HARI KEDUA
pagi tadi kl agak panas
tak sepanas mana
masih enak nyaman
tengah hari redup
bumi kuala lumpur
dipayungi awan
ah! indahnya hidup ini
tetiba jam lima lebih
awan yang berkumpul jadi marah
awan jadi berat hitam dan bengis
kilat petir sabung menyabung
hujan turun
gua baru sabentar membawa
tak tak dan ezi ke luar rumah
belum sempat ke padang kubur
hujan menyerang
ah! indahnya hidup ini
malam kelmarin gua
bersahur di kampong baru
jangan datang awal
gua sampai lewat dua pagi
dah kurang sibuk
tempat bersahur masih yang sama
warung asmara
hampir satengah jalan raja alang
telah di payungi oleh khemah
kali ini lebih luas
kali ini lebih gempaq
dari tahun lalu
jumaat malam
sabtu malam
ada pasar barang terpakai
ada pasar bundle anak muda
untuk yang ada masa
sila datang menyelam
mencari mencari mencari
agar terjumpa
petang ini gua puasa dirumah
kata orang belgium
'rien special'
tapi gua ada beli jering muda
harga dah melambung tinggi
lapan ringgit satu kilo
barang barang naik harga
di pasar malam jln raja alang
kembung 23$ satu kilo
sardin 16$ satu kilo
ikan susu 18$ satu kilo
tenggiri 45$ satu kilo
gua selalu bertanya
bagaimana agaknya
satu keluarga buruh
hidup dalam kota ini?
yang ini gua tak ada berita
yang ini gua mahu dengar cerita
selamat
berbuka
------------
Aku simpati pada keluarga buruh ibukota. Tulus. Macam tt, aku pun tak tau bagaimana mereka dapat mengharung hari-hari yang semakin memanjang setiap purnama. Aku saran tt berbuat baik dengan pakcik dbkl samada pengutip sampah atau tukang kebun atau tukang sapu jalan (bukan tukang sapu duit rakyat!) dan bertanya persoalan ini direct pada kumpulan ini, barulah kita semua dapat tahu keperitan mereka terutama yang ada beberapa tanggungan. Perlu juga ingat, keperitan ini bukan terhad pada buruh ibukota, tetapi juga merantai buruh desa tanpa mengira warna kulit. Kesian :( lebih lagi bulan puasa ni.
BalasPadamnaseb bayek, hujan aje yang TURUN...!
BalasPadamsedeh............
Tukang sapu jalan bukan pekerjaan hina.
BalasPadamTukang sapu duit rakyat 2.6 bilion kali hina.