NOH OMAR DAN UMNO GAGAL POHON MAAF KEPADA RAKYAT SELANGOR
Telah pon seminggu berlalu prilaku biadap Tuan Haji Jamal Yunos membawa Van Jenazah dan Keranda untuk berdemo dihadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor(SUK). Dan masih tiada satu pun permohonan maaf dari mana-mana pemimpin Umno, hatta dari Tuan Haji Noh Omar sekalipun. Seolah-oleh mereka menyekutui prilaku biadap dan sumbang yang dibawa oleh Jamal.
Adakah semua pemimpin Umno Selangor sudah hilang nilai moral dan kesiuman bila Jamal berprilaku demikian? Malahan tindakan Noh Omar yang mempertahankan Jamal sebelum ini dilihat begitu mendukacitakan. Umum mengetahui Jamal adalah Ketua Umno Sungai Besar. Semua pemimpin Umno Selangor membisu dan kelu walaupun sudah seminggu insiden ini berlaku.
Mempermainkan van jenazah dan keranda dengan niat mempersendakan adalah sesuatu yang diluar norma ketatasusilaan masyarakat bertamadun. Oleh kerana tiada seorang pon pemimpin Umno tampil membidas Jamal, apatah lagi memohon maaf. Saya menganggap Umno Selangor sebagai meraikan kebiadapan.
Oleh sebab itu saya meminta seluruh rakyat Selangor untuk menolak terus semua calon dari Umno yang bertanding di Selangor kerana mereka gagal mengawal kebiadapan ahli mereka.
Sekian.
MUHAMAD MIZAN ADLI MOHD NOOR
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Selangor
----------------
Yo bro. Cool, man. Jamal ikan tu ada bawak mayat sekali ke masa tu? Kalau ada, aku sokong ke-upset-an kau bro. Mayat tak boleh dibuat tak senonoh. Tapi kalau keranda kosong je bro, dengan ven jenazah tanpa mayat, apa ada hal bro, chill, man. Ekspresi diri bro, pernah dengar tak? Jangan la super sensitif bro, semua pun tak boleh, nanti gua tendang lu masuk parti pas!! Banyak lagi isu lebih bernilai intelek untuk di-tackle lebih lagi golongan muda bro!
BalasPadam