Rabu, 3 Mei 2017

BANI MELAYU DIKEPONG





PSIKIK MELAYU DIKEPONG

Minggu lalu Parti Islam PAS  selesai dengan Muktamar ke 63 di Alor Star. Salah satu usul yang diterima oleh Muktamar tanpa perbincangan ialah meminda Perlembagaan Malaysia. Pindaan ini bertujuan untuk memastikan hanya warga Islam  (baca Melayu) sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang tersirat dari usul ini?  
Usul ini tidak menjadi hu hah hu hah dan heboh saperti  RUU355 tetapi ianya membawa makna dan implikasi yang mendalam terhadap apa yang kita semua kenali sebagai Malaysia.  Saya cukup yakin usul PAS ini juga adalah manifestasi dari psikik Bani Melayu dalam konteks persoalan nasional.

Pada hemat saya usul ini adalah benteng pertahanan garis  belakang dari  Parti PAS. Atau lebih tepat lagi usul ini bertujuan sebagai langkah pertahanan berjangka panjang. Apa yang ingin dipertahankan oleh PAS ialah hegemoni Ketuanan Melayu.

Mungkin ada yang bertanya - bukankah  konsep KETUANAN MELAYU ini milik parti United Malays National Organisation. Bukankah Pas ini parti Islam yang TIDAK berkiblatkan bangsa-bangsa.

Perlembagaan Parti Islam tidak berkiblatkan bangsa-bangsa. Parti ini dibuka kepada  sesiapa sahaja yang beragama Islam. Tetapi suasana politik dalaman dan luaran telah menjadikan Parti Islam ini mengambill garis baru  yang asasnya ialah psikik Melayu yang telah lama mengenap dan terpendam dalam sanubari ahli-ahli  Pas.

Kebelakangan ini   telah wujud garis pertemuan antara Parti Islam dengan parti United Malaya National Organisation. Parti Pas dengan jubah Islamnya kini mendakap  dan menyokong hegemoni ketuanan Melayu. Dalam masa yang sama parti United Malays National Organisation  pula telah mula  berwuduk untuk bersama sebaris dengan PAS.

Serangan PAS terhadap parti DAP adalah bukti yang jelas dimana psikik Melayu yang terpendam dalam PAS  telah dipergunakan oleh pemimpin parti Islam dalam usaha mencari pengaruh dan menabung kuasa.

Tidak tanduk parti Islam ini adalah jawapan Bani Melayu terhadap Yang Lain. Ini adalah manifestasi psikik  Melayu yang merasa dirinya sedang dikepong.
Melayu merasa dikepong atau terkepong?

Dikepong atau terkepong - mimiliki nuansa perang. Dikepong bermakna dalam kedaaan kurang selamat. Soldadu Peranchis  di Vietnam dikepong oleh gerila Vietcong diwilayah  Dien Bien Phu pada tahun 1954. Dari kepongan ini mereka diserang dan akhirnya kuasa kolonial Peranchis  mengaku kalah. Tentera Amerika di Saigon dikepong oleh gerila Ho Chin Minh pada tahun 1975 dan akhirnya mengaku kalah.

Dikepong dalam kontek persoalan nasional yang saya  bincangkan ini memiliki dua jalur. Jalur pertama Bani Melayu dikepong oleh United Malays National Organisation. Pengepongan ini dilakukan secara licik, secara tersusun dan ada  pengepongan yang dilembagakan.

Apa yang dikepong ialah minda dan fikrah Bani Melayu.  United Malays National Organisation tidak akan membenarkan fikrah dan minda Bani Melayu menjalar bebas. Fikrah Bani Melayu wajib disimpai dan dibongsaikan.

Fikrah Bani Melayu yang bongsai dan bantut adalah wilayah yang subur untuk parti Ketuanan Melayu Melayu ini menanamkan ketakutan. Ketakutan ini adalah sebahagaian dari unsur psikik Melayu. Apa yang menakutkan fikrah Bani Melayu ialah Yang Lain. Yang Lain disini ialah  Bani China. Bani Melayu terus menerus ditakut-takutkan dengan ‘ hantu china’.

Dengan bijak dan tersusun United Malays National Organisation telah menggunakan babak babak sejarah Tanah Melayu yang bersangkutan dengan Yang Lain. Babak-babak ini diulang cetak dan ulang sebar dalam usaha untuk menakutkan Bani Melayu.

Contohnya - babak kemasukan Bani China dan India ke Tanah Melayu diulang sebar tanpa memberikan satu analisa tuntas. Sesekali terpancut ucapan pemimpin parti Ketuanan Melayu ini menuduh parti  Malaysian Chinese Association (MCA) sebagai ‘tidak berterima kaseh’. Atau kesah-kesah  ‘selendang merah’ atau kesah ‘ parang panjang’ terus dimitoskan  sehingga menjadi sebahagian dari psikik Melayu.

Hingga ke hari ini tidak ada pula satu kajian ilmiah yang dapat memberi satu cadangan jalan penyelesian permasalahan nasional.

Parti  United Malays National Organisation  terus menggunakan babak-babak sejarah ini sebagai taktik mengepong fikrah Bani Melayu. The Other/ Yang Lain  menjadi senjata yang amat mujarab untuk memagar  minda dan fikrah Bani Melayu.

Jalur kedua dalam usaha pengepongan ini ialah dengan memastikan Bani Melayu terus bergantung dengan United Malays National Organisation. Pergantungan utama ialah ekonomi. Bani Melayu yang ekonominya tidak semaju ekonomi moden diberi nafas  agar terus bergantung dengan United Malaya National Organisation.

Parti Ketuanan  Melayu ini dikatakan sedang gila babi berusha untuk menambah  baik ekonomi Bani Melayu.  Tanpa parti United Malays National Organisation Bani Melayu yang tercicir ekonominya akan terus tercorot akan hilang dari bumi ini.

Fikrah Bani Melayu yang sudah dikepong kini  menjadi bongsai sehinggakan tidak lagi dapat memiliki minda yang rasional. Bani Melayu menjadi tidak rasional apabila merasa takut. Bani Melayu dalam ketakutan dan merasakan  diri mereka akan diteggelami oleh Bani China.

Meminda Perlembaagan Malaysia untuk memastikan hanya Melayu/Islam sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri adalah hasil dari pengepongan dan pergantungan ini.  Secara tidak rasional Bani Melayu yang jumlah lebih ramai dari Bani China atau India tetapi merasa takut kepada kumpulan minoriti.

Kebongsaian ini telah menjadikan kumpulan majoriti takut kepada kumpulan manoriti. Ini adalah sebahagian dari ciri, pola dan watak psikik Melayu.

Parti United Malays National Organisation telah mengambil kesempatan melalui psikik ketakutan Bani Melayu ini. Ketakutan terhadap Bani China ini telah menjadikan Bani Melayu bebal dan tidak memiliki fikarah  yang bebas terbuka.

Sayugia dingatkan bahawa mengambil kesempatan dari psikik ketakutan Bani Melayu ini bukan  hanya dieksploit  oleh United Malays National Organisation sahaja. Fikrah yang bongsai ini amat-amat disukai oleh para  Towkay dan Cukong. United Malays National Organisation mengambil peluang meraih sokongan politik dari psikik ketakutan Bani Melayu. Manakala dari parti MCA dan para Cukong mereka meraih keuntungan ekonomi.

Kalau parti DAP mahu mewujudkan Malaysian Malaysia - parti MCA ini lebih licik. Ianya tidak menganggu gugat sentimen Bani Melayu. Parti ini amat gumbira sekali jika suasana yang wujud saperti hari ini terus wujud sampai kiamat.

Parti Cukong ini juga tidak mahu fikrah Bani Melayu bebas merdeka. Parti MCA dan para Cukong sentiasa  mahu Bani Melayu bonsai dan bodoh. Dalam kebodohan dan kebebalan Bani Melayu ini maka para Cukong boleh berkenduri kendara merampok dan menjarah  tanah-tanah milik Bani Melayu.

Lihatlah sahaja bagaimana para Cukong yang diwakili oleh MCA telah mengubah rupa bentuk kota dan pekan Melayu. Saya telah menimbulkan tentang Bangsar South atau Gombak East. Ini hanyalah manifestasi dalam usaha untuk mengubah sejarah, tradisi dan  rupa bentuk Tanah Melayu. Ini dilakukan dengan licik sehinggakan Bani Melayu yang fikrahnya telah bongsai lagi  takut tidak  lagi memiliki kesedaran nasional bahawa tanah air mereka sedang digadai.

Saya cukup yakin Parti MCA dan para Cukong ini amat-amat bergumbira dengan keadaan yang sedang wujud sekarang. Parti MCA dan para Cukong malah Yang Lian juga amat gumbira melihat Bani Melayu dibungkus oleh psiskik takut terkepong. Manakala  kepimpinan  Bani Melayu pula  bodoh dan senang dirasuah.
Mari kita putar ke belakang saketika. Lihat kembali zaman kerajaan Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada ketika itu  tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  Singapura tidak terjual kepada Lee Kuan Yew walau pun berkali-kali dilamar. Masuk sahaja Najib Rosmah - dengan sakelip mata sahaja tanah KTM ini terus hilang lesap. Apa maknanya ini?

Ini maknanya para  Lee Kuan Yew  , para Cukong,  para Towkay  dan juga para penyokong MCA amat-amat gumbira jika pemimpin Melayu ini bebal, bodoh, bermasaalah dan korup. Lagi korup pemimpin United Malays National Organisation - lagi besar keduri para Cukong.

Wajib juga diumumkan  bukan sahaja pemimpin politik korup sahaja yang disanjung oleh para Cukong - malah para pegawai Bani Melayu dalam semua jabatan kerajaan yang korup turut sama dirayakan oleh para Cukong.

Bukti yang amat jelas baru berlaku. Ini dengan berita  SPRM menangkap seorang YB yang juga Exco Tanah kerjaaan Johor. YB ini  telah lama dirayakan oleh para Cukong kerana peranannya mengubah dan menjualkan tanah milik Bani Melayu kepada Bani China.

Ini bukan lebong Hishamuddin Rais. Ini berita dan fakta dari mahkamah Johor Bahru. Hakikatnya lagi korup pemimpin Melayu itu lagi dirayakan oleh para Cukong. Lagi bodoh pemimpin Melayu itu lagi gumbira sambutan dari Yang Lain.

Tertangkapnya YB dari Johor ini telah membuka kitab yang maha luas. Kitab ini ialah kitab Forest City di Johor. Sekali pandang ianya hanyalah ‘ real estate’ atau ‘ jual beli hartanah’. Tetapi di Malaysia ini jual beli hartananah ini memiliki implakasi politik yang amat amat besar.
Malah Forest City  hanyalah lubang kecil yang akan memecahkan tembok besar. 

Forest City hanyalah lubang jarum - walau pun Bani China  dari China Merah yang akan datang hanya  berjumlah 700,000 orang - tapi yakinlah ini ialah - lulus jarum lulus kelindan. Forest City adalah permulaan awal dimana dalam masa yang tidak lama seluruh Tanah Melayu ini akan tergadai kepada Bani China. Kali ini Bani  China datang dari China Merah.

Sejarah berulang kembali. Dulu Bani China dibawa oleh Inggeris. Kedatangan mereka ditentang  oleh para nasionalis Melayu. Hari ini Bani China meloroh masuk kerana di jemput oleh Parti Ketuanan Melayu.

Apa akan terjadi?  Apakah minda Bani Melayu yang dikepong akan pecah. Apa akan terjadi dengan persoalan nasional yang masih lagi belum selesai. Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






--------------------

2 ulasan:

  1. SOKONG!

    puak melayu dari INDIA,
    ke puak melayu dari JAWA,
    ke puak melayu dari PAS,
    ke puak melayu dari PAS KELANTAN aje?

    Si madey tu, dulu INDIA, lepas tu MAMAK, sekarang MELAYU,
    bulan depan APA?
    tahun depan APA?

    MAKIN LAMA MAKIN "CUNT FIUS"
    MAKIN BODOH SOMBONG

    WA SOKONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR HAR

    BalasPadam
  2. melayoooo ORI ke, melayoo CELUP?

    mana lagi ada ORI,

    semoa pon dah celup

    BalasPadam