Sabtu, 11 Mac 2017

ZAKAT UNTUK DAPUR JALANAN




FACE BOOK

Saidina Umar bin Al-Khattab, menfatwa bahawa zakat boleh diberikan kepada orang miskin dari kalangan non Muslim. Pendapat Umar ini, didokong kuat oleh mereka yang beraliran hanafi, Imam An-Nawawi, Ibni Sirin dan Az-Zuhri. Dalam kitab “Al-Mabsut”, As-Sarakhsi menyebut zufar, iaitu anak murid kepada Abu Hanifah berpendapat harus memberi zakat kepada kafir zimmi berasaskan kepada Qias, kerana objektif zakat ialah untuk membantu, antara lain, fakir miskin yang memerlukan kepada bantuan. [lihat fiqh zakah, qaradhawi]
Pendapat Umar bin Al-Khattab ini berasaskan kepada firman Allah SWT;
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya;
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

[surah at-Taubah : 60]
Dalam kitab “Al-Kharaj”, Imam Abu Yusuf menyebut bahawa Omar bin Al-Khattab memperuntukkan pemberian kepada warga yahudi dari wang baitul Mal untuk orang Islam, berasaskan firman Allah ini.
*saya harap, orang2 PAS tak marah dengan artikle ringkas ini..

ZAKAT UNTUK DAPUR JALANAN







--------------------

2 ulasan:

  1. Lebih baik drp wang zakat dirembat penyamun islam yg dah sedia kaya raya

    BalasPadam
  2. Haha TT, gua ada RM4000 lagi duit zakat emas blom bayar.. kalo gini kesahnya, gua akan kasik separuh utk SPKL.

    Alangkah luasnya rahmat Islam jika ramai berpandangan gini.

    @EnKambingPawah.

    BalasPadam