Mega-Skandal RM4.3 Bilion Felda: Siapa Bertanggungjawab?
Pengakuan Tuan Haji Shahrir Samad, Pengerusi Felda, bahawa RM4.3 bilion duit Felda hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) tidak dapat dikesan boleh dianggap antara skandal terbesar bagi tahun ini. Menurut beliau, RM200 juta daripada wang yang hilang ini telah dibelanjakan tanpa “kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya” dan mungkin tidak akan dapat dipulangkan kepada Felda.
Keterbukaan Tuan Haji Shahrir untuk mengaku kehilangan RM4.3 bilion ini adalah betul, tetapi ianya tidak memadai jika tidak disusuli dengan tindakan tegas. Malah pengakuan TS Shahrir ini meyakinkan lagi rakyat Malaysia bahawa hanya satu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (Royal Commission of Inquiry, atau RCI) yang turut dianggotai Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang mampu mendapatkan penjelasan ke atas skandal kehilangan RM4.3 bilion hak milik Felda ini.
Terutama dalam konteks pengakuan Tuan Haji Shahrir hari ini, RCI ini perlu mengenalpasti dalang-dalang mega-skandal RM4.3 bilion ini, ke mana perginya RM4.3 bilion ini, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengembalikan wang yang hilang ini kepada Felda. Sudah menjadi kepastian bahawa dalang-dalang skandal ini perlu dibawa ke muka pengadilan.
Pada masa yang sama, saya menggesa Tuan Haji Shahrir untuk membentangkan laporan hasil siasatan dalaman Felda mengenai mega-skandal RM4.3 bilion ini kepada orang ramai dalam siri mesyuarat umum (‘townhall’) di setiap negeri yang mempunyai rancangan Felda. Ini supaya orang ramai terutama peneroka-peneroka Felda akan dapat mendengar sendiri bagaimana mega-skandal RM4.3 bilion Felda ini telah dibenarkan berlaku, dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
12 Februari 2017
------------------
jangan buat2 taktahu tuan haji shahrir bangsa johor...tuan haji pun salah seorg penerima wang dari 1mdb...tak mungkin tuan haji dari bangsa johor ni berani..bangsa johor hanya berani cangkulkan pekeje air je itu pun sb tak bayar bil..menteri apa yg takda kat johor, menteri pointer ahmad maslan, pukrak menteri yg g las vegas, liow tiong lai yg jual negara johor kat china..kepala truck termahal didunia pun ada dibangsa johor..umno dicipta pun diistana johor..err perjanjian persahabatan dgn british pun dgn johor....
BalasPadamSelagi melayu boleh ditipu umno, umno akan tipu melayu. Kemudian disalahkan dap. Bangsa lain mcm tak percaya tgk apa yg terjadi kpd melayu!!
BalasPadamBahalol
BalasPadamJangan tak jadi Bahalol
Kalau tak bahalol , tak gadai lah
Macam mana nak dapat DEDAK nanti
Gadai terus....