Jumaat, 7 Julai 2017

AWAS BAHAYA CUKONG







RAKYAT BERSATU

HAPUSKAN

KAPITALIS CHINA


[HUSAM JEMPUT DISAMAN OLEH SYARIKAT DIDAKWA BAKAL HANCURKAN KELANTAN]
Ancaman Saman, Scam BTC Panda dan Siasatan Polis
Awal malam ini, saya membaca kenyataan Encik Tang Too Siah yang bercadang membuat saman malu ke atas saya ekoran kenyataan saya pada 3 Julai 2017.
Saya mengalu-alukan tindakan yang dicadang diambil oleh beliau. Banyak perkara mengenai kepentingan Negeri Kelantan, orang awam dan rakyat yang berbangkit sekarang dapat diselesaikan menerusi proses itu InsyaAllah.
Sementara itu, saya dan pembantu-pembantu saya bertali arus menerima pelbagai aduan, termasuk dari Indonesia dan luar negara yang lain mengenai tuduhan scam melibatkan BTC Panda dan TS Tang.
Seseorang bernama TS Tang telah banyak dikaitkan di dalam aduan itu. Beliau dikatakan terlibat melesapkan wang pelabur melalui skim bit coin anjuran BTC Panda.
Saya belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan ini benar atau tidak.
Saya berharap En Tang boleh menjelaskan kepada umum sama ada beliau ada terlibat dengan dakwaan itu atau tidak.
Juga sama ada TS Tang yang disebutkan oleh pengadu itu adalah beliau.
Jika TS Tang yang terlibat dengan BTC Panda adalah sama dengan Encik Tang Too Siah dari Climate Protector dan EcoBit, saya kira peringatan saya kepada Kerajaan Kelantan adalah penting dan mustahak.
Sehubungan itu juga, saya berharap pihak polis mempercepatkan siasatan ke atas isu ini, yang telah dilaporkan di pelbagai balai polis di seluruh negara.
Antara lain, senarai laporan polis berkait adalah seperti berikut:
Police reports :
1. SETAPAK/016422/16 , TARIKH 15 OCT 2016 
2. SETAPAK/016420/16 , TARIKH 15 OCT 2016
3. SEK 6 / 008748/16
4. Cheras / 022817/16
5. RAWANG/012612/16
6. KAJANG/034742/16
7. Kepong/010759/16
8. USJ 8 / 012911/16
9. PAROI/002875/16
10. Sek 6 /009674/16
11. Pantai/013315/16

Saya memanjangkan tindakan BNM - menganggap Climate Protector sebagai menjalankan aktiviti secara unauthorized and unapproved di bawah undang-undang. Kenapa pula En Tang tidak ingin menyaman BNM?
Diikuti oleh kenyataan semalam, antara lain disiarkan oleh Malaysian Insight berbunyi : "PROGRAM Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia menafikan terdapat sebarang kerjasama dengan EcoBit, yang menggunakan logo UNDP tanpa kebenaran pihak mereka".
Menurut Penganalisis Komunikasi UNDP Ahmad Hafiz Osman, tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+ di Malaysia.",
dan petang ini oleh Stefan Priesner, UN Resident Coordinator for Malaysia and UNDP Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam : "Steifan Proesner clarifies “As per United Nations Framework Convention on Climate Change REDD+ website which details REDD+ activities in each country, there are no UN-REDD projects or UNFCCC approved REDD+ projects in Malaysia."
Kenapa En Tang tidak ingin menyaman UN dan UNDP sendiri kerana kenyataan-kenyataan ini telah menafikan dakwaan tentang mekanisma UN REDD berkait sejuta ekar hutan Kelantan?
Mr Tang tidak mahu saman UN? Tidak mahu saman BNM?
Menjadi tugas saya selaku Adun untuk menjaga kepentingan negeri dan rakyat saya.

Ugutan saman tuan tidak boleh mengubah tugas dan tanggung jawab saya untuk terus bersuara InsyaAllah.
Saya juga berharap PDRM terbaca posting ini dan bertindak sewajarnya dalam masa yang dikira tidak tertangguh-tangguh oleh mangsa dan bakal mangsa.

Husam Musa
6 Julai 2017



PARA CUKONG

MERASUAH

AGAMAWAN 

DENGAN DUIT

YANG LAIN

DENGAN LENDIR




-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan