PENGALAMAN
UNTUK
PENCERAHAN
f.book
Selepas SPM dahulu saya pernah bertugas secara separuh masa di sebuah sekolah tahfiz di kampung berhampiran bandar tempat saya tinggal.
Tugas saya ialah mengajar subjek Bahasa Inggeris. Apa yang saya lihat pada ketika itu terdapat beberapa masalah ketara yang dihadapi sekolah berkenaan.
Pengurusan sekolah itu begitu berserabut dan tidak teratur. Kawalan disiplin terhadap pelajar juga bukan menggunakan kaedah bersesuaian sebaliknya hanya hukuman berbentuk fizikal. Penyediaan makanan, tempat tinggal dan infrastruktur sekolah ini sangat menyedihkan.
Pada ketika itu (atau saya tak pasti pada masa sekarang juga), kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang nakal dan dilihat tidak mempunyai potensi akademik ke sekolah ini. Ibu bapa ini seperti beranggapan pendidikan agama boleh memberikan ruang pembaikan diri kepada anak mereka.
Namun bagi saya, ibu bapa ini tersilap, kebanyakan institusi tahfiz di negara ini tidak diuruskan dengan betul dan kebanyakan ustaz atau ustazah yang mengajar di sekolah berkenaan juga tidak mempunyai ilmu pedagogi dan pendekatan psikologi dalam mengajar anak-anak.
Hari ini tragedi menimpa Almarhum Thaqif, melalui nota-nota ditulisnya, adik ini amat berharap menjadi seorang insan yang mampu mencapai cita-cita menghafal al-Quran, namun cita-cita ini tergendala kerana sistem pendidikan tahfiz yang berkecamuk dan tidak membina cita-cita ini.
Kaedah kawalan disiplin di institusi tahfiz sebenarnya perlu dilihat dengan telus dan teliti kerana sistem ini bergerak seperti dalam kerangka pemikiran talibanisasi dan membina satu ruang hukuman yang luas kepada guru dan menjadikan pembangunan kendiri murid berada pada tahap rendah.
Kini apabila saya pulang ke kampung dan singgah di pekan, saya ada juga terserempak dengan beberapa orang bekas anak murid tahfiz berkenaan dan jelas mereka masih mencari-cari arah hidup sebenar serta tidak mampu memecah belenggu sosial yang mengikat mereka.
Pada saya mudah, sistem pendidikan tahfiz (jika mahu terus dilaksanakan) perlu diuruskan oleh mereka yang berkelayakan dan memiliki kapasiti kewangan bagi membolehkan infrastruktur di sekolah dibina dengan baik untuk menjadi tempat pembelajaran yang kondusif.
Asrama perlu ditetapkan untuk mereka yang berusia 15 tahun ke atas sahaja dan penggajian guru perlu dibuat secara profesional.
Ini mungkin langkah permulaan yang boleh diambil untuk mengelak kanak-kanak melalui zaman gelap di waktu masa depan mereka sedang cerah.
------------------
Nasi sudah jadi BUBUR
BalasPadamAnak sayang sudah jadi ARWAH
BEWAK sudah jadi GERGASI
Tanah air jadi JIRAT CINA
Ngomong apaan sih........
dah TELAN?
BalasPadamTahpiZ penghafaL berpotensi it'u sudaH allahyaham sudaH MeninggaLkan duniya kita. ..itu Sahaja kaH yg kita nampaK... ? R. I. P Dia sudaH Aman d sana.. Sekarang Kita harus meLihat penghafaL2 yg sudaH menjaDi burung2 Tiong agama, SaLesman agama penghapaK alQurAn... .ini goLongan sangat bahaya akan mengangkat naiK zakar naiK menjaDi presideng agama isLang berpandukang patuk2 syariah compliance compLiang isLang reka-ang umnQ pas UG ongLy.. .aminnn
BalasPadam