KESAH BENAR
MENYAYAT HATI
PENUH PASIR
AIR MATA
DARI FLET PRT
KE BUNGLOW
DISNEY
SEBUAH KESAH
PENGORBANAN
IBU NENEK
KAWAN KAWAN
MENABUNG
DARI ZAMAN
KANAK KANAK
Ah Long, nenek, ibu mertua’ bantu Adam beli banglo
Ia antara kenyataan Adam Rosly yang dianggap palsu, seperti terkandung dalam kertas pertuduhan hari ini.
KUALA LUMPUR: Datu Adam Rosly yang didakwa hari ini kerana memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pernah mengaku menerima wang pinjaman RM500,000 daripada 2 orang “along” bagi membeli banglonya di Ampang pada harga RM1.2 juta, menurut kertas pertuduhan.
Dua “ah long” berkenaan, menurut Adam, bernama “Leo” dan “Ben”.
Bagaimanapun, Adam kemudian meminda jumlah yang diberikan Leo, yang nama penuhnya Tan Hang Yuan, daripada RM400,000 kepada RM555,165.
Adam menyokong semua dakwaannya itu dengan memberikan bukti perbualan Whatsapp dengan ah long tersebut.
Adam ketika disiasat SPRM Februari lalu turut melampirkan dokumen perjanjian dengan neneknya, yang meninggal dunia pada Januari lalu.
Menurutnya, arwah neneknya meminjamkan kepadanya RM100,000, sementara mak mertuanya RM100,000.
Baki RM500,000 untuk membeli banglo itu pula, menurut Adam, datang daripada hasil jualan keretanya dan pendapatan hasil perniagaannya.
Semua pecahan kewangan yang diberikan Adam itu, menurut kertas pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, adalah palsu.
Ia merupakan antara 6 pertuduhan ke atas Adam, yang didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Adam, 29, yang mengetuai Pemuda PKR Ampang, berdepan hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun.
RM60,000 sebulan
Satu lagi keterangan palsu yang diberikan Adam, menurut kertas pertuduhan yang dibaca FMT, ialah dakwaan beliau menerima elaun “tidak tetap” kira-kira RM60,000 sebulan sebagai pengarah syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd.
Carian syarikat mendapati aktiviti perniagaan Gegas Mentari tidak diperincikan secara spesifik. Ia termasuk perlombongan, pembinaan bangunan dan “perniagaan borong melibatkan pelbagai barangan”.
Menurut Adam, beliau dalam proses meletak jawatan daripada Gegas Mentari, untuk menubuhkan syarikat lain bersama isterinya “tetapi menjalankan perniagaan sama”.
Adam juga mendakwa beliau turut menerima keuntungan daripada “membantu kawan-kawan dengan memberi modal (melabur) dan mendapat keuntungan tetapi tidak tetap setiap bulan dan ianya ikut projek”.
Siasatan terhadap Adam dibuka Februari lepas, 3 bulan selepas pendedahan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
November lepas, Jamal membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk meninjau banglo mewah milik Adam di Kampung Melayu, Ampang, sambil mempersoalkan sumber “kekayaan luar biasa” pemimpin PKR itu.
Susulan itu, Ketua Bahagian Umno Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM.
Adam menafikan rumah itu berharga RM7 juta, dan mendakwa ia dijual kepadanya oleh Public Bank.
“Rumah ini asalnya rumah 2½ tingkat bango yang separuh siap. Rumah ini saya beli secara tunai dengan pihak bank kerana tidak boleh buat pinjaman. Rumah ii tidak ada CF dan kelulusan pelan rumah,” kata Adam dalam keterangannya kepada SPRM pada 10 Februari.
SIAPA LEO
SIAPA BEN
ADAKAH MEREKA
AJEN DAP?
AJEN MCA
AJEN AH SENG?
MAHU KACAU
PKR AMPANG
MAHU KACAU
ZURAIDAH
MAHU KACAU
AZMIN ALI
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
-------------------
Dlm byk banglo2 mewah yg dimiliki ahli politik melayu, 'banglo' ini yg sprm nak targetkan. Kemon la sprm. U must be jokin
BalasPadamAku tak tau la dokumen sokongan mamat ni tipu ke tak, aku cuma tengok rumah dia yang dalam gambar tu je. Dan aku dapati rumah tu takde la besar mana pun, takde la gah sangat. 2 kereta menyilang tu maknanya lebar 2x5m = 10m tambah ruang antara kereta tu katalah 3m jadi jumlah lebar rumah tu lebihkurang 13m, katalah 40 kaki. Panjang ke belakang mungkin 60-70 kaki, katalah 70 kaki. Jadi built-up dia 2,800kp setingkat. Rumah tu bukan 3 tingkat pun. Cuma 2 1/2 tingkat je. Itu pun yang 1/2 tingkat tu cuma saiz 1 bilik je, katalah 15x12 = 180kp katalah 200kp. Jadi jumlah built-up rumah tu lebihkurang 2800x2+200 = 5800kp je, tak sampai pun 6000kp. Dah tu tanah kampung melayu bukan tanah pembangunan residential pun, tu pasal dia boleh bina dan duduk tanpa sijil cf, serupa rumah kampung. Jadi dah tentu tak cecah rm1,000/kp. Kalau 1000/kpa pun baru 5.5-6juta, tak sampai 7 juta! Tapi aku anggar ini cuma lebihkurang rm200/kp jadi harganya lebihkurang rm1.16juta iaitu anggaran 1-1.5juta je, jauh rendah dari dakwaan 7juta! Dan tanah dia pun bukan besar, kiri kanan kecikkkk je, dan laman depan pun tak besar, berlambak rumah kampung yang laman depan berganda lebih luas. Dah tu bumbung tu bukan ada apa special bukan mahal pun, cuma bentuk kon je. Tapi untuk mengolah persetujuan orangramai, gambar diambil dari perspektif atas menunjukkan bumbung-bumbung kon, lalu diberi label banglo disney supaya rumah kampung ini dibayangkan imej sangat gah sangat besar dan sangat mahal berbanding sebenarnya. Isk isk isk otak putar tol!
BalasPadamkt mesia nie berLambak'2 Lg bangaLo mewah yg terLebih mewah dr bangLo adam nie, sprm tak nk g siasat ke?
BalasPadamBila bebudak lol buat kerja mana boleh pakai
BalasPadamTong TAIK yang besar busok tak di cari , rumah sengkek tuh di kejar nya
Common sense tau lah nih semua bising bising biar Rakyat lupa Bilyon Bilyon magik
Bahalol
Dah KIOK tau lah seksa kubor
Ada kerja tak nak buat lurus bendol tapi gaji klaim semua nak cukup ikut lurus bendol
Bagus
Kita semua akan masok KUBOR , rasa lah nanti
Siapa tipu Siapa , kata Setan.....