PERANG SERANG
MENYERANG
Ketika saya menggarap tulisan ini Perang Iraq masih berterusan. Warga Iraq yang telah gugur berjumlah 1,455,590. Jumlah soldadu Amerika yang gugur dalam Perang Iraq ialah 4,802. Jumlah soldadu sekutu Amerika yang tewas dalam Perang Afghanistan ialah 3,487.
Ini belum diambil kira yang cedera parah. Yang putus tangan dan kaki. Yang cedera saraf. Yang cedera jiwa. Yang terus merana gila akibat dadah.
Jumlah perbelanjaan perang di Irag dan Afghanistan ialah $1,772,537,275,740 dolar. Ini belum diambil kira perbelanjaan perang di Syria.
Selesai sahaja saya menggarap tulisan ini jumlah kos perbelanjan tentera akan terus meningkat.
Mengikut kajian pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Joseph E Stiglitz dan pensyarah ekonomi Linda J. Bilmes dari Jabatan Ekonomi Havard Universiti setiap minit jumlah belanja perang di Iraq akan bertambah 500,000 dolar. Ertinya perang Iraq memakan belanja 720 juta dolar sehari.
Jumlah dana yang digunakan sehari dalam Perang Iraq boleh mendirikan rumah untuk 6,500 keluarga Amerika atau memberi khidmat perubatan percuma kepada 423,529 kanak-kanak Amerika. Atau memberi tenaga leterik percuma kepada 1.27 juta rumah di Amerika. Data ini dilaporkan oleh akhbar Washington Post pada 22 September 2007.
Ini laporan satu dekad dahulu. Kini Perang Iraq dan Perang Afghanistan telah berjalan selama 16 tahun. Pasti jumlah angka bertambah. Ini adalah perang yang paling lama untuk Amerika. Tarikh tamat masih belum dapat dilihat.
Lalu timbul persoalan hakiki. Apakah para pemimpin politik di Amerika tidak menyedari hal ini? Apakah para intelektual Amerika tidak tahu pekara ini?
Apakah rakyat Amerika tidak sedar tentang hal ini?
Kes Amerika ini ada persamaan dengan apa yang kita hadapi di Malaysia sekarang. Sama saperti kes Najib mencuri duit dari 1MDB. Sama saperti Rosmah merembat duit 1MDB untuk membeli intan berlian. Sama saperti kes anak Rosmah merembat duit 1MDB untuk membuat filem di Hollywood.
Rakyat Malaysia dibutakan. Rakyat Amerika juga menjadi kabur tidak dapat melihat apa sebenarnya sedang berlaku.
Pada ketika ini ada persekongkolan antara lembaga-lembaga daulah yang dapat menutup kes perang di Iraq, di Afghanistan dan di Syria. Ini sama saperti Najib dan Rosmah berjaya menjadi kebal kerana PDRM, Peguam Negara, Hakim Negara, SPRM dan pemilik media - semuanya lantikan dari pilihan Najib dan Rosmah.
Yang berbeza antara Amerika dan Malaysia hanya jumlah dana yang dirembat. Amerika ialah sebuah empire memiliki kepentingan diseluruh dunia. Manakala Malaysia hanya memiliki kepentingan di Sabah dan Sarawak. Skalanya agak berbeza tapi pendekatan adalah sama.
Bohong, tipu, putar dan bohong lagi.
Dari lojik akal pasti warga Amerika, ahli Dewan Kongres dan Dewan Senat akan bersuara untuk mempersoalkan atau sekurang-kurannya bertanya akan hal perang yang berlanjutan ini. Ini tidak berlaku.
Apa yang berlaku ialah disebaliknya. Hakikatnya warga Amerika telah berjaya dikaburkan mata mereka. Dibantutkan fikrah mereka.Mata telah juling dan dedak telah bertaburan masuk.
Untuk memahami apa yang sedang berlaku di Amerika dan dunia kita hari ini kita wajib kembali melihat Ledakan 9/11. Tidak dapat tidak ini adalah permulaaan garis politk baru di Amerika. Ledakan 9/11 adalah tangga patukan perubahan politik dunia.
Ini bukan bermakna sebelum 9/11 Amerika ini syumul dan suci. Apa yang berlaku sesudah 9/11 ialah perubahan dasar - satu dasar baru untuk Amerika melihat dunia.
Sesudah selesai Perang Dingin. Satelah runtuhnya kuasa Soviet Rusia pada tahun 1991 satu dunia baru seharusnya muncul. Bahaya perang dari Perang Dingin telah diketepikan.
Segala dana - dolar, ruble, riyal dan ringgit - bujet Perang Dingin - seharusnya digunakan untuk kebajikan umat manusia. Berbilion-bilon dolar dapat diselamatkan dari bujet pertahahan akan membawa masa depan yang menjanjikan bukan sahaja untuk warga Amerika tetapi untuk umat manusia.
Para demokrat dari semua negara bangsa pada ketika itu mengharapkan tamadun manusia , demokrasi dan hak asasi manusia sejagat akan dinobatkan.
Ini tidak berlaku. Harapan tinggal harapan. Kenapa ini tidak berlaku?
Yang sampai ialah Ledakan 9/11.
Harus diakui bahawa Ledakan 9/11 adalah projek yang diatur dan disusun oleh daulah terpendam/deep state. Deep state Amerika ini bertanggung jawab menjalan projek meledakan bangunan WTC di New York.
Tujun ledakan ini ialah untuk menarik pandangan rakyat Amerika bahawa Amerika dalam bahaya. Justeru jika dalam bahaya maka rakyat Amerika wajib bersedia untuk berperang. Ini dipanggil projek mengolah persetujuan.
Dibelakang projek Ledakan 9/11 ini adalah kumpulan pimikir Neocon yang memberi nasehat kepada Presiden Bush.
Manakala dibelakang Neocon ini ialah Komplek Industri Persenjataan (KIP). Lembaga KIP ini adalah kumpulan syarikat gergasi yang membuat senjata pelbagai bentuk dan genre. Pelbagai jenis senjata - kecil dan besar - dari roket ke jarum - akan direka, akan dibuat untuk memusnahkan musuh.
Industri senjata adalah industri paling menguntungkan untuk ekonomi Amerika. Senjata ini bukan hanya untuk soldadu Amerika tetapi untuk dipasarkan ke seluruh dunia.
Contoh paling akhir yang kita baca ialah Saudi Arabia membeli senjata berjumlah 110 bilion dolar. Pejanjian jual beli ini baru sahaja dibuat ketika Trump selamat bertawaf di Saudi sebelum bulan puasa.
Ketika perang dingin berjalan musuh Amerika ialah blok sosialis dari Rusia/USSR. China Merah, Vietnam, Cuba dan Korea Utara pada ketika itu dianggap sebagai musuh sampingan.
Ketika Perang Dingin berjalan industri senjata bergerak rancak. Ada sahaja senjata baru direka untuk menandingi senjata buatan Rusia. Justeru apabila Perang Digin tamat maka KIP menjadi kendur.
Hakikatnya KIP memerlukan perang. Tanpa perang senjata tidak dibuat. Perang memerlukan musuh. Maka musuh terus dicipta.
Apabila blok sosialis Rusia tidak lagi wujud sebagai musuh maka KIP wajib menimbulkan dan mencipta musuh baru. Kali ini musuh ialah Aran dan Islam.
Arab dan pelbagai jenis anak didik Amerika telah sedia wujud terlatih dari perang di Afghanistan yang bermula pada tahun 80’an. Osama ben Ladin seorang Arab adalah boneka yang dieram dan menetas dalam reban CIA.
Dunia mengetahui bahawa 19 orang yang terlibat dalam ledakan WTC adalah Arab dan majoriti adalah warga Saudi Arabia. Dunia juga megetahui bahawa mereka ini diatur, dilatih dan dididik oleh CIA.
Para Arab yang dididik oleh CIA ini telah meledakan WTC. Amerika terperanjat. Warga Amerika marah. Ketika marah ini warga Amerika telah menelan laporan media yang berjaya mengolah persetujuan. Media telah diyakinkan bahawa Amerika dalam bahaya. Islam dan Arab adalah musuh baru mereka.
Sesudah musuh baru ini dibukti wujud maka Rumah Puteh diyakinkan oleh para pemikir Neocon bahawa jangan sesekali dibenarkan mana mana negara memiliki keupayaan untuk bersaing atau berupaya menandingi kekuatan militer dan ekonomi Amerika.
Dasar inilah yang dijadikan pedoman oleh Rumah Puteh dari Bush, Clinton hingga ke Obama. Dasar ini lahir dari pemikiran kumpulan Neocon. Ini ialah satu kumpulan pemikir yang bersubahat dan bekerja rapat dengan gerakan Zionis Antarabangsa.
Mengikut dasar ini - semua negara dalam dunia wajib menggunakan dasar, cara dan pendekatan sosio-ekonomi kapitalis saperti mana yang sedang digunakan di Amerika.
Hegemoni Amerika tidak boleh dicabar. Kuasa mutlak - kuasa tentera dan kuasa ekonomi Amerika tidak boleh dipersoalkan. Hakikatnya warga dunia dan setiap negara bangsa wajib menyembah Rumah Puteh. Ini adalah kurun baru untuk Empire Amerika.
Semua ini adalah stratiji dan projek yang diajukan oleh kumpulan Neocon yang bersarang di Washingtion DC. Sosok-sosok Neocon ini berkumpul sebagai badan pemikir, pemberi nasehat, pengamal media, pemilik media atau pelobi di Washington DC.
Neocon ini memiliki pengaruh yang maha luas. Ini kerana dibelakang mereka ialah KIP. Industri senjata memberi dana kepada NGO dan lembaga pemikir ini untuk memastikan dasar baru ini akan diguna pakai.
Bersama kumpulan Neocon ini ialah pelobi yang ditaja oleh Zionis Israel. Wujud kerjasama yang amat intim antara Neocon dan Pelobi Zionis. Kerjasama ini terjalin kerana mereka berkongsi idealoji.
Neocon pembawa mazhab kapitalis dan melihat Arab sebagai musuh. Pelobi Zionis Israel juga pendukong tegar mazhab kapitalis dan sedang berperang dengan Arab.
Ikatan kerjasama Neocon dan Pelobi Zionis ini ini sedang dibantu oleh Saudi Arabia. Kerjasama Amerika dengan Saudi ini bukan satu yang baru. Amerika sedar dan faham bahawa tanpa kaum kerabat Saud berkuasa di Saudi Arabia dengan sendirinya Empire Amerika akan runtuh sama.
Jika Saudi dibawah pemimpin Arab jenis Naseer, jenis Saddam, jenis Gaddafy atau jenis Bahsar - bukan sahaja keluarga Saud akan lungkup. Dolar Amerika itu akan terbarai tidak laku.
Pada ketika ini kerjasama Saudi dengan Amerika adalah kerjasama dua lanun yang sokong menyokong. Mereka sedar kapal mereka sedag terumbang ambing dipukul oleh tiupan angin baru dari Rusia , China, Iran dan Syria.
Dolar Amerika bergantung dengan dasar yang memaksa semua jual beli bahan bakar petrolium dalam dunia ini wajib menggunakan dolar. Ini menjadikan dolar Amerika relevan. Ini menjadikan negara Amerika kuat dari segi ekonomi.
Justeru kita melihat segala keganasan, segala kejahatan, segalan pencabulan hak asasi manusia, segala jenis penindasan yang dilakukan oleh Saudi - tidak Amerika, tidak United Kingdom , tidak Obama, tidak Trump, tidak Teresa May dan tidak ada pemimpin negara yang berani menyurakan bantahan.
Hari ini Yakjud Makjud telah sampai. Satu berpusat di Washington DC. Satu lagi berpusat di Riyadh. Hanya Iran, China, Rusia dan Hezbullah yang berani menentang Yakjud Makjud ini. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
------------------
bro..gua susah nak faham apa yg lu carut kan ni..yg penting bg gua hanya la dua kalimah syadah, solat, jaga mata, jaga nafsu batin, zakat, berzakar..tapi nafsu kete, nafsu ferrari itu keperluan idup bro..kalo ada nafsu rm90juta lagi berhukum wajib..gua susah nak faham tulisan lu..lebih baik gua baca quran hadis, takda la susah2 nak memikiorkan semua hal duniawi ni..ini saparti amerika jual senjta kpd saudi, kemudian saudi boikot qatar, kemudian qatar sain MOU terrorist strategi dn amerika kemudian amerika kata akan jumpa saudi utk bincang..susah tul nak fikir..mudahnya jd islam bila ustaz anti amerika tapi makan Mcdonald..mCd halal jakim bro..err siapa serang yemen? sunnah ke syiah ke atau apa2...malayxia cukup bertuah kerana mbantu..
BalasPadamAmerika berperang semacam bermain catur ulur askar mengunakan kepala hotak .. ulur bukan sebarang ulur .. ulur yang membawa kekayaan dan kemajuan negara. Lagi lama perang lagi banyak masyuk.
BalasPadamPak Arab perang guna kepala lutut .. macam main dam .. bila ulur.. mau tak mau kena makan dan di makan. Arab perang untuk menegakan fahaman mahzabnya .. yang membantainya dari belakang adalah bangsanye seigama sendiri.
Akhirnya setelah berbelas, beratus dan beribu tahun perang, mereka tetap macam itu. Bila dah penat mereka tuduh angkara Sang Yahudi. Tu lah gwa ingat ada baik jadi Melayu .. bila perang je LARI.
celaka lah yg mengekorny barisan tok arab... celaka lah yang membontotiny barisan tok arab... celakalah menyokong barisan neraka ini... celaka lah mereka yg memilih untuk buta... celaka lah... celaka lah... celaka lah...
BalasPadamtambah Banking..military industrial banking complex...tanpa duit dorang tak mampu nak bina senjata...zionis menguasai kewangan...pembuat senjata bergantung pada mereka...jikalau tentera US sedar mereka berperang untuk israel mereka akan menhantukkan kepala ke dinding berulang kali kerana tak mampu nak buat ape
BalasPadam