KENYATAAN MEDIA : 16 JUN 2017
ANGKATAN MUDA KEADILAN
PERTAHAN SAMSENG BAZAR, DUA PEMIMPIN UMNO PERLU DIAMBIL TINDAKAN.
1. Baru-baru ini kita dihidangkan dengan adegan panas di Bazar Ramadhan Kluang Johor melibatkan aktivis parti DAP dan beberapa individu yang dilihat cuba menghalang aktiviti edaran kurma anjuran DAP Kluang. .
2. Dalam video yang viral tersebut, beberapa individu dengan lagak seperti samseng cuba menghalang dan menghalau sekumpulan aktivis DAP yang dipimpin oleh YB Liew Chin Tong.
3 Persoalannya apakah trend samseng jalanan ini akan dibiar berterusan?. Lebih pelik apabila tampil pula dua pemimpin UMNO Johor iaitu Tuan Haji Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar, dan Tuan Haji Md Jais Sarday, Ketua UMNO Kluang yang seolah-olah mempertahankan tindakan tidak bertamadun ini.
4. UMNO perlu membuktikan kesungguhan menolak budaya samseng dengan mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya menegur dua pemimpin mereka ini. Menuju Pilihanraya Umum ke 14, apakah samseng-samseng akan kembali menjadi alat untuk membangkitkan ketegangan dan menghalang pergerakan pembangkang seperti yang pernah berlaku dalam pru yang lalu?
5. Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas bagi menunjukkan betapa mereka sebagai Kerajaan serius dalam membasmi budaya samseng dan buli. Tragedi yang menimpa mahasiswa UPNM, Zulfarhan dan yang terbaru pelajar sekolah, Nhaveen Thirumaran sepatutnya menjadikan kita lebih sensitif dalam menentang budaya samseng yang semakin hari semakin membimbangkan ini.
Sekian.
Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Setiausaha Pengelola
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
019-8013 149
sup.amk@keadilanrakyat.org
----------------------
Mama satu penyamun yang take berperangai samseng DLM INI dunia bro...?????sja Tanya jangan marah...
BalasPadamTanya botak tu. Berapa cukai dia bayar. Ingat bazaar tu tok nenek punya SDN BHD. Nak tunjuk ketuanan balik kat rumah sendiri.
BalasPadamSuruh tegor buat apa. x brape cudik ni.
BalasPadamNak tunjuk baik buat apa. Bukannya dapat markah pun.