F.BOOK
Semalam, aku datang ke program santai bual bicara bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad. Program tu diberi hashtag #FELDA100Hari yang dianjurkan Indienomics dan juga BN Youth Volunteer. Mulanya bila nampak perkataan BN ni aku memang kelat nak datang. Tapi disebabkan aku dibesarkan di tanah rancangan Felda, aku hadir ke program ni meninggalkan kapasiti pro-pembangkang di rumah sewa. Tambah lagi ada disebut makanan ringan disediakan.
Steady tak steady program ni, aku datang pakai t-shirt, seluar jeans dan sandal dengan rambut half top knot bila ramai orang lain yang pakai kemeja, seluar slack yang diseterika tajam dan rambut disikat kemas. Tapi aku tak peduli. Aku datang nak tanya soalan. Bukan nak berlawan siapa pakai lagi kemas.
Sebelum program bermula lagi, Mutalib Uthman dah kenalkan aku terus ke Tan Sri. Tan Sri Shahrir Samad adalah Pengerusi FELDA kedua yang aku bersalam selepas Tan Sri Yusof Noor. Bezanya kali pertama aku hanya bersalam untuk upacara penyampaian sijil. Kali ini, aku ambil kesempatan untuk bercakap dengan Tan Sri Shahrir Samad.
"Tan Sri, saya ada soalan nak tanya ni. Dari semalam lagi saya dah susun ayat"
Tan Sri mengangguk dan ketawa. Suasananya sempoi, santai dan tidak skema. Aku makin bersemangat dengan program ni.
Selepas permulaan acara yang sangat ringkas, Tan Sri terus membuat presentation mengenai Felda. Sejarahnya, masalahnya sekarang dan ke mana hala tuju Felda selepas 100 hari beliau menjadi Pengerusi FELDA.
Ada disebut mengenai akta-akta yang berkait dengan FELDA yang ramai terlepas pandang. Ada juga disebut mengenai urus niaga bersama PT Eagle. Ada juga disebut mengenai projek perumahan generasi baru Felda. Semua input dalam semua slide, memang cukup untuk difahami untuk manusia yang hanya ada SPM. Namun, bukan itu sebabnya aku ke sini.
Aku tak berminat nak tahu FGVH fiasco, jual beli hotel di UK, dan apa saja isu yang sebenarnya boleh dijadikan modal politik. Berikut adalah soalan aku;
"Ada tak FELDA mempunyai inisiatif atau alternatif untuk memperkasa generasi baru FELDA supaya dapat berbakti kepada tanah rancangan itu sendiri?"
Ya. Aku memang sebut perkataan inisiatif, memperkasa dan berbakti.
Masalah ini sebenarnya dibangkitkan oleh kawan aku. Soalan ini buat aku berfikir dan program ini memberi peluang aku bertanya.
Masalah ini juga aku ada terbaca dalam karya Chuck Palahniuk yang bertajuk Survivor yang mana ada isu generasi-generasi baru meninggalkan kampung halaman berlaku. Ini dinamakan Hollowing Effect yang disebut oleh Tan Sri sendiri dan ianya berlaku bukan hanya di tanah rancangan FELDA malah di serata dunia. Antara implikasi hollowing effect adalah apa bila sesuatu tempat menjadi kosong akibat penghijrahan, sebuah tempat lain akan menjadi sesak. Sebagai contoh, apabila generasi baru FELDA meninggalkan tanah rancangan, maka bandar-bandar yang menawarkan peluang pekerjaan akan menjadi sesak.
Isu ini nampak macam kecil tapi ini adalah sebenarnya hala tuju FELDA untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Bila dah takde orang nak duduk dekat FELDA, FELDA nak jadi apa? Yang aku nampak, FELDA akan menjadi satu lagi 'kilang' yang diusahakan oleh pekerja asing.
Soalan aku dijawab Tan Sri dengan kemampuan beliau. Sebagai seorang Pengerusi FELDA. Jawapannya tidaklah memuaskan hati aku tapi aku harap soalan aku dapat membuka mata orang lain. Sebab kalau boleh, aku nak generasi baru FELDA untuk kembali ke tanah rancangan dan berbakti.
Berbakti bukanlah hanya menjadi peladang seperti generasi pertama. Apa yang aku nampak, generasi baru FELDA cenderung untuk keluar daripada tanah rancangan kerana tiada peluang untuk kekal kerana ketandusan peluang pekerjaan dan tempat tinggal. Aku harap, aku ada peluang lagi nak bersuara.
Jadi lepas program tu habis, Tan Sri tak terus balik. Sempat lagi beliau berborak dan bergambar dengan hadirin. Aku pun sempat juga berbual dengan wakil-wakil BNYV yang ketara wakil Barisan Nasional. Aku memang tinggalkan fahaman politik aku dan dengar apa yang mereka nak sampaikan. Berbaloi. Soalan aku yang tadi tu seolah-olah makin terjawab. Aku dah nampak idea.
Kalau korang nak tahu, masa dalam kelas pun aku tak suka angkat tangan dan bertanya soalan. Dan masa menulis status Facebook yang panjang ni, ada lagi benda yang aku tertinggal nak tulis.
Tahniah sekali lagi kepada Indienomics dan BN Youth Volunteer untuk program yang power dan terima kasih Shahzul IzzilSham Al-Rashid Zulkefli sebab hasut aku pergi program BN macam ni.
Nota kaki: Alhamdulillah, aku sorang je yang judge diri sendiri sebab pakai t-shirt gambar tengkorak bergambar dengan Ahli Parlimen Barisan Nasinal
------------------------
"Hollowing Effect" mungkin disebut 'pengungsian', dlm bahasa Indonesia yg antara lain membawa ma'ana 'pengosongan'.
BalasPadamGejala ini dan seumpamanya, bukan saja berlaku lantaran penghijraan dari tanah rancangan ke pusat2 berlaku pembangunan ekonomi,
ttpi juga dari kampong2 dan pekan2 kecil. Juga berlaku merentasi sempadan nasional, sebagai contoh, Bandar Surabaya semakin lengang natijah penghijrahan penduduk asai Jawa dan Madura dikenali sebagai TKI (tenaga kerja Indonesia) yg merantau ke Malaysia, Timur Tengah, China dll kerapkali, untuk mencari pekerjaan yg sukar ditempat asal atau berhadapan dgn kadar upah yg sangat rendah.
Penghijrahan secara besar besaran dan implikasinya berkemungkinan menjadi satu gejala utama yg mendasari dinamiks sosiopolitiks pada abad ini.