DALAM SISTEM
KAPITALIS
AH LONG
IALAH BANK
SI MISKIN
& TOTO IALAH
BURSA SAHAM
SI MISKIN
Semua kaum suka cari ah long
SEMUA orang tanpa mengira kaum suka mendapatkan sindiket pinjaman wang haram ah long dengan alasan-alasan tertentu.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong berkata, setiap kaum mempunyai alasan mereka sendiri apabila ingin memperoleh pinjaman wang daripada ah long.
"Bagi kaum Cina, kebanyakan mereka melakukan pinjaman wang kerana mahu judi, manakala kaum Melayu dan India pula cenderung menyertai skim cepat kaya.
"Inilah kesimpulan yang boleh saya nyatakan sepanjang masalah dan aduan yang diterima. Lebih kurang 70 peratus kaum Cina yang saya temui memberitahu mereka terpaksa meminjam wang dengan ah long kerana mahu berjudi.
"Akhirnya mereka bukan sahaja tak mampu membayar pinjaman ah long, malah akibat sikap tamak, ahli-ahli keluarganya turut menjadi mangsa," katanya kepada China Press.
Beliau berkata, seperti kaum Cina, kebanyakan kaum Melayu dan India membuat pinjaman wang dengan ah long kerana mahu cepat kaya.
"Ramai kaum Melayu dan India suka sertai syarikat-syarikat yang memperkenalkan skim cepat kaya. Daripada pinjaman wang ah long, mereka sanggup buat pelaburan di situ kononnya dijanjikan pulangan lebih lumayan.
"Malangnya, boleh dikatakan hampir semua daripada mereka jadi mangsa penipuan," katanya.
Menurutnya, sejak 10 tahun lalu, kaum Cina adalah kaum paling ramai berurusan dengan ah long, iaitu kira-kira 80 peratus berbanding kaum Melayu (12 peratus) dan India (8 peratus).
"Bagaimanapun, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, sudah ada tanda-tanda menunjukkan semakin ramai kaum Melayu gemar mencari ah long, iaitu mencecah hampir 20 peratus berbanding kaum Cina dengan jumlah yang telah menurun kepada 70 peratus dan kaum India naik kepada 10 peratus," katanya.
NAJIB DAN
JHO LOW
ADA AH LONG
NAMA 1MDB
ANUAR MUSA
ADA AH LONG
NAMA MARA
PENJUAL
AGAMA
ADA AH LONG
NAMA ZAKAT
SEMUA SAMA
YB YB ADA
ALONG NAMA
JUAL KONTREK
JUAL PASIR
SEMUA SAMA
----------------
MASOK KUBOR tau lah
BalasPadamAh Long ke , Ah Hong ke , Ah Affin ke....
MASOK KUBOR , jawab lah kat ULAR ULAR dalam tuh.....
zaman dulu dulu dulu,
BalasPadamdipanggil "ROBIN HOOD"
tapi pada zaman skarang
ada "ROBBING HOOD" pulak?!?!?!
wa MAO tanya, ada "SONGLAP HOOD" tak?
jangan marah ok?