Isnin, 1 Mei 2017

PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR






SANDIWARA

MUKTAMAR

Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara

ALOR SETAR - Semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail.

Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.

Bagaimanapun, Zulkifli bersetuju mandat membuat penilaian terhadap tahaluf mestilah diputuskan Majlis Syura Ulamak.

“Keputusan muktamad tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas. Apa sahaja keputusan akan dipatuhi,” katanya.


MAJLIS SYURA

AKAN KELUAR

HADIS DAN AYAT

UNTUK TERUS

BERSAMA PKR

LU TAK CAYA

FULUS LEBIH

POWER DARI

IMAN

LU TUNGGU

LU LIHAT NANTI

---------------

3 ulasan:

  1. Eloklah kita pecat dia sebelum dia pecat kita ...

    BalasPadam
  2. Zuhdi: 5 states, 40 parliament seats goal is not hot air
    MUKTAMAR | PAS formulate goals after running 100 simulations for each seat, says party strategist.

    Satu petang dalam bilik komputer masjid hijau al donasi:
    Pembantu: Dah boleh mula ustad, nak masukkan siapa?
    Lebai: Alhamdulilah syukran, akhirnya... ok kita mulakan dengan kerusi nombor 01. Bismillah dulu... ok, first mestilah letak pas, kita yang nak masuk bertanding, itupun kamu tak reti! Ok, kita nak buktikan kalau pertandingan 3 penjuru, kita boleh menang!
    Pembantu: Ooo... bijak la ustad, hehe. Lain nak letak siapa lagi ustad?
    Lebai: Ok, lawan pertama kita mestilah umno...
    Pembantu: Eh, bukan ke kita berpadu dengan umno, takkan berlawan?
    Lebai: Kamu apa tau, ini hal politik! Taip je nombor dua tu umno!
    Pembantu: Dah. Tapi ada nombor tiga kan?
    Lebai: Tau pun. Letak... ummm... pkr la.
    Pembantu: Ok, pkr. Sekarang kena letak parameter tempat mengundi...
    Lebai: Ok. Lokasi, semenanjung. Sabah, sarawak tu takyah buang masa la, bn kuat sangat.
    Pembantu: Ok dah. Jenis kerusi... jenis? Dia nak tau kerusi kulit atau kerusi plastik ke ni ustad?
    Lebai: Bangang betul kamu ni! Taip jenis parlimen! Hish!
    Pembantu: Ooo... ok dah. Taburkan pengundi? Apa pulak nak bagi berterabur?
    Lebai: Oi bangang! Taburan la! Taip melayu Islam >60%.
    Pembantu: Aaaa... dah. Ciri parti bertanding...?
    Lebai: Ok. Pas, letak melayu Islam... umno, letak... melayu, kafir... eh jangan, jangan, delete... biarkan kosong je, takyah isi.
    Pembantu: Ok, pkr?
    Lebai: Ummm... pkr... pkr... ok, pkr, terlalu berpecah... ok.
    Pembantu: Ok, siap dah isi semua, boleh tekan start...
    Lebai: Tekanlah!
    [Dalam masa cuma 26 minit...]
    Pembantu: Haaa! Dah, ustad, dah dapat keputusan!
    Lebai: Hah? [Terhenti berdengkur sebaik terkejut dari tidur duduk]
    Pembantu: Haaa! Ustad betul la ustad! Ustad memang pandai la! Ni, bawah ni, pemenang: pas!
    Lebai: Itulah, kan saya dah cakap, pas gerenti menang punye! Ok, sekarang ulang sekali lagi, cuma tukar 2 benda je. Parti pkr tu tukar ke bersatu.
    Pembantu: Ok, bersatu, dah.
    Lebai: Ciri parti bersatu pulak, tukar ke... ummm... aaa... ummm... ok, buat anti Islam.
    Pembantu: Eh, dokter mahathir dengan muhyiddin yassin tu anti Islam, ustad?
    Lebai: Ehhhh, kau taip je la, jangan banyak soal!
    Pembantu: Ok ustad. Dah ye? Saya tekan start.
    Lebai: Ok. [Sambung tidur]
    [27 minit kemudian]
    Pembantu: Dah siap ustad. Kita menang lagi!
    Lebai: Aaa.. [Menguap lebar] Ulang lagi sekali. Bersatu tu tukar ke dap. Ciri dap, kafir harbi. Dan korup. Kafir harbi, korup. Ok?
    Pembantu: Ok ustad, dah. Start...
    [28 minit kemudian]
    Pembantu: Dah ustad. Kita menang jugak! Hebat ustad hebat!
    Lebai: [Menguap] Ok, sekarang kita buat untuk kerusi nombor 02. Ulang 3 set semula serupa macam kerusi 01 tadi, semua ikut sama.
    Pembantu: Maknanya semua 3 set tu buat pertandingan 3 penjuru, pas lawan umno, kemudian lawan ketiga tukar antara pkr, bersatu dan dap?
    Lebai: Haaa, pandai pun kamu gunakan otak kamu tu! Jangan lupa setiap parti tu ikut ciri sama macam tadi, jangan lupa tukar ciri bila kamu tukar parti.
    Pembantu: Ye, paham ustad.
    Lebai: Bagus. Sekarang saya nak balik tidor dulu. Kamu teruskan buat sampai kerusi nombor 100, setiap kerusi tu buat 3 set dengan lawan nombor 3 tu gilirkan antara pkr, bersatu dan dap. Lepas magrib nanti tunggu saya sini. Bagi siap semua tau?
    Pembantu: Ok ustad.
    [Beberapa jam kemudian selepas magrib]
    Lebai: Mana? Dah siap?
    Pembantu: Aaaa belum ustad, baru nombor 04.
    Lebai: 04??? Kamu bangang ke? Kan saya suruh siapkan malam ni sampai nombor 100???!!
    Pembantu: Tau, tapi komputer ni slow giler! Tadi ustad pun sempat tidor nak siap satu.
    Lebai: Banyak la alasan kamu, nak mengata saya tidor pulak! Ok, sekarang kamu teruskan buat sampai kerusi nombor 100, jangan banyak alasan lagi. Dah siap nanti bagitau saya.
    ***Akan bersambung...

    BalasPadam
  3. ***Sambungan...
    [2 bulan kemudian]
    Lebai: Hah! Akhirnya! Ok takpe, nenek moyang kita dah pesan biar lambat asal selamat berjaya, hahah!
    Pembantu: Haha, memang berjaya ustad, dari 100 kerusi tu, kita menang semua sekali, kecuali 1 je ustad!
    Lebai: Haa?? Ada 1 kerusi kalah?? Macamana pulak boleh kalah, semua seratus tu sama je, patut keputusan pun semua sama!
    Pembantu: Haaa! Itu pasal la ustad, saya pun terpikir macam tu jugak bila dah sampai nombor 91 tu, saya rasa macam semua sama je takde pun beza, jadi masa nombor 92 tu saya dok pikir pikir, betul ke saya buat, kat mana silap saya sebab takut ustad marah nanti parah saya kena sebat dengan paip getah! Masa saya layan pikir gitu, saya tersilap taip...
    Lebai: Bangang! Benda senang gini pun kamu silap?!
    Pembantu: Sikit je silap dia ustad, saya cuma terlupa nak taip bahagian ciri parti tu, jadi pas, umno dengan bersatu semua kosong tak berisi, saya dah tertekan start terus. Keputusan dia bersatu menang.
    Lebai: Bersatu???!! Bukan umno???
    Pembantu: Taklah ustad, mana ada orang suka umno lagi sekarang. Lagipun, itu satu kerusi je bersatu dapat. Jadi kita masih menang 99.1, ustad!
    Lebai: 99.1??? Mana datang point satu tu??
    Pembantu: Tu yang bersatu dapat satu tu! Ala ustad, macam main bola, kan lawan score 1 gol je tapi kita score 5 gol, jadi kan kita menang 5.1 tu.
    Lebai: Ngok betul kau ni! Itu 5 dash 1 la, bukan 5 point 1. Hadoi!
    Pembantu: Ooo ye ke ustad, selama ni saya ingatkan 99 point 1 tu maksudnya kita menang 99 dan 1 point kena tarik dari kita.
    Lebai: Hadoi, ngok la kamu! Tu pasal kamu jadi ahli biasa kat bawah, saya jadi pakar strateji!

    BalasPadam