Jumaat, 12 Mei 2017

UNDI PAS SOKONG UMNO




KENYATAAN MEDIA
11 Mei 2017

1. KEADILAN menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak namun menghormatinya atas kebebasan Pas membuat suatu pendirian politik.
2. Pada masa yang sama KEADILAN menolak tohmahan MAJLIS Syura Ulamak Pas bahawa KEADILAN
menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

3. Sebaliknya rekod KEADILAN kekal sebagai sebuah parti multiracial, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang.
4. Pimpinan KEADILAN akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.
Sekian.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN



-----------

4 ulasan:

  1. Bebudak PAS mana ada Otak.

    Nama pun Parti Angkot SOTONG

    BalasPadam
  2. Tapi aku agak confucius (aku tak suka mencarut macam kau tt!) dengan ayat noh omar ni yang bertentang dengan taktik najib, apa angle dia?
    If Pas says PKR had violated the political cooperation, why must Pas remain in the Selangor government? Pas and PKR are like a divorced husband and wife who still want to live together.
    I am convinced the three (Selangor) Pas executive councillors will not resign. They want to show that they are prepared to set aside the party struggle for power, he said to reporters here.
    Noh added that he does not rule out the possibility that Selangor Pas’ stand will lead to party-hopping by Pas members, state assemblymen or state executive councillors.
    If Pas were to leave the Selangor government, Pakatan Harapan (DAP-PKR-Parti Amanah Negara) will still have the numbers to lead a new administration. Pas is now an opposition party in Selangor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mainan politik...lebih baik untuk pakatan jika 3 exco selangor tdak di gugurkan sekarang..

      Padam
  3. apa dah jadi dgn pkr? knp tak nampak aktiviti2 pkr. lihat sj Amanah yg baru setahun jagung; dah berceramah kesana kemari.

    pkr kelihatan lesu tak bermaya. presiden kena hina pun senyap. kena tohmah fitnah berbagai pun masih bersangka baik. kena sabotaj pru dan prk lepas pun masih mengharap pas. pas dah ceraikan pun masih lg nak merayu. pkr nak tunggu kak wan kena ludah dgn hadi ke baru nak jadi jantan?

    knp tak belajar dr siamar Kelantan? bila dia naik, semua org2 ngo YB Husam dia tendang keluar. projek YB Husam pun dia batalkan hingga kena saman dgn sykt korea.

    boleh percaya ke dgn exco2 pas dlm pentadbiran Selangor? apa jaminan rahsia2 kerajaan negeri tidak dibocorkan kpd umno?

    BalasPadam