Selasa, 2 Mei 2017

SILA BACA SEKALI LAGI






SILA BACA

SEKALI LAGI

TULISAN INI

IANYA TELAH

DISIARKAN

PD 23/9/2015

BETUL TAK

KANDONGAN

RAMALAN

TULISAN INI?

KALAU GWA JADI NAJIB

Ketika tulisan ini digarap -  Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York.  Juga diberitakan suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga ngelencong ke Itali.

Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa  suami Rosmah akan singgah di London.  Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan. Tapi didesuskan suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi  mempertahankan Malaysia dan bani Ketuanan Melayu.

Tentang ngelencong ke Itali itu gwa tidak mahu komen. Faham  fahamlah tujuanya.

Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak  2.6 bilion ringgit kepada suami Rosmah  kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gwa amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia  sebagai negara  yang dikepalai oleh Calon FBI.

Hakikatnya berita akhbar dunia berkesah  tentang  suami Rosmah sedang terkepong. Terkepong dari dalam dan dari  luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berudur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.

Dua hari sebelum Peguam Negara menghatar surat pertuduhan kepada Muhamad Najib bin  Abdul Razak, suami Rosmah telah menendang keluar Ghani Patail si Peguam Negara. Kes pecah amanah tak sempat sampai ke mahkamah.

Belum sempat Badan Bertindak Khas Parlimen (PAC) mengeluarkan laporan 1MDB - ahli-ahlinya telah dilungkupkan dengan jawatan menteri. Satu lagi kes tutup.

Pegawai polis Cawagan Khas yang disangsikan kesetiaan telah diberi hadiah  Pingat Jokowi kemudian diterajang keluar.  Pengarah SPRM yang jujur dan berani dipaksa potong buah pinggang untuk dicutikan ke Amerika. SPRM menjadi senyap sepi. Pada ketika ini lembaga SPRM hanya sanggup melakukan sembahyang hajat.

Empat orang saksi dari SRC International Sdn Bhd dihilangkan. Dua orang dikhendaki oleh Bank Negara. Entah ke mana malaon-malon ini lesap. Empat ekor ini  terlibat dalam kes 42 juta ringgit duit dari syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. 

SRC International ini adalah  anak syarikat 1MDB - syarikat kerajaan. Jelas ada kes pecah amanah tapi saksi hilang. Kes tutup.

Tup tup Kevin Morais terjun masuk ke  dalam peti simin. Yang ini  gwa tak mahu cerita kerana simin telah lama beku. Sebelum Kevin masuk ke dalam tong simin  ada lagi berita yang lebih mengejutkan. 

Bekas Naib Ketua United Malays National Organisation Bahagian Batu Kawan telah berjaya membuat laporan polis tentang   'pengubahan wang haram/money laundring’. Laporan polis ini dibuat Switzerland, di London dan di Hong Kong.  

Yang dituduh membuat jenayah ‘money laundring ini’  ialah suami Rosmah. 

Tindakan Datuk Seri Khairuddin  Abu Hassan menggemparkan. Bukti kejayaan terpampang. Akaun 1MDB telah dibekukan di Switzerland. Dua minggu lalu Peguam Negara Switzerland  telah datang ke Kuala Lumpur untuk memulakan siasatan. 

Kejayaan serangan dari dalam parti Ketuanan Melayu ini pasti diketahui oleh para Bomoh dan penasehat suami Rosmah. Justeru si Khairuddin  telah ditangkap untuk ditahan betul-betul ketika  dia  hendak terbang ke New York. 

Kini  orang ramai diberitahu rupa-rupanya  si Khairuddin ini telah membuat temu janji dengan  Federal Bureau of Investigation (FBI) - badan penyiasat Amerika. Juga Haji Desas bin Lebai Desus telah melaporkan bahawa Mamat ini akan juga ditemu bual oleh   The New York Times dan media Amerika. Hebat Mamat ini.

Sekali lihat - seimbas pandang kelihatan semua musuh-musuh suami Rosmah telah tewas. Panglima Bugis masih lagi dalam kapal. 

Maka disini gwa masuk mencelah  untuk memberitahu pembaca dan rakyat Malaysia apa akan terjadi seterusnya. Kalau gwa Najib dan mahu terus selamat maka dibawah ini adalah tindakan yang akan gwa lakukan. Gwa yakin gwa selamat.


PERTAMA: Tian Chua, Rafizi, Nik Nazmi, Chan Li Kang, Nurul Izah, Dr Hatta, Mat Sabu, Rayers,  Tony Pua dan mereka  yang sebangsa juga yang berpotensi menjadi calon menentang United Malays National Organisationi akan dihadapkan ke mahkamah. Mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan. 

Malah nama-nama  yang gwa senaraikan  diatas telah pun masuk mahkamah. Kes mereka sedang dan akan didengar dimahkamah. Rafizi dan Tian Chua akan menjadi calon contoh untuk dibatalkan kelayakan bertanding. Ini akan menakutkan yang lain.

Sebelum PRU14 diumumkan gwa akan pastikan mereka semua ini akan didapati bersalah.

Minta maaaf - ini bukan  gwa yang jatuhkan  hukuman. Ini keputusan mahkmah. Lagi pun yang dituduh masih boleh merayu. Ketika dalam rayuan mereka akan dinafikan hak untuk bertanding. Ini rancangan awal gwa untuk mengenepikan musuh politik. Bijak. Lincin tuntas dan bersih sekali. Semua  berlandaskan undang-undang. Obama pasti tersenyum kerana gwa bijak.

KEDUA: Gwa akan berunding dengan  Tuan Guru Haji Hadi tentang  Akta 335. Akta ini telah dihebohkan sebagai Hukum Hudud. Ini untuk  menakut-nakutkan  China DAP. Setakat ini ajen-ajen gwa dalam DAP telah memainkan peranan mengoreng Akta 335 ini sehinggakan Pakatan Rakyat pecah.

Gwa akan beritahu Hadi Awang bahawa parti gwa akan bersedia menyokong penglulusan Akta 355 ini dalam Parlimen.  Tapi Hadi wajib menjanjikan tidak menyokong apa sahaja bentuk undi tak percaya terhadap gwa.

Gwa minta PAS menyokong gwa meluluskan penambahan kerusi Parlimen demi Bani Melayu. Sebagai buktinya kesucian niat walau pun gwa hendak terbang ke London tapi gwa masih ada masih melawat  Mursidul Am  Tuan Haji Harun Din di IJN.

KETIGA: Gwa akan hasut dan yakinkan Hadi  dan menantunya Din Ayam untuk jangan bekerja sama dengan China DAP, PKR dan Amanah.

KE EMPAT: Gwa akan minta parti PAS untuk bertanding disemua kerusi Parlimen dan DUN diseluruh  negara. Kepada Din Ayam dan Nik Abduh gwa akan katakan -  jangan risau tentang fulus. Fulus melambak-lambak lebih banyak dari kerja baca doa di Perangsang.  Gwa ada Tok Arab  dengan dolar halal. 

KE LIMA:Saperti biasa gwa akan arahkan SPR untuk melakukan kerja-kerja biasa. Tapi dalam PRU 14 ini SPR wajib lebih teliti. Dari sekarang SPR wajib mula mengalih-alihkan nama-nama pengundi muda Cina yang kelihatan menyokong Bersih. 

Pengundi-pengundi Melayu yang menyokong PKR atau Amanah akan dipindah-pindahkan atau nama mereka gwa padamkan dari daftar pengundi.

Gwa tahu kerja melupus dan mengalih nama ini sedang berjalan di Lembah Pantai dan di Klang. 

Kerja alih mengalih dan padam memadam ini amatlah senang untuk dilakukan kerana bukan lagi menggunakan tenaga manusia. Nama boleh diatur dan data dikumpul melalui program internet.

KE ENAM: Sebelum PRU13 PKR, DAP dan PAS telah amat aktif mendaftarkan ahli mereka untuk menjadi pengundi. Ini terbukti PRU13 membawa kemenangan untuk mereka. Sekarang gwa telah arahkan SPR membatalkan pekara ini. Hanya SPR dan Pejabat Pos  sahaja yang boleh mendaftarkan bakal pengundi. Gwa tutup lubang nafas Pakatan Rakyat. Bijak

KE TUJUH: Gwa akan beri satu arahan pendek kepada SPR. Gwa mahu menang besar. 

Tujuh pekara ini sudah cukup untuk memastikan  suami Rosmah akan menang dalam PRU14. Suami Rosmah akan menang besar. Ada sesiapa nak bertaruh?

Tujuh pekara diatas pasti telah lama difikirkan oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak. Suami Rosmah ini pasti telah diberitahu oleh para Bomoh dan penasehat bahawa seteru besarnya Mahathir bin Muhamad sedang merancang siang dan malam.

Mahathir sedang menggunakan semua tenaga , semua jaringan untuk memastikan suami  Rosmah anak tergelincir dari kuasa.

Haji Desas bin Lebai Desus telah mula membuka cerita bahawa Mahathir kini telah sanggup bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk memastikan suami Rosmah lungkup.

Dalam masa yang sama  suami Rosmah  masih mahu bertahan. Suami Rosmah mahu bertahan sahingga berjaya mengendalikan   PRU14.  Justeru,  pilihanraya kali ke 14 ini  akan menjadi satu PRU  yang paling kotor. 

Orang ramai tahu dan heboh sambil berbincang tentang duit  1MDB berjumlah 42 bilion ringgit. Orang ramai juga tahu sebanyak  2.6 bilion ringgit telah masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. Apa yang orang ramai  gagal mengira ialah  tolak 2.6 bilion dari 42 bilion ada berapa? Dimana agaknya baki duit ini?

Justeru dengan duit berbilion ringgit  ini gwa amat yakin suami Rosmah akan berjaya membeli SPR, SPRM, Polis, Hakim, Mahkamah termasuk  Parti PAS, Nik Abduh, Tantawi dan Din Ayam. 

Hakikatnya  hari ini suami  Rosmah  telah membeli negara  ini. Ini bukan kata-kata dari Hishamuddin Rais. Ini kata-kata dari  ucapan Tun Dr Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden parti United Malays National Organisation.

Najib Razak mahu terus bertahan sahingga PRU14 dapat dijalankan. Keputusan PRU14 ini telah ada dalam tangan Najib Razak. Keputusan PRU14 akan memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mendapat kembali majoriti  dua par tiga. Ini bukan mustahil. Ini akan berlaku.

Kenapa suami Rosmah gila-gila hendak bertahan sahingga ke PRU14? Kerana suami Rosmah ingin membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa   Muhamad Najib bin Abdul Razak  mendapat sokongan rakyat.

Muhamad Najib bin Abdul Razak  ingin berkata kepada Mahathir Muhamad ‘ fuck you Mahathir...!”

Maka jika gwa jadi Mahathir Muhamad gwa  pasti mahu lupuskan suami Rosmah ini sebelum akhir tahun. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 














-------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan