Khamis, 23 Mac 2017

KENYATAAN SEORANG SENIMAN





Kanyataan  Zunar
Kenapa saya memilih PM & Isteri sebagai watak utama

SAYA memberi respon kepada komen yang dibuat oleh kartunis Reggie Lee dalam sebuah forum dengan kartunis-kartunis antarabangsa di Kuala Lumpur Isnin lepas mengenai cara saya berkartun

Seperti yang dilapor oleh portal Malaysiakini, di dalam forum tersebut Reggie berkata saya patut memperluaskan subjek kartun, bukan hanya tertumpu kepada karektor tertentu. Beliau merujuk kepada karoktor Perdana Menteri dan isteri. Saya tidak berhasrat untuk mempertikai kenyataan Reggie, tetapi saya mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan mengenai mengapa saya memilih kedua individu tersebut sebagai subjek.

Pada saya, bakat bukan anugerah, tapi sebuah tanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap kartunis untuk mengkritik mereka yang paling berkuasa. Di Amerika, kartunis-kartunis membantai Trump, di sini saya mensasarkan Najib dan Rosmah.

Dalam ratusan kartunis terkenal di Malaysia, tidak ada seorang pun yang melukis Najib dan Rosmah sedangkan kedua mereka dikaitkan dengan banyak skandal seperti 1MDB, Scorpene, cincin dan lain-lain. Saya bukan mahukan jawapan dari kartunis-kartunis Malaysia kenapa mereka tidak berbuat demikian, tetapi saya akan terus memfokus kedua-dua watak tersebut.

Inilah yang dilakukan oleh kartunis seluruh dunia, membongkar korupsi dan ketidakadilan. Bukan saya yang mencipta masalah, saya hanya menjalankan tanggungjawab. Pihak berluasa yang mencetus masalah kerana mereka tidak tahu untuk ketawa kepada diri mereka sendiri. Dan itu adalah masalah mereka. Saya tidak akan mengubah cara bekartun untuk untuk membuat mereka gembira.

Di dalam negara di mana kebebasan berekspresi sangat terbatas dan kebebasan media dicengkam, kartun boleh menjadi alat menyampai kebenaran kerana mediumnya sangat berkuasa untuk memecah hagemony ini. Jadi kenapa tidak boleh diguna kepada Perdana Menteri dan isteri?

Musuh terbesar bagi seseorang seniman bukanlah undang-undang atau rejim zalim, tetapi penapisan sendiri (self-censorship). Ketika melukis, saya melarang fikiran saya dari memikirkan soal editor, polis, mahkamah atau undang-undang. Apa yang penting adakah mesej dalam lukisan itu cukup kuat untuk mencipta impak positif kepada masyarakat. Gelarlah kartun saya apa saja: provokatif, menghina, intimidasi, keras - selagi ia boleh membuka minda rakyat Malaysia, saya cukup gembira.

Apakah saya tidak punya rasa takut. Ya saya takut kerana saya juga manusia. Tetapi tanggungjawab lebih besar dari ketakutan. Imbuhan kewangan bukanlah objektif, tetapi untuk menggunakan bakat ke jalan yang benar adalah tanggungjawab.







----------------------

4 ulasan:

  1. Apa kebende nih ?????

    Terus kan saja

    BalasPadam
  2. Àda kartunis yg jg periuk nasi. Tak salah berbuat demikian, tapi tanggungjawab sosial perlu jg ditunaikan.

    "The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing."

    BalasPadam
  3. Saya ada byk Bukti bergambar... Bahawa ancient teLah MembunuH semua "berhaLa gemOk" tapi org modern sembah baLik. ..susah nyaaa

    BalasPadam
  4. apa la reggie tu..di lukis karton tapi tak kena tangkap pun nak kecoh..zunar ada sembilan sabitan dgn 49tahun penjara kalo disabitakn salah..yg bising2 tu pasal apa?karya zunar ni pasar di malaysia dan dioversea sampai ke UN..ni karya berani, ini bukan karya dedak rm90juta, bukan karya nak beli kereta audi q7...zunar buat karya donald dedak..kpd zunar, karya terbaik itu ialah agamawan mengelak kasut pemimpin dgn serban sunnah nabi..kahkahkah...yg diharamkan itu lebih cool...

    BalasPadam