ESOK KiTA
PUASA
KEMUDIAN
KITA RAYA
hari berjalan bagitu cepat sekali
macam semalam gua mula puasa
macam kelmarin gua mula menuslis
aduh! indahnya hidup ini
hari ini kuala lumpur redup
jumaat akhir hari palestin
hari al quds sedunia
hari ini tadi kali kedua
gua bersama berdemo
di hadapan keduataan amerika
ada kurang lebih lima ratus kita kita
menyatakan sokongan pada palestin
ah! betapa agaknya beraya di palestin
lalu gua ingat gua berhari raya
di melbourn
di beirut
di karachi
di baghdad
dan
di london
ah! semuanya datang kembali
ah! betapa indahnya hidup ini
esok petang gua pulang ke jelebu
dengan ezi dan tak tak
kali ini gua pulang
ke rumah pesaka
tahun ini gua buka pintu rumah
dan
gua juga akan tutup rumah
tak ada siapa yang jaga
rumah pesaka
kecuali gua
ah! masa berlalu
macam kelmarin
kami berhimpit
tidur mencari selimut
dalam rumah pesaka
kali ini
hanya gua sendirian
petang ini gua
ada temu janji
tak tahu
dimana akan berbuka
selamat
berbuka
-----------
mungkin jugak raya terakhir bagi AMENO dan Bangsat Negara kot?
BalasPadambulan naik hari ini 5:59 pagi
BalasPadamkalo esok, bulan akan naik lebih kurang pukul 6:59 esok
atau
6:50 pagi, kalo MAO lebih tepat
itu pon jika takde awan yang tutup!