SIAPA INI
NAJIB?
NAJIB, JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK AYAT-AYAT AGAMA
2 Jun 2017
1. Pada 30 Mei lalu, dalam satu Majlis Iftar bersama Ulama, Umarak dan kepimpinan NGO Islam di Sri Perdana, Najib berpesan kepada tetamu yang hadir untuk menolak segala fahaman ekstrim yang membawa kepada kerosakan seperti permusuhan antara satu sama lain atau mengambil nyawa sendiri atas nama Islam. Dipercayai saranan ini dibuat setelah melihat situasi genting beberapa negara yang sedang berhadapan dengan ancaman terorisme.
2. Najib juga berpesan agar umat Islam bersatu padu dalam berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang dilihat bersatu dan licik. Menurut beliau, mengharapkan Kerajaan sahaja tidak cukup untuk memenuhi agenda Islam tetapi memerlukan NGO-NGO sebagai rakan kongsi Kerajaan yang berjuang kerana Allah.
3. Saya tertanya-tanya Ulama dan Umara mana yang boleh bertahan mendengar pesanan nasihat daripada Najib ini?. Mungkin juga para Ulama dan Umara ini juga mengguna pakai konsep Islam iaitu terimalah nasihat yang baik tanpa mengira siapa pun yang memberi nasihat. Dalam erti kata lain, bila Najib beri nasihat, boleh dengar, tapi belum tentu boleh pakai.
4. Kita juga ingin berpesan pada Najib, Islam juga mengutuk mana-mana umatnya yang bercakap sesuatu perkara yang dia sendiri tak melakukannya seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Al- Quran menerusi Surah As-Saff ayat ke tiga yang bermaksud “Amat besar kebenciannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”
5. Kita juga ingin berpesan kepada Najib bahawa bercakap mengenai Islam takkan boleh menyucikan diri daripada segala salah laku yang telah mendatangkan kemudharatan kepada negara dan rakyat. Kecuali semua salah laku itu diperbetulkan. Cakap-cakap agama takkan mampu menutup skandal 1MDB yang cukup memalukan Malaysia. Cakap-cakap agama takkan mampu menutup berbilion ringgit dana awam yang telah dialihkan secara tidak bertanggungjawab melalui 1MDB untuk kepentingan politik sempit.
6. Jika benar ingin memulihkan imej Islam, maka Najib bertanggungjawab membersihkan nama Malaysia yang terkenal sebagai negara majoriti Muslim daripada segala skandal yang telah memalitkan arang ke wajah malaysia di peringkat antarabangsa.
7. Najib tak perlu salah anggap dengan nasihat ini. Kita tidak melarang Najib untuk bercakap mengenai agama. Tetapi kita mengharapkan Najib juga dapat menghayati falsafah terkenal tokoh revolusi Islam Mesir, Imam Hassan Al-Banna yang pernah menukilkan kalimah ‘Aslih Nafsak, Wad’u Ghairak” yang bermaksud, “Betulkan Diri Anda, dan Tegur Orang Lain”
Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab
Setiausaha Pengelola
Angkatan Muda Keadilan
019-8013 149
--------------
Najib nie setan belaan Rosmah, nk kata kena nasi kangkang ada jugak logiknya sbb Rosmah tu dikatakan perempuan puaka oleh kaum keluarganya....tak caya tanya ustzh YouTube
BalasPadamsiapa lagi yang belum kena MAIN BELAKANG sama si babi-hutan-kurap ini?
BalasPadamboleh balik awal, tunggu kat kamar tidur, untuk terkena MAIN BELAKANG!!!!!!!!!!!
Siksanya Altantuya @ Aminah..
BalasPadamsedang mengandungkan zuriat berbapa dayus... diseret, diikat dengan C4, ditembak jarak dekat, diletopkan tanpa belas kasihan...tanpa sesiapa dapat bantu...
Siapa yang arahkan pembunuh Sirul dan Azhar?
Malapetaka NAJIB - Nasib Altantuya Jadi Ingatan Bersama...
Sejujurnya ...saya terlalu ingin mendengar najib membaca doa
BalasPadamsecara live. ...untuk kesehahteraan seluruh umat islam dinegara ini....daripada hanya pandai bercakap tentang agama/persoal tentang agama/mengeluarkan kata-kata pedoman tentang agama..dll
Rakyat dah pandai ..menilai ..mana yang baik dan mana yang buruk. .......
Skarang ni negara Kapur je yg dok kata najib macam2. Negara2 Isle semua angkat ibu tangan. Angpa p la buat pencerahan Kat puak2 OICee nu jugak.
BalasPadamBERSiH 6
BalasPadamTaK plan BERSiH 6 ke...
ada possibility pru14
on September 2017
Macam Sept 2017
adaLah titik terbaiK
yg nazaK adaaa, ...
From sekarang hingga
khaLas period
alo bro..kalo najib tak berselindung dengan ayat2 agama, apa guna lantik penasihat dgn wang rm90juta..apa guna vellfire, apa guna mini cooper..korang ingat org2 agama takda nafsu..takda keinginan dunia..utk cover mulut2 agamawan ni, ckp berlapik, ckp berhadis berquran tp belum tentu cakap serupa bikin..semua auta mcam pak arab, di tangan ada tasbih,sambil berzikir sambil membunuh negara lain..
BalasPadam