Sabtu, 13 Mei 2017

SURAT ANWAR KEPADA TUAN HAJI HAHA









SURAT ANWAR

KEPADA 

TUAN HAJI HAHA

KENYATAAN MEDIA
Saya merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN.

Saya tetap menghargai sikap pimpinan PAS termasuk Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Tuan haji Fadzil Noor dan Tuan Haji Hadi Awang sejak 1998 yang menjalin kerjasama erat.

Saya faham ini adalah keputusan pimpinan PAS. Namun, saya musykil kerana alasan yang diberikan tidak tepat, terutama dalam kaitan dengan RUU355. Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan Presiden KEADILAN yang menghormati hak Tuan Haji  Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan.

Malah Najib lah yang menegaskan bahawa Kerajaan UMNO-BN tidak akan membawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU355) sebagai urusan kerajaan, yang bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya UMNO tidak dipersalahkan kali ini.

KEADILAN ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik tersebut. Permuafakatan politik tersebut digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar.

Matlamat KEADILAN adalah jelas iaitu untuk menewaskan UMNO-BN yang kleptokrat dan perasuah, dan terutama kerana mengkhianati rakyat yang semakin dibebankan dengan sara hidup yang kian meningkat.

Perkembangan ini mengaitkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin Sdra  Azmin Ali terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini.

Anwar Ibrahim
13 Mei 2017






------------------

2 ulasan:

  1. Budak SOTONG AL AFFIN tuh tau baca ke ????

    Atau masih belajar HIKAYAT MARIA OZAWA

    Bukan betul tuh pun

    Banyak orang orang BODOH dah di tipu nya

    Hadis AL MASYOOOOKKKKKKK tuh power

    Bahalol

    BalasPadam
  2. Phulus... phulus.... ya habibie..... phulus punya fasal serban boleh tukar ke terendak...

    Macam manu mahu caya semua ini pak lebai?

    BalasPadam