ASAL USUL
AlKesah semasa zaman budak2 pukul lima setengah petang di suroh beli ayer batu di hadapan sawmill. Satu blok ayer batu dalam enam atau lapan inchi hanya lah sepuloh cent. Blok ayer batu itu disalut dengan habuk gergaji kayu dan kemudian surat khabar supaya ayer batu itu lambat chaair.Zaman 1960an tak ada plastic bag jadi beku lah tangan kechil ambor...nak buat lagu mana. Nak minum sirap lengkong sejok dan di rumah tak ada peti ais mahu pun TV.
TAMARIND
Ada pun buah Kurma pula tak ada kurma mewah macham sekarang ada Yusuf Taiyoob atau Medjool Dates.Sekarang sampai seringgit dua riinggit sebiji.Dulu 40 cent sekati. Kedai Kunchi Mohamed Mohideen Kutty di pekan Kota Bharu jual kurma yang lebeh bermutu dari pasar. Apa tidak nya Dato"'2 dan keluarga Diraja juga melanggani Kedai Mohideen Kutty dah boleh bayar bulan..Ahem
ASAM
Kurma pula datang berketul dan kena pechahkan sebiji sebiji. Ini adalah kerana Kurma dibawa ke sini dalam guni anyaman tikar...mirip tikar mengkuang kita tapi tak berwarna.Asam jawa yang di import dari India juga menggunakan guni tikar yang sama. Semasa British menguasai Semenanjong Arab mereka juga melihat kurma atau Tamar didalam guni Tikar. Semasa di India ada yang tersilap Asam Jawa dengan Tamar kerana bungkusan sama...Malah buat seketika Asam Jawa itu Britsh panggil Tamar Indus...atau Tamar dari India.
JAWA
Maka perkataan Tamarind itu adalah Tamar Indus.
......kan lebeh baik tahu kesah Tamar dari jadi Kaki Pukol Buah Kurma..
Saja nak Gorma !!!
------------------
Ayah Aku kataaa Buah Tamar Zaman dahuLuuuu tu, sebeLum ikat bungkusan tikar tuuu, puaK puaK India nuH kasi pijak-pijaK kaw2 sebab tuu bani meLayu senang sama mamaK Dan restaurant MakanG isLanG kikikiki
BalasPadam