Jumaat, 12 Mei 2017

MENIPU SHAHBAN PULAAAAK





CABUTAN

BERTUAH TAK

MAHU LAYAN

TIDAK ADA

LAIN JALAN

TANGKAP 

PAKSA

MASIH 

KURENG

PAKSA 

PELAJAR

TAHFIZ 

TIPU PULAK

DENGAN

NEPU SAHBAN

Ada siswa mengaku dikerah ke acara Umno cara 'kotor' 

Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.

Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.

Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.

“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.

“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.

Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

'Kami ada parti sendiri'

Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.

“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.

Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.

“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.

Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.

Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.

Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

“Pada awalnya dia kata datang program lain, tapi rupanya program Umno. Kami dari pagi lagi ini, penat sangat dah dan tak tahu dah nak pergi mana, kalau tahu program macam ini kami tak datang,” katanya yang mendakwa dibekalkan wang sebanyak RM10 setiap seorang.

Pelajar tahfiz baca Yasin

Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya.

Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan Yasin sempena Nisfu Syaban dan menafikan terlibat dengan politik.

“Kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab Nisfu Syaban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan  Tuan Haji Ahmad Zahid nak sambut Nisfu Syaban,” katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.

Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari tadi sebelum menunggu kedatangan Najib.

Pengunjung ke acara itu berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno berkaitan perkara ini.

TANGKAP

TIPU PAKSA

AHLI TAK

DATANG KE?

KAH KAH KAH


--------------

7 ulasan:

  1. SEREMBAN: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM101 kepada seorang anggota sukarelawan polis, tahun lepas.
    Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohamad Daud Abdullah, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
    Mengikut fakta kes, Daud didakwa memberikan suapan itu kepada Konstabel Peh Chee Chong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bersama seorang wanita.
    Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan S2 G2 Garden Avenue, Seremban 2, pada pukul 11.20 malam, 9 Jun tahun lepas.
    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

    cuba bagi satu juta kes tak sampai mahkamah le, kah kah kah atau derma rm 90 juta terus dapat audi, vellfire kah kah kah

    BalasPadam
  2. Nama pun umnoh

    Kalau tak tipu kencing tak hancing lah

    Bukan Bida'ah kata nya

    BalasPadam
  3. Celaka patut semalam jem teruk kat mex.semua dikerah rupanya.kalau tak ada kerahan dan sukarela confirm yang ada dalam stadium cuma kumpulan spesis madedak-makan dedak dan kerusi plastik stadium menjadi pemerhati tetap tanpa berganjak

    BalasPadam
  4. fuyoo
    TERRER!

    melebihi sato ratos bas!

    wa ingat pakai MOTOSIKAL, kena tahan bole bagi alasan pergi MEETING, disamping "REMPIT"..........................

    kalo tak bole pakai basikal, bagi alasan sama, disamping "LANJAT"..........

    BalasPadam
  5. ha ha har
    dah kena kencing

    tapi
    kencing tu, hikmah jugak!

    mungkin boleh jadi "Kencing Man"

    p.s. jangan "Kencing Manis" dah cukup........

    BalasPadam
  6. Songlap duit berguni2, kemdian beli porsche panamera lebih mulia drp kerja keras banting tulang 4 kerat utk sara anak bini!

    BalasPadam

  7. 100,000 nie dah melanggar akta AUKU ke... atas kesalahan berpolitik dan menyokong barisan penyangak...

    100,000 korang dengar sini bebaik... hari nie korang kena kencingkan, nnti pru14 ke 15 ke..

    korang lencunkan dia-orang dengan kencing korang pulak... takpe dik.. sabo... korang tunggu je turn korang...

    kasi kahak sikit yea

    BalasPadam