Khamis, 1 Jun 2017

HARI KE ENAM









HARI ENAM

pagi kelmarin gua ke tanjung
untuk menghantar min
ke perjalanan terakhir
rozaimin wafat di hospital

kami bergegas dari kl
mulanya kami diberi tahu
semua akan berlangsung
salepas zuhur
ertinya sempat kami
melihat min kali terakhir
tapi semuanya berubah
jam sabelas lebih
ketika  hampir ke sungai perak
kami diberitahu bahawa
min akan dikebumikan
dalam masa terdekat

aduh! sedihnya hidup ini

melintasi jembatan tanjung'
mencari masjid
mencari tanah perkuburan
mengambil masa
melintas jam dua
kami sampai ke tanah perkuburan
semua telah selesai
hanya beberapa kawan menunggu
min telah dimakamkan

seorang lelaki memberi aku
sebotol air dalam plastik
lalu aku sirami
keatas dua batang 
bunga yang baru ditanam
sebagai tanda
untuk mengingat min
min dimakam sebelah ayahnya
min dimakam disebelah abangnya
tak jauh dari makam min
ada sebatang pokok
di dahan pokok tumbuh
orkid liar dengan bunga bunga puteh
turut bersedih bersama kami
pokok ini meneduhi makam min

kami beredar
ke rumah adam adli
berehat menunggu waktu berbuka
dikin letih memandu 
terus tidor di lantai

lewat petang kami mencari makan
ke bazar ramadan 
disebelah hospital
tak sibuk mana
mungkin ekor ekor yang datang
gua beli  murtabak 
sayur pucuk manis dan kari iakan

lalu kami berbuka
di padang  brown
tak jauh dari penjara
aduh! indahnya hidup ini

kemudia ke warung 
untuk kopi dan air kedondong
air kedondong dengan asam boi
terbaik terbaik
kemudian
ramai lagi kawan min datang
kami berbual mengingati arwah
sambil ketawa sambil ngelamun

kenangan datang satu persatu

jam sepuluh lebih
bergerak pulang 
menuju ke warung asmara
untuk bersahur


SELAMAT 

BERBUKA

-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan