Rabu, 17 Mei 2017

PUBLISITI UNTUK BUKU HANNAH




HAM 

DULiL


Serangan terhadap Hannah tak berasas - Nik Nazmi

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan tuduhan bahawa Speaker Selangor, Hannah Yeoh memiliki dan membawa agenda Kristian sebagai tidak berasas.
Menurutnya, sepanjang mengenali Hannah, ADUN Subang Jaya itu merupakan penganut agama Kristian yang komited terhadap kepercayaannya, namun berdedikasi kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik.
"Sebagai ADUN pula beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani dan sentiasa berusaha keras untuk memastikan sekolah-sekolah agama di kawasan Subang Jaya mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada kerajaan negeri.
"Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
Hannah hari ini membuat laporan polis terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Yusoff kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Antara lain, Kamarul mendakwa dalam biografi yang ditulis Hannah bertajuk Becoming Hannah (Menjadi hannah), ADUN itu mengaku penglibatannya dalam politik dibantu pihak Kristian.
Malah, dakwa Kamarul, Yeoh menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah mengenai agama Kristian.
Kamarul memetik beberapa petikan dalam buku itu, antaranya yang menyebut Yeoh mendedikasikan hidupnya untuk tuhan (halaman 23), mengukur dirinya sebagai “child of God” (halaman 89) dan mendedahkan impiannya sebelum ini untuk menjadi mubaligh (halaman 108).
Hannah ketika menafikan dakwaan itu berkata buku tersebut memaparkan kisah peribadi dan kerana itu diberi tajuk Becoming Hannah, bukan Becoming DAP (Menjadi DAP) atau Becoming a Christian (Menjadi Seorang Kristian).
Berkaitan isu sekularisme, beliau menegaskan ia adalah konsep yang memisahkan kuasa dan pentadbiran daripada institusi agama dan “bukannya menolak agama”

TERIMA KASEH

KERANA BUAT

LAPORAN POLIS

INI PUBLISITI

TERBAIK UNTUK

MENJUAL BUKU

KALAU TAKDA

HEBOH GUA PUN

TAK TAHU SAPA

DIA HANNAH NI

SEKARANG GUA

CEPAT CEPAT

NAK BELI BUKU

NANTI GUA

KELUAR BUKU

TOLONG CEPAT2

BUAT LAPORAN

BUKAN PD POLIS

PADA KETUA

TWITER NEGARA

MERCI kamarul 

amin







---------------------

4 ulasan:

  1. Tak sabar nak tunggu buku atok tt yg baru keluar.yang tempat menarik di malaysia.mesti laris kepada traveler di malaysia.kalau nak jadikan laris seantero dubia nanti boleh buat bahasa inggeris atau translate pada bahasa germani tontonwi atau japon ozawa.nanti bukan maria ozawa je yang suka datang malaysia.nanti dia ajak kawan seperjuangan dia sekali.baru boleh cuci mata dan cuci segala kantung yang ada.hello malaysia

    BalasPadam
  2. Oi tt! Aku pun tak tau sesiapa jantan atau betina mahupun khunsa yang mak bapak dia bagi nama kamarul yusof. Bila aku baca posting kau nak baru aku tau ada rupanya hamba Allah yang bernama kamarul yusof. Punyalah terkejut aku, sebab setelah sekian lama merantau akhirnya terjumpa nama begitu. Lepas ni kalau aku baca posting kau yang lain, tak taulah apa lagi nama orang pelik-pelik yang akan muncul? Ish ish ishhhhh menyesalllll aku baca blog kau ni tt!

    BalasPadam
  3. Budak bahalol nak klaim duit raya boh....

    BalasPadam
  4. tahap "terencat akal" aje, yang bole buat aduan kat polis?!?

    BalasPadam