini politik kelas.
Justeru apa sebenarnya yang dibawa oleh jantan kasar yang kadang kala becakap lucah ini. Pertama cakap kasar dan cakap lucah Trump ini hanya manifestasi. Lihat isi kandungan apa yang sedang diajukan oleh Donald Trump. Baca, dengar dan teliti isi kandunganya.
Presiden Trump sebenarnya ialah sosok pemodal nasionalis. Amerika First adalah slogan nasionalis. Trump mahu menjadikan Amerika Great Again. Apabila Trump menghalang kemasukan warga Mexico ke Amerika sekali baca dilihat rasis.
Hishamuddin Rais membantah kemasukan Bangla, Negro, Myamar dan dan dan ke Malaysia dibaca ini manifestasi rasis. Manifestasi rasis ini lahir dari wacana politik identiti.
Sebenarnya mengahalang warga Mexico datang mengambil kerja di Amerika bukan rasis dari politik kelas. Ianya bertujuan agar kerja kaum buruh Amerika tidak diambil oleh warga Mexico. Anak tempatan didahulukan. Ini dasar Trump.
Menolak masuk Negro, Bangla, Indon, Vietnam dan dan dan bukan rasis tetapi untuk memastikan gaji kaum buruh di Malaysia mendadak naik. Ini pandangan kuam kiri yang berasaskan kelas dan bukan politik identiti.
Politik identiti sedang menghalang kelahiran dunia baru yang mahu dicipta oleh Trump. Apakah Trump seorang nasionalis ekonomi ini akan berjaya dengan dasarnya? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-------------
caya bro..ini ingatan yg tepat..garis politik atau garis kelas adalah pandangan yg tepat..bukan semua yb pakatan ada pemahaman macam ni.perjuangan kelas juga diceritakan oleh mantan prof syed husin bekas isa..perjuangan kelas ini biasanya ditutup dgn perjuangan islam perjuangan jubah perjuanagan hudud ruu...di saudi takda pemahaman ini kerana raja dan rakyat saudi adalah kelas atau manusia suci bersih malah lebih suci dari tenaga atom..jestreu, saudi wahabi ini telah menubuhkn universiti mekah dan madinah demi mengajarkan kpd sunni mengenai sunni walhal dirinya wahabi..jesteru, duit2 haji dan omrah ini la perntukkan kpd warga2 saudi yg pemalas lagi rasis...
BalasPadamBila nak pancut ni? Asyik tunggu minggu depan jek...
BalasPadamHah! Ini kupasan-pencerahan yg mantap. Pertama kali rasanya tt menyentuh perbezaan politik kelas dan politik identiti, bagaimana politik identiti mengganti dan mengaburi politik kelas. Thorbaekkk!
BalasPadamKomen gua....Senang jer, seluruh dunia heboh dgn trump...Demo sana demo sini...Israel pula bom Palestine....Tak nampak ke kah kah kah kah
BalasPadamKo ni x abes2 israel bom palestin. Susah nk explain kt org mcm ko ni. Lemah pemikiran.
PadamObama bom org Islam, trump sekat pelarian dari negara Islam yg dibom Obama.....kira ok le tu kah kah kah
BalasPadam