WAK
Pas tak tahu Nasharudin terima atau tak dana 1MDB'
Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malah parti juga tidak tahu sama ada benar atau tidak Nasharudin menerima dana daripada 1MDB.
“Bagi kita, Nasharudin sudah tiada kena-mengena dengan Pas. Beliau hanya ahli biasa dan bukan pimpinan Pas, jadi kalau nak kaitkan dengan Pas, ini satu tuduhan palsu.
WAK MUSTAR
INI BERCAKAP
BENAR JUJUR
WAK MUSTAR
TAK TAHU DUIT
TAK MAKAN
DEDAK AYAM
WAK INI
TUKANG KEBUN
WAK BERSIHKAN
PARTI BULAN
--------------------
Bagi kita, Nasharudin sudah tiada kena-mengena dengan Pas. Beliau hanya ahli biasa dan bukan pimpinan Pas
BalasPadamWow! Ayat ini menyerlahkan konsep sebenar yang diamalkan parti pas, sedangkan selama ini mereka bermatian berkata mereka mendokong konsep islamik yang diajar Rasulullah. Jelas kini di bawah pimpinan sedia ada, konsep yang mereka amalkan makin tergelincir. Ahli biasa parti tidak ada apa-apa nilai pada beberapa kerat yang memegang tampuk kuasa. Yang menjadi ketua dibezakan dengan disediakan kerusi empuk berbanding golongan menengah dan bawah yang cuma dapat kerusi plastik atau tikar getah. Tidak hairanlah ramai yang memegang jawatan tinggi dalam parti ini turut hanyut mengikut arus kemewahan dunia dengan kereta mewah dan mungkin juga banglo tersergam masing-masing. Yang menjadi ketua tertinggi dikandar dan diarak atas persemayaman khas untuknya sedangkan tukang kandar adalah golongan bawahan. Mungkin ini simbolik pada saat ia bakal dikandar ke tapak perkuburan untuk menjawab segala soalan dihujahkan malaikat kelak? Sedih bagi aku, sebab aku yang tidaklah sewarak para ustaz ini, sudah sekian lama nak muntah hijau dengan konsep VIP ni!