DARI MANA DATANGNYA
PSIKIK MELAYU
Pada 3 Febuari 2017 Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Peguam Negara tentang langkah Malaysia menfailkan permohanan semakan berhubung keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) dalam kes Pulau Batu Puteh.
Mahkamah Antarabangsa (ICJ) ditubuhkan oleh Bangsa Bangsa Bersatu pada tahun 1945 sesudah Perang Dunia Ke Dua. Mahkamah ini bertempat di kota Den Haque Belanda.
Pulau Batu Puteh ini - terletak di bahagian Selatan Johor antara pertemuan Selat Tebrau dengan Laut China Selatan Melaka. Belanda memanggil pulau ini Pedra Branca - Batu Puteh. Pulau ini dari zaman berzaman adalah sebahagian dari Tanah Melayu.
Pada 23 Mei 2008 pulau ini telah diberikan kepada Singapura mengikut keputusan Mahkamah Antarabangsa.
Ibu Sina ahli fikir dari Parsi ( 908-1037) telah menunjukkan bahawa semua ilmu pengetahuan, semua yang berlaku, apa sahaja terjadi pasti ada sebab, sesuatu pekara itu tidak wujud dan tidak mungkin difahami jika tidak diketahui sebab yang menyebabkan sesuatu pekara itu berlaku.
Apakah sebab yang menyebabkan Pulau Batu Puteh diambil oleh Singapura? Ini menjadi persoalan nasional.
Saya menimbulkan berita Pulau Batu Puteh ini kerana inilah salah satu ( sic) dari contoh yang amat jelas punca dan sebab musabab dari mana datangnya psikik Melayu dan konteks persoalan nasional.
Minggu lalu saya menulis : Psikik ini bersangkutan dengan fikrah, minda. Ianya diluar dunia yang kita pegang , yang kita cium dan yang kita rasa. Psikik ini tidak pisikal. Ianya roh, jiwa, perasaan dan pandangan dunia.
Psikik Melayu ini bukan wujud dan dilahirkan dalam sehari. Psikik Melayu ini adalah sejarah dan pandangan dunia Bani Melayu yang bertambun tambah dari generasai ke generasi. Psikik ini bukan saperti istilah ekonomi cetiris paribus - sama dan tidak berubah-ubah. Psikik Melayu berubah dengan zaman dan masa. Pandangan dunia Melayu berubah-ubah.
Yakinlah ketika Benggali Puteh de Segueira datang ke Melaka pada tahun 1509 atau ketika Belanda datang pada tahun 1641 pandangan dan psikik Melayu terhadap Yang Lain ini berbeza-beza. Juga ketika armada Laksamana Chen Ho datang ke Melaka pada tahun 1456 atau ketika Puteri Hang Li Po datang , psikik Melayu terhadap Bani China tidak sama dengan psikik Melayu memandang Bani China hari ini.
Psikik berubah dengan masa, suasana dan iklim politik. Iklim politik akan berubah sealir dengan iklim ekonomi. Wajib disedari bahawa panglima dan jurumudi kehidupan ialah ekonomi.
Untuk terus mendalami pemahaman kita tentang psikik Melayu mari kita kembali ulang lihat projek Malayan Union. Projek ini telah dijaja Inggeris pada tahun 1946 sebagai taktik untuk meneruskan penjarahan oleh kuasa kolonial ke Tanah Melayu sesudah Perang Dunia Ke2.
Dalam projek Malayan Union ini Inggeris mahu Singapura dikeluarkan dari Tanah Melayu. Ini telah mendapat tentangan dari gerakan nasionalis kiri dan dari gerakan Melayu yang berpayung dibawah United Malays National Organisation.
Lihat apa yang terjadi apabila Inggeris mengundurkan diri pada tahun 1957. Raja dan Sultan Melayu tetap wujud tetapi pulau Singapura telah tidak ikut bersama - telah dikeluarkan dari ibunda Tanah Melayu. Ini stratiji licik Inggeris.
Inggeris membuat bising dan gempak dihilir dan mengapi-apikan pekara yang tidak penting kemudian menuai di hulu. Singapura - pusat ekonomi dan military - terus dibawah Inggeris adalah lebih stratejik dan penting dari memilihara 9 Raja dan Sultan Melayu.
Maknanya pada tahun 1957 sebahagian dari perojek Malayan Union telah berjaya dilaksanakan oleh Inggeris dengan terpisahnya Singapura.
Bani Melayu di Singapura dan Semenajung hanya memandang pembelotan dan penghinaan yang sedang berlaku. Bani Melayu melihat bagaimana Tanah Melayu telah dipecahkan sekali lagi.
Pulau Singapura yang terpisah dari Tanah Melayu mempunyai impak yang amat besar kepada psikik Melayu. Ini adalah contoh besar punca psikik dan perasaan Melayu yang tidak yakin dan tidak mahu menerima Yang Lain hingga ke hari ini.
Pulau Singapura yang terkeluar dari Tanah Melayu pada tahun 1957 ini sama saperti Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 dan Anglo-Thai 1909. Semua perjanjian ini telah dipaksakan kepada Bani Melayu. Dengan kekuatan senjata kuasa politik Bani Melayu telah ditundukkan.
Yakinlah hingga ke hari ini rancangan jahat Inggeris dan pembelotan Tunku Abdul Rahman yang bersetuju mengeluarkan Singapura tidak terlepas dari pandangan Bani Melayu. Rata-rata Bani Melayu di Semenanjung dan Singapura menolak rancangan British ini.
Untuk rakaman sejarah Parti Komunis Malaya, Parti Buruh , Parti Rakyat dan juga Parti Islam yang nama asalnya PMIP - Pan Malayan Islamic Party tidak menerima pemisahan Singapura pada tahun 1957. Dalam Perlembagaan mereka - parti-parti politik ini masih lagi menganggap Singapura sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.
Kepada parti-parti ini Malaya itu bermakna Semenanjung termasuk Singapura. Ini fakta sejarah bukan bukan fakta yang dibuat-buat oleh Hishamudddin Rais.
Wajib disedari PKM, Parti Buruh, Parti Rakyat dan PMIP - pada tahun- tahun 40’an hingga ke tahun 60’an memiliki pengaruh yang amat-amat luas. Parti-parti dan gerakan merekalah yang menjadi tulang belakang Tanah Melayu. Merekalah yang mula mememikkan MERDEKA. Pemimpin dan kader dari parti-parti inilah yang berkempen ke hulu ke hilir dan telah bertanggung jawab melahirkan konsep Melayu. Justeru mewujudkan psikik Melayu.
Parti-parti ini dilihat sebagai musuh oleh Inggeris. Kuasa kolonial memburu, membunuh dan memenjarakan pemimpin dan kader dari parti-parti ini. Sesudah Inggeris berundur budak suruhan Inggeris pula menindas mereka. Tapi peranan besar mereka mewujudkan konsep Melayu dan psikik Melayu terus tidak pernah padam-padam.
Apabila Singapura terpisah, maka pulau ini dilihat telah menjadi wilayah asing. Singapura dilihat telah menjadi milik Orang Lain. Ini terbenam dalam psikik Melayu hingga ke hari ini. Singapura dengan jelas dan terang dilihat telah diambil oleh oleh Bani China.
Jika Ibu Sina mahukan sebab musabab kenapa Bani Melayu memiliki was was dan rasa kurang yakin dengan Yang Lain maka sebab musabab yang terpahat bagitu lama dalam psikik Melayu ialah pengalaman tergadainya Singapura.
Justeru kes Pulau Batu Puteh ini hanyalah pengulangan sejarah. Malah kes Batu Puteh ini wajib dilihat sebagai nota kaki untuk membincangkan sebab musabab dan asal usul kemunculan psikik Melayu yang wujud pada hari ini.
Wajib saya rakamkan juga disini tentang satu lagi projek Inggeris yang diberi nama Malaysia. Projek Malaysia ini juga adalah sambungan dari projek Malayan Union. Kali ini projek Malaysia adalah taktik dan stratiji Inggeris untuk terus menjarah Bumi Melayu dalam suasana gerakan nasionalis sedang membara terutama dari Indonesia dibawah pimpinan Bung Karno yang mendapat sokongan padu dari Parti Komunis Indonesia (PKI).
Wajib diberitahu sebelum pembunuhan beramai-ramai tahun 1965 oleh CIA dan General Suhartoo, PKI adalah parti komunis yang terbesar dalam dunia di luar blok sosialis Russia dan China.
Wajib juga saya timbulkan bahawa projek Malaysia inui juga timbul dalam konteks persoalan nasional yang belum selesai. Sebelum projek Malaysia ini wujud telah ada ura-ura dan suara yang melaungkan konsep Melayu Raya. Konsep Melayu Raya ini wujud ketika gerakan nasionalis berjuang di Tanah Melayu dan di Indonesia.
Pada zaman perjuangan nasionalis menuntut merdeka sama ada di Indonesiaa atau di Tanah Melayu konsep pemisahan dua negara ini masih kabur. Justeru kita akan terbaca nama saperti Mokhtarudin Lasso, Ibrahim Yacob, Shamsiah Fakeh, Tan Melaka - mereka muncul di Singapura, muncul di Jakarta , muncul di Medan atau muncul di Pulau Pinang mislanya. Ketika inilah konsep Melayu Raya ada ditimbulkan. Melayu Raya ini ialah perserikatan Indonesia dengan Tanah Melayu termasuk Kalimantan Utara. Kalimantan Utara ini adalah istilah kaum nasionalis Melayu pada ketika itu. Kalimantan Utara adalah wilayah Sabah, Berunai dan Sarawak.
Psikik Melayu terhadap hilangnya pulau Singapura itu tidak terpadam. Babak babak sejarah terus berubah. Bani Melayu di Singapura menjadi Orang Lain. Bani Melayu di Singapura dilihat oleh Bani Melayu di Semenajung sama saperti warga Palestin di Gaza.
Rasa tidak puas hati Bani Melayu kerana Singapura tergadai dalam dilihat dengan adanya kocakan dalam United Malays National Organisation sendiri. Kita membaca sejarah bagaimana Hasnul Hadi Setiausaha politik Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan menyertai Parti Rakyat. Ini kerana tidak puas dengan dasar Tunku yang amat setia untuk menjadi budak suruhan Inggeris.
Untuk memadamkan api anti penjajah dan api anti budak suruhan kuasa kolonial Inggeris menimbulkan projek neo koloni yang diberi nama Malaysia. Kali ini hendak dimasukan Sabah , Sarawak dan Berunai.
Wajib disedari salah satu dari hujah ketika United Malays National Organisation menjual projek Malaysia ke kampong-kampong ini ialah untuk mengimbangi Bani China yang terlalu ramai. Sabah, Sarawak dan Berunai masuk bersama kerana disini semuanya Bani Melayu yang boleh menenggelami angka Bani China dari Singapura. Maka jelas sekali lagi Yang Lain telah menjadi sebab musabab terwujudnya Malaysia.
Wajib dirakamkan disini - Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, Parti Buruh dan PMIP - semuanya menentang Malaysia. Kesemua parti-parti ini tidak bersetuju dengan kemasukan Singapura bersama ke dalam gagasan Malaysia.
Parti-parti ini telah berhujah bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Singapura tidak pernah terpisah dari Tanah Melayu. Konsep Merderka tahun 1957 untuk parti-parti ini hanyalah projek neo-kolonial Inggeris untuk terus menjarah Tanah Melayu.
Jelas babak babak politik yang saya tuliskan ini semuannya berlatarkan persoalan nasional. Berlatarkjan Yang Lain yang telah masuk ke badan polity Bani Melayu. Keadaan bertambah rumit apabila ramai pemimpin parti politik ditangkap dibawah ISA kerana menetang Malaysia.
Siapa yang ditangkap? Apa terjadi dengan Singapura. Tunggu minggu hadapan. (tt)
.
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
----------------------
KemuncuLan Jesus second cumming nanti bukan Saja menyaksikan cita2 sukarno...maLah Nusantara muncuL semuLa Dan di SATU GAGAH kan sama duniya aL aLameen, tiada Lagi CINA meLayu India Yehudi etc... Semua nya d SATU kan dengan Iman pada Allah Tuhan yg Ada Tuhan yg Esa.. ..allah tak kan masuK mahkamah kot msia... AngLo KAPiR akan d musnah-kan Jesus.. Ketahui Laaa Jesus pbuh tak kan masuk hutan bunuH babi.. .daLam kota ini Ada byK babi berLagaK manusia
BalasPadam