Rabu, 7 Jun 2017

MENCARI JALAN KELUAR




MENCARI JALAN KELUAR


Ini adalah siri ke 15 -  bahagian  akhir tentang persoalan nasional yang saya timbulkan tiga bulan dahulu.

Saya telah menimbul permasaalahan yang dihadapai oleh Bani Melayu.  Saya telah memaparkan psikik Bani Melayu. Saya telah menyentuh  sejarah  kemasukkan  Bani China dan Bani India ke Tanah Melayu. Dua bani pendatang yang dibawa masuk oleh kuasa kolonial Inggeris dan terus mengubah polity Alam Melayu.

Saya juga telah menerangkan - dalam ilmu  filem  Bani China dan Bani India ini adalah ‘ pengganggu’ atau ‘disruptor’. Menggangu naratif yang sedang bergerak.  Dalam naratif filem Si Penggangu wajib ditumpaskan agar untuk naratif mara ke hadapan. 

Secara impirikal saya  telah menunjukkan sebab musabab yang menimbulkan permasalahan persoalan nasional. Maka menjadi satu tuntutan yang adil untuk saya mewajibkan diri  menunjukkan  jalan penyelesaian. Atau sekurang-kurangnya  merintis dan  memecah ruyung untuk mencari jalan keluar.

Adalah lucah dan jahat jika saya menimbulkan persoalan tapi tidak memberi jalan keluar. Ini samalah saperti bergomol-gomol tapi tak sampai ke pancutan kemuncak.

Dalam siri akhir ini saya wajib sekali lagi memberi ingatan bahawa projek Inggeris menubuhkan Malaysia pada tahun 1963 pada hemat saya  telah jelas gagal.  Pada tahun 2017 ini saya amat yakin jika persoalan nasional ini tidak ditemui jalan penyelesian maka  rupa bentuk Malaysia yang kita kenali ini akan terbarai runtuh. 

Ini saya cukup yakin akan terjadi. Riak dan rintik rintik semakin jelas. Pola dan ciri-ciri untuk Malaysia terbarai cukup menjanjikan. 

Dari pemerhatian saya dalam masa tiga bulan ini kita sedang menyaksikan manifestasi  persoalan nasional yang belum selesai.

Kita melihat bagaimana Ketua Menteri Lim Guan Eng ditibai kerana berbuka puasa bersama penganut Islam. Kita terbaca berita YB Sivarasa di  serang kerana dikatakan memberi ceramah dalam masjid. Kita membaca bagaimana buku YB Hannah Yeoh ditafsir sebagai cuba mendakwah dan mengajak Bani Melayu untuk menganut agama Kristian.

Dalam bulan puasa ini dimana harga barang semakin mendadak naik. Tapi bantahan Bani Melayu bukan tentang kenaikkan harga barang yang menjerut hidup tetapi  tentang YB Sivarasa naik masjid. 

Tetiba heboh heboh tentang sebuah gereja di Melaka mengadakan sambutan  Jurusalem’s Jubilee.

Apa maknanya  semua ini?

Semua ini adalah manifestasi persoalan nasional yang belum selesai. Tapi kali ini  keresahan dan ketidak puasan hati Bani Melayu telah dan sedang  dibaluti dengan jubah  hijau buatan Saudi Arabia. 

Kalau pada tahun 1969  Bani Melayu  hanya memakai kain sarong dan songkok. Kali ini semuanya sudah berubah. Kini berjubah dan berserban.

Ini bermakna bahaya ledakan yang akan dibawa oleh kegagalan penyelesaian persoalan nasional ini adalah halilintar membelah bumi.

Bani Melayu yang selama ini dipinggir, yang selama ini ditolak dan  yang dinyahkan dari proses pembudayan kota, bandar   dan pekan sedang mengumpul awan untuk membawa ribut taufan untuk membersihkan Bumi Melayu.

Justeru pada hemat saya berpandukan   babak-babak yang sedang dipentaskan   oleh Bani Melayu ini menjadikan kita semua tidak ada pilihan. Kita sedang berhadapan dengan pintu gua yang wajib kita buka.

Wajib kita semua sedari bahawa tugas kita bukan menyelesaikan manifestasi, tugas kita bukan menepis  atau memadam manifestasi tetapi mentalkinkan  induk yang melahirkan manifestasi ini.

Bani Melayu, Bani China dan Bani India wajib terus digoncang untuk disedarkan bahawa mereka tidak ada pilihan. Kegagalan menyelesaikan persoalan nasional ini tidak akan membawa apa apa manafaat kepada sesiapa pun.

Kegagalan mencari penyelesaian bererti  malapetaka yang sedang menunggu dikaki tangga akan meledak masuk.

Bagaimana pula dengan Najib dan United Malays National Organisation. Apakah peranan parti yang mengakui diri sebagai parti Ketuanan Melayu? 

Awas! Jalan penyelesaian yang saya cadangkan ini wajib mengenepikan semua parti-parti politik. 

United Malays National Organsiation adalah anak didik Inggeris.  Malaysian Chinese Association parti  cukong yang berasal usul dari parti Koumintang. Malaysia Indian Congress berasal  dari India Congress Party.  DAP - Democratik  Action Parti pecahan dari Parti PAP -  parti Lee Kuan Yew Singapura. Manakala Parti PAS  adalah United Malays National Organisation yang memakai ketayap.

Jangan silap faham - bukan asal usul parti-parti ini yang mengjengkelkan dan meloyakan kita semua. Tapi selama ini - parti-parti politik inilah yang menjadi punca yang menimbulkan masaalah persoalan  nasional.

Parti-parti politik  ingin mendapat undi. Pemimpin politik  mahu menang dalam pilihan raya. Mereka berkempen ke hulu ke hilir. Cakap, suara dan dakyah parti politik inilah yang terus mengusutkan persoalaan nasional.

Parti politik tidak membawa pencerahan. Di Malaysia ini parti politik membawa kegelapan.

Dalam usaha mencari sokongan semua parti politik mencari sokongan dari bani masing-masing. Semua mencari kabilah untuk memastikan mereka menang dalam pilihan raya.

Hasil nya parti politik menjadi jambatan yang meneruskan kegagalan persoalan  nasional. Parti politik sebenaranya tidak mahu persolaan nasional ini dibincang untuk diselesaikan.  

Najib mahu terus menggodam  DAP. Ini maknanya Najib menggodam Bani China. DAP juga melakukan perbuatan yang sama.  DAP menyerang Najib. Sabenarnya serangan DAP pada  Najib membantu memperkuatkan  Najib dan  parti United Malays National Organisation.

DAP menyerang Najib dibaca oleh Bani Melayu sebagai menyerang Melayu. Ini terjadi kerana Bani Melayu telah hilang kompas moralnya. Psikik Bani Melayu kurang yakin dengan Bani China. 

Contoh terbaik tentang peranan jahat  parti-parti politik ialah sahaja perbalahan yang tidak kunjung selesai dalam hal sekolah satu bumbung.

Kenapa projek baik ini ditolak. Saya yakin yang menolak ini memiliki niat busuk tidak mahu hidup bersama walau pun mereka ini sebenarnya dari segi pensejarahan adalah pendatang yang dibawa oleh Inggeris.

Kerana Bani China memiliki kuasa ekonomi maka mereka berdedil tidak mahu belajar dalam satu bumbung. Walhal untuk jangka panjang, untuk mendirikan  negara bangsa adalah indah dan baik lagi molek jika dari seawal tadika anak kecil semua bani mengenal satu sama lain.

Tapi projek yang amat baik ini tidak dapat ditunaikan. Ada sahaja kepala taik yang menghalang dengan pelbagai alasan.  Alasan-alasan ini timbul kerana kekuasaan ekonomi  dan kerana  mencari sokongan undi.

Manakala pemimpin politik Bani Melayu pula telah berjaya diberi dedak dan lendir lalu mereka  lupa niat baik kenapa mereka dipilih untuk memimpin.

Di German atau di Berunai atau di Belgium - anak-anak kepala taik ini akan mati kering tidak belajar. Tidak ada siapa yang akan ambil pot. Bahasa, ilmu . sekolah dan budaya penakrif di negara-negara ini  adalah German, Peranchis, Melayu dan Belanda.

Hakikatnya pemimpin parti politik dari semua parti   sebenarnya mahu  Tutsi dan Hutu terus wujud. Projek Hutu dan Tutsi ini akan memastikan mereka terus  memiliki pengaruh.  Mereka terus relevan. Mereka terus diperlukan.

Ada juga parti politik yang  mahu Tanah Melayu ini terus dipimpin oleh pemimpin Melayu yang bodoh bangang atau  saperti Najib - terlibat dalam banyak skandal. Pemimpin Bani  Melayu saperti Najib ini memudahkan mereka merembat harta kekayaan Bumi Melayu.

Jika kita tolak parti politik maka bagaimana kita hendak menyelesaikan persoalan nasional ini?

Awal wahid - sebelum apa apa dapat dilakukan maka semua bani - Melayu, China dan India wajib menyedari bahawa kita memiliki persoalan nasional yang belum tuntas.

Kita semua wajib mengakui bahawa  negara bangsa di Malaysia ini  belum wujud. Nyanyi-nyanyi dirancangan akhir TV RTM semuanya hampeh tak ada makna.

Bani Melayu hakikatnya tidak menerima sepenuh hati kehadiran Bani China  dan Bani India di Alam Melayu mereka. Pekara ini wajib disedari oleh Bani China dan Bani India. 

Justeru satelah menerima hakikat bahawa  negara kita ini sakit maka ini adalah permulaan tepat. Saperti seorang pemadat candu atau ketagih alkohol - jika mahu diubati pekara pertama yang wajib dilakukan ialah mengakui dirinya sakit dan memerlukan rawatan.

Sesudah kita tahu yang kita memerlukan rawatan langkah saterusnya ialah ulangi baca tulisan yang telah saya garap ini. Baca dan fikirkan. Tidak semua yang saya tulis ini betul. Tidak semua yang saya tulis ini tepat. 

Apa yang saya harapkan ialah tulisan ini akan memulakan satu perbincagan terbuka. Perbincangan jujur bukan untuk mendapat undi , atau untuk menang pilihan raya. Perbincangan ini untuk masa depan anak cucu cicit kita.

Tutsi dan Hutu telah terlambat. Sebelum kita semua menjadi Tutsi dan Hutu sila baca tulisan Hishamuddin Rais ini.

Individu, sosok sosok  persaorang wajib memulakan perbincangan. Jangan takut dituduh rasis. Jangan takut untuk mengatakan bahawa Bani China dan Bani India itu pendatang ke Alam Melayu.

Saya menolak konsep rasis yang sering digunakan. Untuk saya Bani China, Bani India dan Bani Melayu tidak rasis. Rasis  adalah kepercayaan yang mengakui bahawa baninya, kulitnya, agamanya  lebih tinggi martabatnya dari yang lain. 

Fahaman rasis  percaya bahawa bani mereka telah dipilih oleh Allah, Yahwe atau Dewata Mulia Raya sebagai Bani Pilihan.  Bani bani yang lain adalah bani sampiangan untuk dijadikan hamba abdi.

Pada hemat saya yang wujud diantara kita hari ini ialah prasangka. Yang wujud dalam hati sanubari kita ialah prejudis. Yang wujud dalam jiwa kita ialah kesangsian antara satu sama lain. Bukan rasis. Kita semua bukan rasis.

Prasangka dan prejudis ini wujud kerana kita terpisah pisah. Kerana kita terpencar pencar. Kita semakin dijarakkan. Kita dipisah-pisahkan. Kita tidak mengenali satu sama lain.

Parti politik dari semua warna mencorakkan perbezaan. Memisah-misahkan kita. Kita tidak diberi peluang untuk merayakan persamaan.

Akhirnya yang paling penting dalam usaha mencari  jalan keluar dari persoalan nasional ini sila menanya diri.  Jika aku Bani Melayu, jika aku Bani India dan jika aku Bani China - adakah harapan dan cita-cita  dan mimpi aku ini untuk mendiri satu negara bangsa di Bumi Melayu ini.

Beri jawapan yang jujur kerana jika salah jawab kita semua ini adalah Hutu dan Tutsi. Hanya satu perbezaan kali Tutsi atau Hutu akan memakai jubah hijau. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






-------------------

2 ulasan:

  1. Yg berbalah besar hanya mereka yang memegang kuasa ekonomi. Kroni A lawan kroni B. Sebab apa? Nak menang undi memerlukan dana yg besar. Marhaen bgmn pula? Di bandar, okay je. Tiada isu Bani itu atau Bani ini. Sikit2 adalah pergeseran kemudian tular di media sosial.

    Kerana apa saya kata okay je? Sebab integrasi tercapai secara perlahan-lahan sbgmn saranan Bapa Kemerdekaan dulu. Justru, jumlah warga hasil drpd kawin campur sudah bertambah.

    ps:
    Kan kesemua orang suka makan nasi campur?

    BalasPadam
  2. Kegusaran dan syak wasangka berasas dalam usaha mengekalkan jatidiri. Melayu tak mungkin diyanglainkan, yang lain khuatir dimelayukan dan yang paling ngeri kita semua diarabkan.

    BalasPadam